Friday, January 20, 2012

Berkahwin Bahagia


Tenang tengok gambar mereka yang sudah melafazkan akad nikah..Seronok tengok mereka sudah bergelar suami & isteri dan mendatang pula akan disinari dengan si kecil..Lengkap sebuah kehidupan wanita apabila dirinya sudah dimiliki dan bertambah lengkap apabila dirinya sudah bergelar ibu..Kelengkapan itu akan membawanya kepada sikap yang lebih matang dan bertanggungjawab dari pelbagai aspek...


Sementara tidak dibebani dengan tanggungjawab yang lebih berat itu, apa kata kita penuhi hidup single dengan perkara berfaedah..Sekiranya belum pernah mendaki gunung, sila dapatkan pengalaman indah itu..Sekiranya belum pernah melancong, dapatkan kenangan indah melancong bersama-sama teman..Serius keindahan itu sukar untuk kau kecapi bila sudah kau di ambang perkahwinan (cakap macam aku da ada pengalaman kawen jeee ;p)...


Berjiwaan sikit di hari jumaat dengan ditemani pokok kelapa sawit yang ayu berterbangan ditiup sang teruna angin..Sayup-sayup dengan ketiadaan cahaya matahari bikin hati makin tenang bertambah tenang melihat pasangan yang sedondon lagi secocok iaitu Ally Iskandar dan Farah Lee.. 



Tahniah !!


Sumber : Berita Harian


Iklan terbaru :







Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK