Saturday, March 31, 2012

Perkahwinan Rina Salleh yang ceria



Godek punya godek terjumpa gambar perkahwinan Rina Salleh dan suaminya, Afiq.
Usha punya usha, semua gambar ada makna


Somel je tengok gambar candid.
Ceria je kan..



Pengantin perempuan gelisah


Pengantin lelaki gembira walau ada debaran


Pakcik makcik ni paling sempoi
Ceria sangat.
Apala yang melucukan dorang kan ;p



Suka la photograoher by BAK ni



Eh, Maria Elena pon ada.

]

Orange. Happy theme :) Celia wooo..


Pengapit.








Seronoknya tengok gambar gambar kawen.
Hang bila lagi?




(merujuk kepada semua yang baca entry ni..hehe)


Sumber gambar : bak.my


*Pinjam ea.. hee



Friday, March 30, 2012

Entry Cantik


Kali ini edisi cantik. 
Cantik itu subjektifkan.


Kalau korang nak definisikan cantik itu sebagai objektif pon boleh.
Ikut suka hati korang lah. Hehe..


Pasal cantik.
Bukan cantik orang.
Bukan cantik model.
Tapi cantiknya barang.
Apa benda barang yang dikata cantik tu.


Meh, kita tengok ..
Jeng jeng..



Wedges tuu..
Nampak kan..
Cantik.
Paling menyerlah warna kasut tu..
Pepel Pinky gituu..


Kalau dapat surprise wedges ni mesti kelu tak terkata..Hehe..
Wedges ni pada yang berkenan, boleh dapatkan di Cala Man
Harga pun cun!!


Nak buat hantaran pon boleh la..
Haha..





PROTON PREVE SETANDING TOYOTA DAN HONDA? RM 78,500 WOW !


Kereta Proton Preve setanding dengan Kereta Toyota dan Kereta Honda?






Ternyata ini satu kenyataan? Persoalan? atau kemungkinan?





Anda tentukan dan anda nilai mengikut kebijaksanaan akal waras :)



Cuma dari segi harganya RM 78,500 tu mungkin aku akan menambahkan kesabaran untuk mendapatkan sebuah Honda City jika dibandingkan dengan Proton Preve nih..


Bukan aku nak kata anti PROTON, selayaknya kita berbangga dengan jenama kereta keluaran Malaysia.. Tapi mungkin bagi aku, even dah kerja nanti PROTON bukanlah jenama pilihan aku..


Mintak maafla.. Bukan tak nak sokong barang buatan Malaysia.. Tapiii.. Banyaknya tapiii.. Hehe..Aku tetap setia pada diaaaaaaaaaa





Perkenalkan my future ENCIK MC .. kih2..
Nak jugak warna turqoiseeee or baby blueeeeee
Sweet kan ;p




Banjir Kilat Terburuk di Klang 2012



Pagi tadi sedar-sedar dalam pukul 4 lebih waktu tempatan (ecece, macam duk obersea plak) kilat sabung menyabung, bunyi guruh berdentum, cahaya kilatt boleh menembusi cermin bilik (cepat cepat selubung dalam selimut) hujan lebat mencurah-curah bagai memarahi penduduk bumi..



Dalam hati aku berkata, Ya Allah, kenapa pagi hujan lebat sangat..


Adakah satu petanda bahawa penduduk Klang akan menghadapi bencana..


Cepat-cepat aku berdoa supaya semuanya kembali OK dan cuba untuk melelapkan mata semula..  Sesungguhnya payah jugak nak sambung tidur malam tadi..  Even payah, mujur aku lena semula..


Dan hasil daripada hujan tidak henti-henti pagi tadi di Klang telah membanjiri beberapa kawasan :

- Taman Sri Andalas
- Taman Bayu Perdana
- Taman Sentosa
- Taman Sungai Ujong
- Padang Jawa
- Taman Chi Liung





Antara sekolah yang dibanjiri air :

- SMK tengku Ampuan Rahimah Klang
- Sekolah Tinggi Hin Hua
- SMK La Salle Klang
- SRK Simpang Lima
- Sekolah Teknik Batu Ujong





Alhamdulillah, mujur kampung perumahan aku tidak terkena musibah.. Walaupun keadaan longkang disini juga tidak mengizinkan seperti keadaan parit yang selalu tersumbat dipenuhi sampah sarap menyebabkan air longkang melimpah keluar.. Huhu


Ini semua akibat daripada kesan :

- Sistem pemparitan yang tidak diupgrade 
- Pembangunan yang terlalu buas dijalankan
- Tiada lagi kawasan tadahan air hujan, semua hutan telah ditebang


Mungkin sikap pegawai penguatkuasa hanya duduk dikerusi pejabat tidak melakukan tinjauan kawasan yang kemungkinan dilanda banjir.. Biasanya bila perkara sudah tergadah, baru terkocoh-kocoh nak turun kawasan..


Mungkin bukan hanya sikap pegawai.. Sebenarnya sikap kita semua menyebabkan bencana banjir kilat ini terjadi.. Kalau la kita semua ada kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar, mungkin kejadian ini tidak akan berlaku..


So, lepas ni, jangan sesekali buang sampah merata-rata even sehelai tisu, plastik etc..


Kepada pemaju, sila sambung study dalam PENGURUSAN PERSEKITARAN sebelum melaksanakan sebarang projek ea..


Last but not least, LU PIKIRLAH SENDIRI !

Jangan kita hanya tuding jari pada orang lain sebab 1 jari kita tuding pada orang lain, lagi 4 jari menuding ke arah kita..










p/s : Entry kesedaran? Mungkin..














Sunday, March 25, 2012

I Love Nuffnang.. Ehem! Buffered Earningg...



Ehem Ehem..
Yes, I do..
I love you.


Love you so muchhhhhhhhhhhh Nuffnang!!
Haha



 


Meh jeling-jeling sikit kat sini..
Ada dua je tak banyak mana pon




Tapi, syukur Alhamdulillah
:)







Friday, March 23, 2012

Wanita



Impian semua wanita kerna dirimu begitu berharga :)



In my dream 


Kerja kuat kuat
Kumpul duit bebanyak
Buat rumah besar besar
Sediakan satu bilik khas only for heels


Kerja gila?
Impian seorang wanita selain
Mengimpikan suami dan anak disisi..



#ecece..




Hujung minggu ni boring? Jom ke Karnival Usahawan 2012.




Hujung minggu ni boring?..Nak dating pon boyfriend tak ada..BFF pon dah ada plan dating dengan boyfriend memasing..Apa kata korang gagahkan diri untuk pergi ke KARNIVAL USAHAWAN 2012 di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam berdekatan dengan Giant..



Mana tahu jodoh korang ada kat sini.. Jodoh tu memang telah ditetapkan tapi kita juga harus berusaha untuk mencari jodoh dan dekat dengan jodoh itu kan.. Hehe..

















Thursday, March 22, 2012

Trip ke Bukit Gambang Water Park, Kuantan



Aku and the geng pergi trip ke Gambang Water Park..Time ni belasah je..Tak plan lama pon..Amik nurul dekat Pekan dari Kerteh terus ke Kuantan..Apa lagi pikir enjoy je la..Tak sabar nak mandi manda.. Nak introduce my geng yang pergi nih :


  1. Cik Violet . Blog Coretan Hati
  2. Ashiya Mizuki . Blog Dunia Ashiya
  3. Misz Caah . Blog World of Caah
  4. Nurul . Blog Kisah Siput Sedut
  5. Cik Liah . Blog LH (bakal ada)
   #Perlu ke mention yang first tu.. ;p



Cek in kat Gambang Water Park..Kene bayar tiket masuk dalam RM 15 seorang sebab masa tu Coco Beach tengah renovate..Wuuuu..Rugi..Tapi dah sampai kan..Tak kan nak patah balik..Belasah je la..Ha, menda Coco Beach tu..


 
Coco Beach

Coco Beach ni satu kolam yang besar ala-ala pantai buatan macam kat Hawai tuu..#eh, Hawai? Motippp ;p Slek kan satu daripada game ni direnovate..Tak dapat nak merasa berenang ala-ala kat Hawai tuuuuu.. Tak apala..Janji ada Crystal Slide, Galaxy Slide, Canopy Slide..


 
Crystal Slide

Semua benda alah yang namanya slide tu adalah game berbentuk gelongsor..Setiap game tu ada perbezaan dari segi fizikal.. 

  • Crystal Slide ni kononya hari siang..Lajuuuuuu giler..Penin woo nak nak bila dilepaskan terbalik.. Hasilnya jeritan yang membingitkan.. Puas for the first time!



 
Galaxy Slide

  • Galaxy Slide ni pulak diterjemahkan kononya kita akan merasa suasana malam..Euwww..Gelapp! Time ni ktorang ibarat satu geng yang kerjasama turun meluncur dengan 3 pelampung..Gulpp..Tetiba nurul tenggelam..Cepatcepat selamatkan dia..Mujur tak ada apa-apa :)


 
Canopy Slide

  • Canopy Slide ni jenis terbuka..So even korang jerit rasa tak best sebab tak bergema compare slide dua kat atas tu..Hehe..Kelajuan pon kureng sikit..

 
Family Raft Ride

  • Family Raft Ride.. Nama pon family..So ktorang naikla beramai-ramai..Cukup ikatan kasih sayang tahap triple bond..Paling kukuh..Hehe..Tapi memang santai je naik..Kurang adventureeenyee..


 
Penguin Island (Kids Slide)

  • Penguin Island.. Actually, pulau ni untuk kanak-kanak..Disebabkan ktorang still rasa macam ala-ala kanak-kanak ribena, ktorang pon redah je masuk main gelongsor, buaian dalam ni.. Hehe..Part paling tertunggu-tunggu bila air dari tadahan bunga tu penuh dan jatuh la kat badan ktorang..Ouchh..Berdesing telinga bergegar otak ;p

 
Glacier River / Journey of Ice

  • Journey of Ice.. Disebabkan Malaysia ni tak ada salji..Bayang-bayang salji original tak ada..So, dapatla rasa bayang-bayang salji buatan..Santai dan terjerat..Haha..Kat sini Ashiya dengan cik Liah berhempas pulas untuk selamatkan diri dari air terjun yang laju gler menyucuk-nyucuk macam terkena balingan batu..Hehe..Nasib korang selamat even adela dalam 10 minit korang terkandas.. Haha..Aku dengan Misz Caah menghayati alam bagai dunia ktorang yang punya..Kiki..Sambil-sambil tengok orang belakang yang stil terkapai-kapai ;p

 
Tree Top Hill Slide.

  • Tree Top Hill Slide.. Kemuncak game dalam Gambang Water Park ni.. Jiwa kental macam The Rock je boleh join Slide nih..Kalau hati korang lembut bak sutera janganlah naik..Yang ada lemah jantung ka hapa ka..Please jangan cuba-cuba k.. Tapi slide ni memang terbaik..4x naik..2x naik bertiga..Aku, Ashiya and Nurul.. 
  • First time turun memang terasa ada benda tercabut and tertinggal je..Fuhh! Gugur adrenalin aku!. Jerit memang tak hengat..Second time naik, aku tak dengar suara dorang..Ke aku sorang yang jerit.. Huhu.. Kental betol jiwa dorang ni.. Third and fourth time sebab cik Ashiya request nak naik lagi.. Perghhh..Layan !! Terbang semua thesis dalam kepala..Syok..! Haha..4x naik 4x jerit..Tak jerit macam semacam pelikkss..



    Lastly haruslah ada gambar geng bukti sudah jejak kat Bukit Gambang Water Park nih. Hehe










    p/s : Mood terlebih rajin cerita.. :)




    Wednesday, March 21, 2012

    SPM? Best! Macam makan cekelat.

    21032012..
    Tarikh keramat untuk pelajar SPM batch 2011..
    Penentu masa depan atau pengakhiran kehidupan.. 
    Nanana.. 
    Jangan sebab SPM, kehidupan kau berkecai.. 
    Jangan kerana banyak senyuman dalam SPM tu, 
    Kau berkurung kunci pintu susahkan hati emak bapak.. 
    Cool la brother sista !!




    Tengok macam aku dapat result SPM tu umpama nikmat kau dapat makan coklat yang hanya kau sorang je yang tahu kenikmatan yang tiada tandingan.. Meresap ke lapisan epidermis menuju ke liang peluh lalu terembes ke puncak senyuman di tubir bibir lalu kau melonjak kegembiraan tanda kemenangan bahawa kau bukan bergelar budak sekolah.. Itu yang patut kau raikan.. Bukan kemurungan kesedihan ! Kau harus nikmati usaha kau selama kau bergelar budak sekolah menengah..




    Sekolah. .Rindu aku dengan nama sekolah.. Suasananya.. Kegembiraannya.. Kesedihannya.. Kenakalannya.. Lontaran suara cikgu-cikgu masa marah.. Memek muka cikgu bila tengok kita semua tak siap kerja sekolah.. Idea cikgu nak bagi hukuman kat kita semua bila lambat masuk kelas.. Kene berdiri kat bawah cahaya matahari terik la jawapannya.. Itu semua memori terindah.. Tiada tandingan walau kita semua sudah jejak universiti.. Semua perkara memori kenangan tersisip rapi dalam sebahagian cip medula oblongata kita..



    Raikan SPM dengan kesyukuran
    Bahawasanya kau sudah melangkah ke satu arena
    Satu dunia yang semacam pahit
    Mungkin ada sedikit manis
    Itu pon kalau kau pandai tindak balaskan rasa
    Sedikit kau kecundang 
    Payau perasaannya
    Bila digodak semacam harum tapi pahit
    Bukan umpama pahit kopi
    Seteruk kopi mungkin


    Mungkin kau tak paham bahasa apa yang aku nak sampai
    Tapi ketahuila kau orang semua bila kau berada pada peringkat ini
    Hati hati itu nasihat
    Jaga jaga itu taktik
    Sendiri punya kehidupan godakla secunnya sehensemnya


    Kawan
    Jangan disangka baik sopan ramah pada mulanya
    Sampai masa saat kepercayaan kukuh
    Ditikam ditinggalkan


    Bukan hati hati
    Bukan jaga jaga


    Setiap langkah perlu ada ...
    (sambung sendiri ;)




    #########################





    Love ya sistah ! 
    Lokasi : Depan library Terendak
    Masa : Last paper SPM
    Tahun : 2005










    p/s : Duduk di Terendak terlalu manis walau sempat 2 tahun. Syukur!














    Sunday, March 18, 2012

    Streamyx Wireless TM vs UNIFI

    Sekarang ni dunia tanpa sempadan kan.. Berita luar negara dalam negara semua berada kat hujung jari molek kita ni.. Antara rajin dan tak rajin je kita membaca atau menggodeknya.. Tapi sebelum kita dapat tahu semua berita tu ada penghubung macamana kita boleh interact dengan masyarakat luar kan..Sekarang ni sudah banyak pilihan.. Dengan cable internetnya, wirelessnya, berukbandnyeee.. Upsss broadband.. Tak pasal-pasal beruk pon glemer.. Hehe.. 


    Actually aku dengan pakcik TM ni sudah lama ada affair..Ala, sejak-sejak dah beso panjang nih.. Ehem ehem.. Bukan apa kalau tak ada affair dengan pakcik TM ni macam tak best plak.. Tapi sesekali nak merasa gak affair dengan uncle Celcom tak pon Abang Maxis.. Antara pakcik, uncle, abang ni mana pilihan korang ekkk ? Aku sudah tentu setia pada yang satu.. Heeee...


    Sepanjang guna perkhidmatan pakcik TM ni banyak jugakla problemnya.. Dengan modem terbakar, modem terkena kilat dan macam-macam lah..Duit pon laju macam air terjun je mengalir..Huhu..Sekarang pon stil ada problem even baru sebulan lebih tukar modem.. Waaaaaaaaaaa...Penat ku setia pada yang satu, kau buat hal plak kan..Oh pakcik TM.. Jangan buatkan cinta aku berpaling tadah.. Grrrrr...


    Nak try affair dengan cik abang handsome unifi la..Sekarang dia tengah hot la..Mana-mana pergi je mesti ada nama cik abang handsome unifi tu.. Tapi demand sangatla tiap bulan..Mahal kottt...Tapi mesti banyak benefit guna unifi kan..Siap ada channel TV lagi.. Tapi tapi tapi.. Napa la cik abang ni cekik darah sangat...Tak caya tengok la bawah ni...



     

    See..Paling murah RM 149 sebulan.. Penanam anggur tegar macam aku ni konpemla tak larat nak membayarnya.. Eh eh macam kau pulak yang bayar bil pakcik TM bulan-bulan.. Haha.. Walaupun parent yang bayar, mestilah kita kene carik yang murah dan berbaloi.. Akan datang jadi tanggungjawab kita pulak kan..


    Hmmm... Thinking !


    p/s : Sekarang ni pinjam kekasih hati punya member uncle Celcom.. sob sob..

    Saturday, March 17, 2012

    Ego

    "Tidak masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya ada sebesar zarah sekalipun sifat ego." (Riwayat Muslim)



     







    Friday, March 16, 2012

    Review. Bunohan Psiko.



     


    Kembali kepada kehidupan paranormal student membuatkan aktiviti bersuka ria terbantut. Tapi beberapa hari yang lepas, aku dan membermember curik masa jugak untuk pergi ke panggung semata-mata nak tengok filem BUNOHAN..


    Mana yang tidak tahu sinopsis mengenai BUNOHAN, sila google..! Bunohan bagi aku bukan cerita melayu biasa yang kita terbiasa dihidangkan dengan selera CINTA, SERAM dan LAWAK BODOH.. Bunohan mempunyai nilai yang tersendiri dan tidak lari dengan sikap manusia yang terlalu berdendam dan mahu mengaut keuntungan sehingga sanggup mengorbankan ahli keluarga sendiri !!


    Filem yang menggunakan bahasa kelantan sebagai bahasa utama aku kira sangat bagus.. Dapat menambahkan pengetahuan bagi bukan penduduk pantai timur seperti aku.. Cadangan aku untuk director filem Malaysia, TOLONG JANGAN SAJIKAN cerita yang kita sudah tahu jalan cerita.. Tolong sajikan cerita yang boleh menambah input yang mendalam dan timbulkan persoalan pada penonton.. 


    Sesekali menonton filem psiko ni dapat jugak menggerakkan serebelum kita yang kadang-kadang seringkali semput-semput akibat aktiviti fakta dan justifikasi harian... Mungkin saat masa kita akan rasa bosan pabila motor dalam serebelum kita tersumbat yakni kita sudah sampai ke puncak malas untuk menafsirkan perkataan yang terhidang di skrin.. :)


    Fakta sains yang konon menguasai diri yang sesetengahnya tidak padan untuk sebarang ayat dan fungsi yang digunakan.. Back to normal, Bunohan ini juga memberi kita erti syukur bahawa sememangnya keindahan Allah itu tiada tandingan.. Keindahan semula jadi yang digunakan sepenuhnya dalam Bunohan telah menggamit rasa aku ingin ke Kampung Bunohan yang terletak di Kelantan.. Seseorang, boleh tak bawa aku ke sana.. Hehe...



    Pemandangan daripada lensa mata adalah yang paling indah..


     

     

     

     

     

     








    Sekian entry bosan cikviolet :)
    Nasihat : Pergila jenguk panggung dan support filem melayu yang berkualiti sahaja bukan demi kejar rating ! :)


    Wednesday, March 7, 2012

    Back to basic !


    Back to basic.. Reality kehidupan student yg sebenar perlu dihadapi..Puas sudah bergelak ketawa..Puas sudah bermain air..Puas sudah memenatkan kaki..Kini tiba masa yang paling malas nak hadapi..Huhu..Tapi kene hadapi jugak..Kalau tak, sangkut tengah jalan..Rugi rugi.. Ya Allah..Kuatkan semangat aku untuk analyze data..Banyak sangat rupa-rupanya..Huhu..


    Dammm..Stresssss !! Kayuh pelan-pelan...Blog pon memang dah berhabuk sejak tempoh GA tamat..Bersedialah coretan hati mendengar luahan, bebelan, rapikan di saat-saat kemuncak tekanan melanda.. Hahaha..




    Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
    Designed by Kay SBK