Friday, July 30, 2010

Evelyn SALT


Akhirnya, dapat tgk SALT tuk hari pertama~~




Evelyn SALT..
ketabahan kau..
menikam kalbuku..
keperitan hidup membenarkan dendam dalam hatimu..

tapi sayang..
jangan dibiarkan dendam itu mengusai dirimu..
kerna dendam itu akan memberi kegelapan dalam hatimu..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Now, tengah melayan lagu WALI BAND lagik..
Mendayu-dayu..
Emosi habis nih..

Puaskah, Egokah Aku, Dik, Baik-baik Sayang, Yank..
Aishh...
Ada antara lagu yang kene batang hidung sendiri jugak~~


Cik Ashiya pon lagi ar, memang feeling habis die layan lagu nih..
Btol kan Cik Ashiya??



Thursday, July 29, 2010

penjaga malam


0320 jam berdetik
sepatutnya di atas katil melayan mimpi
tapi
mata bundar begitu sukar untuk lelap


ada cerita:
saya punya sahabat
tapi
saya selalu menyakitkan hati dia
bukan niat untuk menyakitkan
tapi
jalan apa harus saya lakukan untuk menggembirakan hati sahabat?
saya memang fail bab pujuk memujuk
kerna itu bukan dalam bidang kawalan saya
perlu menuntut ilmu untuk bab itu

help me!!



suara bisik-bisik : saya tau sahabat itu akan membaca entry ini.
just nak cakap,
"maafkan saya ea sahabat"

Wednesday, July 28, 2010

Da nak konvo rupanya...

Sabtu ni, da bole amek jubah kat DECTAR...

4hb, raptai tuk konvo..

10hb...saat yang ditunggu setelah 3 tahun berhempas pulas..

waaaaa~~~

Rasa berdebar untuk konvo nih..

Masa wat tesis dulu, rasa takut sangat xdapat nak konvo same2 dengan coursemate n batch lain..

Tapi, akhirnya, berjaya jugak melepasi stage nih..

Alhamdulillah..

Ni berkat doa parent, sokongan family, kawan2...

Terima kasih semua..

Jasa Kalian Sangat2 Ku Kenang :)



Suara bisik-bisik : Baju konvo da ada..Tapi, kasut xda lagi..Siapa nak hadiahkan aku sepasang kasut untuk konvo nih..Memang aku peluk cium die la..haha...~~~

berWALI BAND

Mood ketika ini : Sedang berWALI BAND dengan cik ashiya~~

Dari lagu Cari Jodoh, Baik- baik Sayang, Yank, sampailah lagu Dik...

Da bole hapal kot dalam seketika saat petang ni saja..

Mane xnya, lagu2 tu berkumandang dan diulang2..

Tapi sedap, xbosan la dengan WALI BAND Nih...

Thanx cik Ashiya, perkenalkan saya lagu2 Wali Band nih setelah sekian lame..

HEhe...

~~JOm layan~~

Aneh Perasaan Itu?


Perasaan ini datang,
Nampak ada jasad,
Tapi hakikat kontra,
Jiwa tiada,

Perasaan sepi,
Semuanya bagaikan sifar,

Perasaan itu indah,
Sekiranya kita pandai mewarnikan dengan pelbagai warna,

Perasaan itu kelam,
Jika disulami dengan warna-warna mati,

Perasaan,
Dinamakan perasaan,
Untuk merasai,

Perasaan,
Dinamakan perasaan,
Untuk disakiti,

Perasaan,
Dinamakan perasaan,
Untuk dikecewakan,

Perasaan,
Dinamakan perasaan,
Harus bersyukur,
Kerna memiliki,
Sebuah Perasaan,

Tanpa perasaan,
Tiada hidupan,
Tiada nyawa,
Ranaplah dunia~~




-->> Suara bisik-bisik : Sekejap gembira dan sekejap bersedih.
Lumrah hidup manusia.
Sendiri yang harus kawal.
Sukar untuk mengawal dan kemudikannya.


Monday, July 26, 2010

[Master]


Selamat sudah menghabiskan program degree selama 3 tahun..

Tika ini bermulanya sem baru untuk program master pula..
Untuk master, aku amek program Pengurusan Persekitaran..
Nape aku amek program tu?
Tolong jangan tanya ek!!
:)

Mb, aku dijangka akan mengambil masa 3sem untuk menyelesaikan master..
Bole habiskan dalam masa setahun, tapi bila piki2, relax2 je la amek master nih..

Xnak terlampau pack kan jadual..
Nak2 sem ni ada 3hari je kelas..
Selasa, Rabu, Khamis..
Terlampau relax kan..

Baki hari banyak menghabiskan masa di rumah..
Untuk awal2 ni bole la balik selalu..
Sebab xbanyak assignment..
Bila da berderet tugasan, mau aku berweekend kat kolej ja..
Time 2 mesti dalam keadaan parah..
Mental pon xstabil kan..
Macam biasa..
hehe..

Masa daftar 6hb, aku sempatla menginap kat kolej penghujung UKM 2, Kolej Zaaba..
Bilik, selesa la jugak..
Tapinya sunyi sangat2 wooo...
Bole mengalir air mata tiap2 hari pabila mengenangkan kesunyian itu.. ^-^
Sempat menginap pon dalam 2minggu je kot..

Lepas tu, aku cabut ke kolej Dato Onn aka KDO..
Sangat teruja melihat bilik di kdo ea..
Aku namakan bilik itu dengan nama 'Villa Mewah'..
Haha..
Tapi, xda gamba plak nak tunjuk..

Bilik ni untuk 2 orang..
Menginap bersama cik Ashiya..
La ni die da tukar nickname..
Daripada Ashiya Mizuki --->> Erika Sawajiri..
Tu da terpengaruh dengan cite 1 Litre of Tears..hehe

Villa ni satu je slek..
Dekat sangat kot dengan jalan..
Memang kedengaran bunyi moto, kereta, lori, bas..semua la..
Mujur bunyi jet je xda..
Kalo x, mau nye aku lari balik ke kolej paling sunyi.. ;)

Ha, lagi satu yang menarik..
Villa nih dekat sangat dengan padangkan..
Ape lagi..
Kalo da bohsan2 xtau nak watpe..
Bole ar cuci2 mata tengok yang mane hensem2...
waaaaaa.... ;P

Cik Violet,
Sila jaga pandangan Anda!! ;D
Haha...


Tu je la setakat hari ini..
Len saat aku update ea..




Suara bisik2 :: kepada ecah abdullah dan zarifth shafika, sila melawat kami berdua di Villa Mewah kami bertempat di Jalan Bunga Raya::
hehe...

Saturday, July 24, 2010

Thursday, July 22, 2010

[Watashi wa u o misu]


Watashi wa u o misu



Rinduu same kamoo blog!!!

Sudah lame tidak ku serikan dengan cerita2 hariku..


::will update later::

Thursday, July 15, 2010

::aku adalah aku::




aku perlu terima hakikat,
kini,
mungkin,
aku bukan lagi,
milik sesiapa,

melainkan,
milik ibu bapa,
milik keluarga,
dan juga,
milik DIA..

aku juga,
perlu sedar,
aku bukan sesiapa pada dirinya,

aku juga,
perlu sedar siapa diri aku sebenarnya...

walaupun luka,
pahit,
semua itu perlu dianggap manis,
untuk ditelan,
walaupun terselit,
di celah kerongkong,

aku,
aku,
dan kini aku,

yang tidak mungkin menjadi seperti orang lain,
aku adalah aku,
aku adalah aku yang asli...



Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK