Monday, December 31, 2012

31.12.12. Cerita 365 hari yang lepas.


Assalamualaikum. Hari ni genap 31.12.12. Nak simpan tarikh keramat ni dalam hati. Tak tahulah sama ada patut gembira atau rasa apa sekarang.. Atau rasa .... Rasa .... Rasa...




Macam-macam rasa sebenarnya ada.. Share kat sini? Tak pelah :) Tapi sepanjang 365 hari yang lepas.. Eh, kenapa 365 hari? Sebab tahun ni kan tahun lompat.. Lupa kaa? Continuee.. Tahun 2012.. Moment yang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata.. Banyak tragedi .. Dan banyak juga moment yang sweet sweet.. Hehe.. Mampu senyum sedikit demi sedikit..




Jom kita tengok overall yang terjadi pada aku sepanjang 2012.. Ikut kitaran apa yang update di blog.. Kadang memori aku ni terputus fius jugak.. Perkara semalam pon boleh cepat terlupa, apa tah lagi yang berbulan bulan ditinggalkan. Huhu..




Sambil-sambil type entry ni dengar lagu Blue #BigBang.. Tak tahu kenapa addicted dengan lagu nih.. Nantila cari makna..




Ok, back to cerita sebenar :




Januari 

  • Banyak masa kat rumah.. Housewife part time kata kan.. Full time ofkosla jadi student.. Time ni banyak masa dengan blog, FB etc..
  • Berblog, bizi dengan GA.. Time tu sedang berlangsung GA 1st Cik Violet.. Siapa pernah join, sila angkat kening ;p
  • Jinak-jinak dengan busines.. VCO la ape lagi.. Hehe.. Siapa yang nak VCO, please contact me.. Ada page kat sidebar sebelah kiri.. Tolong LIKE ea :)


Februari

  • Ada 8 entry sahaja?? Nampak sangat time tu tengah bizi.. Mungkin bukak blog, tapi tak ada masa nak update, blogwalking bagai..
  • Update pon sebab senaraikan nama peserta..
  • Bulan Februari memang bulan yang kucar-kacir dan bulan yang sangat penat..
  • Time ni aku & geng gilir-gilir collect data..
  • Mula-mula kat hospital serdang, then my turn collect data kat bandar Klang.. Seharian kot ktorang kat jalan.. 
  • Muka burn memang tak payah cakap.. Balik rumah makan & tidur je..
  • Kene marah dengan ada pakcik tu.. Padahal ktorang tak buat salah pon.. Ktorang just nak tumpang tidur.. Itu pon kene marah.. Ish2..
  • Malam-malam pon dok terpacak lagi semata-mata nak collect data.. Dengan jalan yang sunyi.. Dengan anjing liar berkeliaran.. Dengan orang gila yang tak berapa betul.. Eh nama pon orang gila memang la tak berapa betul ;p
  • Time ni jugak berlaku 2 tragedi : 1. Accident    2. Alat hilang.
  • Rabak poket sebab dua-dua tragedi tu.. Huhu..
  • Pasrah.. Guna duit simpanan ganti alat.. Redha tak redha aku pikir nak grad je time nih... huhu..
  • Next collect data kat Shah Alam.. Sepanjang collect data.. Ktorang bertambah close.. Kan korang? Hehe.. Baca blog i tak? ;p
  • Nextt, TERENGGANU..
Mac
  • Habis je collect data ktorang bertiga, masanya untuk pergi collect data ke Terengganu.. Sebelum collect data, berhoneymoon dulu.. Hehe..
  • Mana taknya, sebulan dah berpanas berhujan, nak juga rasa macam pelancong even melancong dalam negara sendiri kan..
  • Spent time seminggu jugak dekat Terengganu.. Lepak-lepak kat Kuala Terengganu.. Makan ICT.. Perghh perghhh.. NIKMAT! Apa ntah nama tempat tu lupaaa la..
  • Bergambar sana bergambar sini.. Ok, folder dah penuh dengan gambar je.. Siapa nak sponsor cuci gambar ktorang? Meh meh dialukan ;p
  • Lepak kat pantai.. Feveret kot.. Angin pantaii.. Jalan kat atas pasir... Satu perasaaan yang rasanya sangat tenang.. Enjoyy.. Da tak ingat apa-apa pon yang bikin aku stress.. Hehe..
  • Sebab tu i loves beach.. I loves island.. Campak la aku kat situ.. Redha dah.. Hehe..
  • Seminggu kat Terengganu, kene balik kepada reality.. Tinggalkan tapak di pantai.. Tinggalkan segala kegembiraan..
  • Sebab bila jejak je rumah, tugas menanti.. Jeng jeng..

April , Mei , Jun

  • Bulan yang sangat stress..
  • Bulan menganalisis data..
  • Bulan correction writting..
  • Bulan segala macam bulan ada kat sini..
  • Bulan mengambang orang kawen..
  • Bulan dipagari bintang, #Eh...
  • Bulan deaktif Facebook.. Rasenyela..
  • Perlukan ketenangan melakukan kerja..
  • Time ni tanamkan hati "AKU NAK GRAD BULAN 10"
  • Sepatutnya buat tagline "AKU NAK KAWEN, CEPATLAH SIAPKAN THESIS NIH!"
  • Tapi tagline tu tak berguna pon... Haha
  • Tagline first yang sangat memberi spirit..

Julai

  • Tak berapa ingat sebenarnya.. Bulan Jun / Julai yang kene hantar draft thesis..
  • Tapi rasanya viva bulan ni sebab Ogos dah raya..
  • Betul la kot..
  • Viva.. Oke sikit la viva master compare viva degree..
  • Viva degree tak bernapas aku..
  • Tapi nasib lepas.. Standard la minor correction..
  • Dah boleh senyum senyum sebab segala correction dah hantar..
  • Time for jilid! Oke.. Rasa nak melompat sebabnya habis jugak zaman belajar.. Yahoo....!
  • Lepas je hantar binding.. Terus on Facebook..
  • Nampak sangat Facebook ni menatang yang agak penting kannn...
  • Bila da on tak ada yang important sangat pon .. Hehe..

Ogos

  • Raya raya raya... Raya dengan masih bergelar student sangat lah masyuk.. Even umur da hmpir pertengahan 20, duit raya tetap berjalan dengan jayanya.. hehe..
  • Disinila dengan jayanya aku bergelar penganggur terhormat.. Selepas degree tak sempat merasa.. Kali ni baru betul-betul merasa..
  • Heaven gilerrrrr duduk rumah... 5 tahun belajar non stop.. Giler apaaa kann..
  • Lepak-lepak..
  • Memang kepala pon tak pikir apa.. Enjoy sangat enjoy.. Alhamdulillah.. Nikmat tu masih diberi..

September

  • Tersedar.. Tak kan selamanya nak duduk rumah.. Start cari kerja..
  • Perlahan-lahan hantar resume for the first time..
  • Umur umur macam ni baru merasa untuk mencari kerja..? Orang lain semua dah macam-macam pengalaman..
  • Jumpa orang ni, gaji tak payah cakap.. Kerja pon ada yang dah sedap..
  • Aku? Oh, baru nak merangkak..
  • Relaks relaks.. Ada rezeki ada la kan :)
  • Hidup time ni memang banyak positifkan diri sendiri..
  • Siapa lagi yang nak tolong diri kita kalau bukan diri sendiri kan :)

Oktober

  • Tanyalah bulan apa bulan yang paling best setiap tahun..
  • Dan pastinya mestilah bulan OKTOBER! Hehe..
  • 1. Birthday la ;p 
  • 2. Diterima bekerja. Alhamdulillah.
  • 3. Konvo. Penantian 2 tahun beb. Syukur.
  • Bulan Oktober bulan yang paling happy.. Paling teruja.. Paling excited dan seangkatan dengannya lah..Tak terungkap.. Seronok sangat :)

 November & Disember

  • Bulan hujung hujung semesta hoi.. 
  • Penat dah nak taip..
  • Macam-macam rasa ada kat sini..
  • Terlalu banyak macam ABC tau rasanya..
  • Hehe..

All the memories, i will keep in my heart..
Dear you, whoever you in someone heart, please loves someone who really loves you.
Don't you dare to ignore them because the karma will come back to you..
(English berterabur? AAK.. Hehe.. Tolongla betulkan ! ;p)


#Siapa baca entry ni sampai habis, wa respect sama lu sebab entry ni panjang giler.

#Siapa yang rasanya tak berkenaan dalam hidup mesti rasa bosan baca entry nih.

#Siapa yang terasa, ada salah kata ke, maaf ea..





#Tanpa kita sedar, kita tersakitkan hati orang.

#Tanpa kita sedar, dengan perbuatan kita hari-hari kita sudah mencederakan pelbagai pihak.

#Recover? Payah hoiii..





#Aku nak jadi pH 7.

#Sebab rasanya NEUTRAL.

#Tidak terlalu asid dan tidak terlalu alkali.

#Paham tak?

#Aku je yang paham.






 #Esok hari baru.
#Nafas baru.
#Perjalanan baru.
#Impian baru.
#Jumpa orang-orang baru.
#Karier baru.
#Business baru.
#Segalanya baru.



#Tapi.
#Aku.
#Masih.
#Orang.
#Yang.
#Sama.
ikhlas,
CV
311212
1500

Tuesday, December 25, 2012

[REVIEW] Kelabu

 

Siapa pernah baca buku keluaran FIXI?
Cuba senyum sikit..

:)


Me, one of them.Smile.


Kelabu. 
Amir vs Amira.


Amir.
Masalah kecelaruan identiti.
Bajet handsome dan boleh mengorat awek awek cantik.


Dengan kamera di tangan dia kelihatan stylo kononnya.
Sekali terjerat rupanya die dipermainkan sendiri oleh awek yang konon jatuh hati padanya.


Muncul sebuah manuskrip yang mampu menyedarkan bahawa dunia rekaannya itu patut dilupuskan.
Sedar tak sedar.
Teman yang dipanggil sahabat yang selalu ada disisi.
Mula meninggalkan dengan serta merta.


Kebenaran terbongkar satu persatu.
Keinsafan timbul sedikit demi sedikit dengan bantuan psikitari yang tidak berapa pakar.


Bermula dengan rawatan.
Terbit satu rasa.


Kebetulan keduanya merasai.
Tetapi sayang pada seorang sahabat lebih menguasai.


Kembali menjadi Amira.
Ending ?


Next time story lagi.
Sebab.
 

Tinggal berapa helai lagi baru habis..
Hehe..



Yang belum dapatkan KELABU by NADIA KHAN,
Jom serbu MPH..



p/s : Dah boleh terjah MPH tambah koleksi baru lagi nih. Stok bacaan semua dah surut.



**************************

IKLAN





 


 



Monday, December 24, 2012

Bila tiba hari Isnin


Bila tiba hari Isnin.
Jam saat bergetar dengan halaju 240 km/j.


Bila tiba hari Isnin.
Peluh mula basahi bumi berisipadu 2500 mm kuasa tiga.


Bila tiba hari Isnin.
Mula hormon melancarkan kelawasan per hour.


Bila tiba hari Isnin.
Hempedu, limpa, esofogus mengalami kitaran pengecutan.


Bila tiba hari Isnin.
Duduk tidak betah.
Mandi tak basah.
Makan bertambah-tambah.
Tidur separa jagah.


Bila tiba hari Isnin.
Mahu jadi halimunan lutsinar yang bertinted.


#Dah nama pon halimunan, tak payahlah letak tinted! Aiyoo..


Oh, Monday blues..
I really hate you...


doodle bear

Why you look so sad Mr Teddy?
Smilee pleaseeee ...
 
 
:)
 




Really loves this 'katakata'







 



Sunday, December 23, 2012

VCO Catalyst [Promosi Year End Sale]

 
 
 
 
 
 
Salam .. Siapa yang tengah mencari produk VCO dan Collagen area Bangi atau Shah Alam, boleh terus contact number di atas ea..


Biasanya untuk melakukan COD , ada sedikit jadual.. Jadual yang simple ..


Weekdays - COD area :
 Bangi, UKM, Hentian Kajang dan sekitar..
 
 
Weekend - COD area :
 Shah Alam
Uitm Shah Alam
Jalan Kebun
Kota Kemuning
Bukit Kemuning


VCO dan Collagen masih dalam promosi..

Kepada customer yang melakukan pembelian setiap 3 item dan ke atas layak menerima promosi FREE GIFT + FREE POSTAGE 


:)

More details, boleh add akaun facebook di SINI atau LIKE page FEA Beads di SINI ..
Boleh pm direct di inbox, Insyaallah, akan dibalas..


Dan boleh juga direct text kami ea..
Kalau boleh, masa text tu bagi tahu nama & dari mana ea..


Call?
Better not allowed kot.. :)
 
 
Thank you ..

Sudikah Awak?







Agakagakla kan.. Mulamula dah shomel dah.. Lepas tu mintak mak duit untuk topup .. Aiyaaa... Laki kot.. Perempuan tak pe lagi.. Sebab semua di bawah tanggungan.. Hehe


Setuju.. Before nak kawen, kene ada ilmu.. Ilmu penting wooo.. Bukan setakat laki je ada ilmu.. Perempuan pon kene ada.. Dalam rumah tangga bukan ada laki je.. Ada perempuan jugak kan.. Kalau tak ada salah satu, bukan namanya rumah tangga.. Porak peranda.. Eh, bukan, tu namanya single trang tang tang lagi.. Hehe... Ala.. Bosannyaa.. Asal hujung tahun je cerita pasal kahwin kahwin... Aiyaaa...


Jangan sampai naik rimas sudah.. And bila mak sudah bukak mulut.. "Oh, mak..Belum masanya.." Mak cakap, "Long, telek umur tu.." Aku, "Mak, bukan along baru 18 ke..." Hehe.. ;p


Tapi aku rasa macam muda.. Tapi rasa macam dah layak jadi mak.. Tapi macam tak layak.. Hehe.. 


Dah dah, Out dulu.. Before tu baca dulu buku Sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf.. Belum ada? Sila la jengah MPH esok.. Boleh guna kad diskaun ea.. Huntunglah ada kad diskaun siswa..! Aku punya? Masih di PPS.. Ntah dah ada, ntah belum..



 




p/s : Eh, tahun depan kita plan kawen samesame ek..
Eh, lagi berapa hari je pon tahun depan..


woooooo..



Jodoh semua di tangan Allah.. Sekuat mana kita merancang, kalau kita sudah memang tiada jodoh.. Tiadalah.. Itu realiti yang kita kene terima walau sesedih mana pon kita!..


 





Friday, December 21, 2012

Video Majlis Perkahwinan Maria Elena & Asfirdaus


 




Nak tengok video perkahwinan Maria Elena? Klik SINI ..
Nak share direct kat sini, tak reti..
 
 
Kalau nak senang search Facebook CST Breed ea..
 
 
Baju dia, cantikcantikla..
Adore..
 

Mak, nak kawen jugak!!!
Haha..


Its not the suitable time..



 

 
 
Nak tengok video Maria Elena yang lagi suwitttttt?
 
Sila tengok SINI..
 
 
 
Kalau rasa tak berapa nak suwitt tu memang korang ni hati keras macam batu..
 
 
 
 
 
 
p/s : yang berbeza itu lah sebenarnya saling melengkapkan.
 
 
 
 
:)
 
 
 
 
 
 



 
 
 
 
 

Sunday, December 16, 2012

Cameron Highlands



Duduk rumah.. Musim-musim hujan.. Semalam.. Terasa macam nak berLEGOLAND .. Tapi terasa je lah!. Tak terasa nak pergi sangat pon.. Tapi dengar cerita orang macam best jeekk!. Hmmm..


Abaikanlah LEGOLAND tuu .. Rasa macam nak hayati dan nikmati strawberry bersalutkan coklat la.. Hewww.. Sedapnyeeee...


Jom jom.. Siapa yang nak jadi driver untuk bawa ke sana ? Anyone ?



Tengah bayangkan strawberry + coklat depan mata ..




Dan lagi ...



Ish..




Sungai Palas plantation


Hijau..
Damai rasa..


Perlukan tempat macam ni..
Sebab masih ada rasa belah bagi..


50-50..
Ya tidak Ya tidak Ya tidak Ya tidak..








Maria Elena kahwin sudah.




Keyword hit tertinggi hari ni , "Maria Elene Kahwin"

Rasanya tak pernah up entry pasal Maria Elena.

Ntah macammana dorang boleh masuk kat blog.

Tapi tengok kat page FL, kakak pelik tu sudah selamat dinikahkan.

Semalam.

Katanya.

Usha gamba kat page FL.



Lain gambar?

Sila lah terjah SINI .. 


Btw, tahniah MARIA ELENA !


:)










Masih lagi musim hujan merangkap musim mengawan.



Okk. Byeee






Jom tengok harga blog !




Harga blog ni RM 6,474.43 

Bestnyeee if dapat tukar dengan cek!

Kayo den..

Blog korang ape citer?

Ada yang dapat RM 10 k tak?

Tekan laman web bawah.

http://bizinformation.com.my



Friday, December 14, 2012

Patah Hati Harimau Kecundang ..



Thailand vs Malaysia malam tadi..
Keciwa harimau kecundang di kaki gajah..


Segarang-garang harimau , ia juga mampu kecundang di tengah jalan..
Sekuat-kuat manusia , ada jugak masanya dia akan down ...


Eh, kaitan ?


Back to match..
Apa boleh kita buat..


Memang tiada rezeki Malaysia ....
Tapi bosan ar game semalam ...
Malaysia bukannya banyak serang pon..
Asik Thailand je..
Bila sampai turn Malaysia ..
Time tu lah bola bolos..
Pemain tak ada..
Kesian Mat Yo..


Kesian lagi Farizal..
Yeala cubaan Thailand menyerang bukan sekali dua..
Hampir keseluruhan game..


Memang berbaloi ar 2 biji gol tu..
Senyum sengih sengih la tukang masak tomyam tu..
Yeala negara sendiri menang ..
Ish, nak boikot tomyam ..
Tomyam memang peberet ..
Cancel boikot ..


Lagi satu ,
Hero of the night semalam kan..
Nak tahu Sape..
Pakcik mata sepet tu la ..
Lee Min Hu ..
Hamboiii..
Glemer dia semalam..


Trending kat Twitter ..
Kat pesbuk tak payah habaqla..
Rata-rata cerita pasal dia..
Bukan cerita pasal dia sangat la..
Ramai yang mengutuk sebenarnya..
HAHAHAHA..


Kene rasuah kot..
Ke atau dia ni memang suka layang kad ?





Weyh , dia dengan kad memang tak boleh dipisahkan la..
Patut la semalam relaks je dia keluarkan kad ..


Tak pe lah ..
Thailand gol pon bila team Malaysia main dengan 10 player je ponnnn..
Even bola selalu bolos pon , Harimau tetap di hatiku..
HEHEHEHE...


Baru nak tengok harimau mengaum masa Final..
Harapan seperti tidak kesampaian..
Bertambah patah hati menunggu harapan ..
Macam lagu nih ...
;p







Apepon support SINGAPURA la masa final nanti...
Boikot coach THAILAND sebenarnya..
Sebab dia berlagak!



Eh, motip?
Sajeeeeeeeeeeeeee...


K la bye..





Wednesday, December 12, 2012

Buka mata



Morning dearest!
Buka mata.


Today 12-12-12
Tiada apa lah sangat


Mungkin pernah cipta satu impian
Tapi itu dulu lah.
Duluuuuu..
Sekarang dah berkubur.


Tanam jauhjauh.
Buang jauhjauh.


Kan?


Kita cipta impian baru..
Apa ea?


Eh, ade lahh..
Hehe..


***************



Eh, kenyang sudah makan Bueno.
Alhamdulillah.
Sedapnyeeeee..


;p



Tumblr_lf9jreiwmb1qaa05ao1_500_large



Today punya impian.
Selamanya punya impian kottt..


;p





:)





Byee.






Sunday, December 9, 2012

Malaysia vs Thailand



Malaysia vs Thailand

Harimau Malaya jumpa Gajah Putih




Ape pon jumpa ini malam..


Harimau Malaya punya kuasa sakti
Patahkan gading Gajah Putih
Pertarungan kasi kalah mati
Jangan sesekali Harimau kene lapah


Ada aku kesah
Kalau pantun ni tak menepati citarasa korang?


Support MALAYSIA weyhhh..
Kita perlukan miracle untuk kalahkan Thailand..


Doa banyakbanyak..
Aminn..


Hopefully, persembahan player Malaysia tak mengecewakan..
Kalau tak, mahunya aku tukar channel tengok RVP!



Oke, jumpa ini malam.
Bye.







Cerita Hari Ahad



Haii ollsss...


Cuaca baik.. Panas terik.. Tapi jangan sangka dalam panas tiada hujan.. Mengikut ramalan hujan petang nih.. Tunggu je la sama ada hujan atau tidak .. ;p


Tengah breakfast lauk berkat.. Jiran belakang kenduri kahwin anaknya yang lelaki.. Sedang-sedang menikmati sambal goreng, Nyai mulakan satu pertanyaan..


(Nyai merangkap panggilan nenek bagi orang Johor).


******************

Perbualan :


Nyai : Dapat orang mana menantu Wak belakang ni?

Aku : Ala nyai, dapat orang lorong belakang jeee..

Nyai : Untungnya dapat orang dekatt..

Aku : Aah Nyai. (Sambil-sambil angguk kepala)

Nyai : Nanti along pon carik la orang dekat-dekat. Senang.

Aku : (Dongak, sambil tengok Nyai) Errkk, tak nak la nyai.. Tak best langsung dekat. No challenges..   (Eh, terspeaking dengan nyai plak ;p) 

Nyai : Tak pe lah.. Along kan perempuan... Tak payah mencari.. Ade la tuu..

Aku : Angguk-angguk.. (Sambil terus menikmati makan..)


************************

Mak & bapak baru balik rewang.
Bicara lagi.


Bapak : Semua orang dah duk tanya bila nak buat kenduri ni.

Aku : Relaks-relaks dulu. Along muda lagi.

Bapak : Semua dah pakat macam wedding planner. Bila buat kenduri nanti nak ada baju khas untuk yang merewang. (Sambil gelak-gelak campur ngeluh).

Aku : Haha. Orang kampung ni macam-macam la pak.

Mak : Suruh dorang sponsor la senang.

Aku : Agreeee makkkkk! (Sengih-sengih poyo).

Tamat perbualan.. Parent siap-siap pergi kenduri lagi.



********************

Musim-musim orang kenduri.. Kompang dipalu pengantin malu.. Sepatutnya ada wedding hari ni di Seremban.. Sorry tak dapat attend.. Komitmen di rumah lagi penting.. Huhu..


Hujung bulan, turn abang sepupu.. Sepupu sepapat semua boleh dibilang dengan jari je yang masih single.. Yang lain semua tengah tunggu turn.. Nampak gayanya kene elak duduk dengan makcik-makcik masa rewang.. Kang tak pasal-pasal ada yang sipu-sipu nak jawab soalan demi soalan.. Makcik-makcik ni soalan mana nak bertapis.. Semuanya direct.. Aishhhh.. Kene lepak dengan budak-budak belum mumaiyiz ni.. Aman sikit duniaku.. HAAHAHA.. 




p/s : Cerita hari ahad korang mcmane? Best tak? ;p




Sekian, entry tanpa gambar Noktah.










"Jodoh ajal maut di tangan Tuhan. Kita sendiri pon tidak akan tahu bila hari itu akan tiba"

















Thursday, December 6, 2012

Sayang.


Entry ni sepatutnya publish semalam. Sebab semalam baru terdapat idea. Baca je lah! HAHA
Agak agak menyampah please klik X.



*******************


Sayang.
Bukan senang untuk punya rasa.
Bila ia datang.
Sukar untuk tepis.


Sayang.
Rasa tu macam kau makan cokelat.
Apa rasanya?
Macam tulah rasanya sayang.


Sayang.
Susah kan nak hurai lebar rasa itu
Hanya pada yang sayang pon tak terluah.
Kelu lidah.


Sayang.
Biarkan rasa ini kumpul dalam hati.
Lama lama tepu.
Saturated.
Susah sudah nak terurai.
Kompleks.
Umpama sebatian PAHs.
Apa itu?
Tanya pacik Google.


Hai Sayang.
Pengaruh Mr J kuat sangat.
Sayang Mr J.
Dah macam triple bond.
Payah nak berpisah.
Makin fall in love hendaknya.




CIKVIOLET
051212
0112 a.m.


******************


Euwwww..
Sweetnye dieeeee


;p










p/s : HARGAILAH sementara ada yang SAYANG!




Heart you more than i heart myself.
Peace yoww!







Wednesday, December 5, 2012

COD VCO Softgel di Bangi, Putrajaya & sekitar.



Hai hai.. Nak kene introduce ke VCO Softgel tu apa.. Tak perlu kot.. Sebabnya mesti dah ramai tahu dah.. Taip kat google banyak info pasal VCO nih.. Tak pon taip MINYAK KELAPA DARA.. Mesti banyak information.. Hehe.. Jangan malas! Hepp! 


Tapi aku kepilkan jugakla khasiat VCO Softgel nih :


  • Menyediakan satu sumber tenaga segera.
  • Mengandungi kalori sedikit berbanding lemak lain.
  • Nutrien paling penting untuk kesihatan yang baik.
  • Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
  • Membantu mengawal kencing manis.
  • Melembut & melicinkan kulit.
  • Mengurangkan risiko penyakit kanser etc.

Khasiat VCO Softgel nih memang sudah terbukti.. Kalau lah produk ni tak elok, kenapa ramai bagi feedback positif kan :) Jom kita tengok feedback daripada customer...


Mengurangkan jerawat di muka.
Bangun pagi je muka tak berminyak langsung.


VCO mampu mengubat ulser.
Cara : Kunyah VCO Softgel atau minum VCO Pure Liquid (Cecair) satu sudu besar dan ratakan di dalam mulut dan di tempat ulser. VCO adalah anti fungi dan virus.



VCO boleh meninggikan metabolisme.
VCO mampu singkirkan toksin dalam badan.


Banyak lagi testi oke.
If nak tahu details, boleh add acc FB di SINI


Ada beberapa set yang aku kategorikan supaya korang semua mudah nak beli.
Inform set apa yang korang nak..
Buat payment, beri details resit, nama & alamat rumah..
Then, siap2 menerima kunjungan dari pacik pos laju..


Kan simple..
:)


Set set kat bawah ni memang SELLING FAST!









Macamana nak order?

Text me atau pm di acc FEA Beads atau LIKE page FEA Beads
Inform nama & dari mana ea..
Sedap sikit bila dah tahu nama kan.

:)


Nak COD VCO Catalyst pon boleh..
Area yang menerima COD :
- Bangi
- UKM 
- Hentian Kajang
- & sekitar yang terdekat.





























Wordless Wednesday #24 (Peplum)






Musim musim Peplum.




Tajuk dot Tiada






Bosan bosan.
Layan je lah.


And.
Ta boleh blah.
Part last tu.


Oke bye.

Sunday, December 2, 2012

Malaysia vs Indonesia (Komen)






Alaaa..
Semua dah tahu resultkan.


Malaysia 2-0 Indonesia..
Malaysia ni asal lawan Indo je semangat ntah lain macam..


Baru la nak pandai control bola kan..
Tapi kadang lost jugak..


Sebab padang licin kot.
Tapi rezeki Malaysia..
Dapatla jugak 2 bijik gol..


Safee Sali macam tak ada function je atas padang tu..
Nampak stress
Benda yang dah lepas toksah dikenang lah..


Eh, WZH?
Siapa tu.?
Wan Zack Haikal...
Eh, menonjolnye atas padang..
Haha..


Ramaila aweks2 berangan nak jadi makwe WZH lepas nih..
Tapi sayang dah berpunya..
HAHAHA



Sumber pic : Beautifulnara.com



Next . Malaysia vs Thailand.


Mungkinkah ke final?
Ada harapankah?
Doa.







Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK