Da jadi suri rumah sepenuh masa nih , haruslah rajin ke dapur kan..Walaupun memang tak bape nak rajin , memang akan merajinkan diri la..Hari ini menu lain sikit sebabnya da puas bape minggu dok makan bergoreng dengan sayur bening je..Sotong masak sambal ni dulu aku pernah cuba sekali.. Tapi sayang rupanya sambal tu tak bape masak..Tak bape masak pon habis licin semangkuk dan tak de sapa yang sakit perut..Haha..
Ni kali kedua aku try masak sambal..Aku pon tak sure la masak ke tidak kan..Tapi dari segi warna nampak macam da masak..Dari segi rasa aku tak tau..Korang rasa agak2 masak tak ? Berani tak cuba masakan aku ? Sanggup tak kalau tersakit perut..Hehe..
Da la..Malas nak bebel panjang..Nengok la hasil masakan aku..Comot skit ah mangkuk tu..Comot tak pe janji rasa sedap n betol2 masak..Tapi sedap ke ? Jom la rasa dulu .. Hehe..
Cuti sekolah
Ramai yang berebut
Untuk memiliki tarikh
Supaya mereka berjaya menakluk kekasih hati
Tidak terkecuali pada mereka
Yang sedang berumur
Dewasa muda
Tahniah
Pada mereka
Yang berjaya dengan sekali lafaz
Juga
Pada mereka
Yang berjaya dengan dua kali lafaz
Tidak terkecuali pada mereka
Yang berjaya dengan sempurna tiga kali lafaz
Tahniah
Mereka bergembira
Mereka berbahagia
Mereka kekal selamanya
Itu doaku buat kalian
Semusim ini
Berlarutan tuk beberapa minggu
Dipenuhi perut
Dengan sepinggan nasi minyak
Dapur tidak berasap
Demi memeriahkan hari bahagia mereka
Diriku
Buat masa ini
Hanya memenuhi undangan
Belum sampai seru untuk mengundang
Tunggu tiba sampainya waktu
Hariku pasti menjelma
Menunggu sang putera memiliki hati
Tapi perjalanan itu terlalu jauh
Haha..Dalam entry Gila dengan Ahmad Seth Tan , Gila dengan Nora Elena tu aku ada citer pasal amir yang rosakkan Nora Elena..Tapi bukan da sebenarnya ..Haha..Sebenarnya Seth..Tapi betol ke Seth ? Kenapa Seth rosakkan dia dulu..Menjadi pertanyaan aku..So, sama sama la kita tengok nora elena tiap hari isnin hingga khamis ea..hehe..
*****************************
Semalam carik novel Kasih yang Suci kat popular Bukit Tinggi tapi tak da..Agak kecewa la kat situ..Huhu..
Disebabkan kecewa la kononnya aku rembat novel Siti Rosmizah..Tebal gilak kot..Harga pon tebal..Poket pon da pokai..Non-shopping lepas nih..Huhu..
Hola malammmm..
Mood tengah kacauu..Tengah naik giler dengan drama kat tb oiiii..
Gilak sama itu Ahmad Seth Tan .. Gilak sama itu Nora Elena .. Nama cun deyhhh .. Bole letak kat nama anak nih.. HAHA .. Aku da cop dulu .. Korang jangan nak amek pulak ea .. Hehe ...
Nora Elena
Nama kau gila unik
Nora , kau kene kuat..
Sekali dia ludah kau , baik kau amek madu yang tunggu kau sepuluh tahun..
Sepuluh tahun tuh
Kalau aku da memang terharu
Langkah kau mendengar kata family langkah yang baik
Suka kau
Emosi kau
Jiwa kau
Seakan aku .. Ececece ..;p
Ahmad Seth Tan
Aku ingat panggilan je SETAN
Rupa memang da nama Seth Tan
Lagi sedap nama ATAN
Kau , atan..
Teruskan menyintai Nora Elena
Usaha tambatkan hatinya
Turunkan egonya
Aku sokong kau
Sabar sabar jugak
Tegas sikit beb..
Haha
Cair tengok watak kau..
Hehe
Eid (Idham)
Aku suka watak macho dalam drama nih
Tapi kawal sikit ego kau
Tinggi la..
Cukup pantang tengok ego laki yang tinggi nak mamposs
Haha
Upsss..Kaum lelaki jangan marah plak ;p
Eid , tau kau da menyesal
Kesian plak aku tengok
Tapi tu la bak kata kau
"Sekali ko da ludah , kau tak kan jilat balik kan"
Terbaik ahh kata kau
Kata orang ego
Sekali da menyesal
Jiwa raga terseksa
Padahal wanita itu pernah menggembirakan kau suatu masa dulu kan
So , beware your words..
Haha
Yvonne
Kau cantik
Kau seksi
Tapi kau mengharapkan sebuah cinta daripada seorang lelaki kan
Nasib kau tak sebaik Nora
Ruang hati jejaka itu bukan untuk kau
Untuk orang lain
Nampak kau belom agresif dalam cerita nih
Tapi kau mesti ada muslihat kan
Bak kata kau
"Kalau semua ini terjadi pada diri aku , aku akan stay , tak kan pergi jauh , berjuang untuk mendapatkan hak"
Lebih kurang macam tu lah dialognya..
Aku tak ingat
Kau jugak kawan yang baik
Walau kau suka dia
Tapi kau masih boleh kawal diri kau
Boleh lagi bagi nasihat
Amir
Suatu masa kau pernah rosakkan dia
Kau kembali
Dia tak tenang
Dendam dia terhadap kau masih bara
Kau , Amir
Memang nampak gengster
Style bro
Selalu tanya pasal Nora
Kau ada hati lagi ke kat dia ?
Jangan bro
Biarlah dia bahagia
HAHA
*****************************
Cerita yang akan aku follow
Suka semua watak dalam cerita nih
Emosi memang mengganggu malam aku
Bila mood sudah agak gila gila mereng , macam ni lah