Thursday, May 31, 2012

Spontaneous Thursday # 3 (Rasa Dalam)



"Bila ada depan mata & bila kita ada untuk dia,  langsung tak hirau.. Bila dah rasa kehilangan, sunyi baru terhegeh-hegeh nak dekat.."






 #menyampah

#lumrah manusia yang tak reti bersyukur dan hargai orang





Saturday, May 26, 2012

Jom berjimba kat KARNIVAL KEUSAHAWANAN dan INOVASI UKM



Sebelum ni aku ada ajak korang dating kat satu tempat .. Nak tahu tempat tu, korang klik SINI dulu eh .. Kali ni kita pergi berjimba sekejap kat KARNIVAL KEUSAHAWANAN dan INOVASI UKM .. Maklumlah student UKM kan kenela support program yang ada kat UKM .. Bila lagi nak join .. Sisa-sisa kat UKM ni tinggal berapa bulan je .. Sob sob ;( 


Entry nih bukan entry sedih .. Dah2 jangan nak tacink plak.. Jom, kita roger, apa yang menarik sepanjang karnival nih.. Skrol ke bawah ek .. Jangan malas nanti kene babab ;p





CABARAN USAHANIAGA



Siapa yang masih dengan gelaran student dan berminat meniaga, ada produk sendiri, jomlah join .. Mana tahu korang berpeluang menang hadiah RM 1000 .. Mata da blink blink tengok .. Hehe.. Syarat? Di SINI



PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA


Syarat : SINI


LARIAN AMAL KAMPUS


Details : SINI




i


Lain-lain Aktiviti :

Explorace
UKM Talent
Treasure Hunt
Pertandingan Mencipta Banner




Hadiah pon lumayan korang ..  Apa lagi jom la join .. Hehe .. Tukang promote plak ;p Nak tahu details boleh la layari laman web ni kkiukm.blogspot.com .. Esok, join explorace .. So, mestilah mengharapkan kemenangan .. Hehe .. Dooakan ek untuk group ktorang :)





Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday # 19 (mummy)



Satu hari nanti saya akan jadi macam ni :)




Pengantin dokoh



Korang pernah dengar tak, PENGANTIN DOKOH? Actually, aku baru first time kot dengar. Aku tahu istilah ni pon daripada keyword nuffnang. Orang google PENGANTIN DOKOH lalu termasuk ke blog aku. Padahal aku tak pernah cerita pasal dokoh atau pengantin yang memakai dokoh. 


Bagi korang yang tak tahu apa itu DOKOH. Jom sama-sama kita sharing is caring maklumat ea. Untuk pengetahuan 


  • DOKOH ni sejenis hiasan yang tergantung di leher & paling popular sejak 200 tahun dahulu di pantai timur ea. 
  • DOKOH dicipta dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa reka bentuk sampingan yang bercantum di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. 


  • Bahagian bawahnya terdapat kepingan bertingkat atau terdiri daripada satu / dua keping sahaja.


  • Biasanya DOKOH bercorak daun sukun. 


  • DOKOH dua tingkat & tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan rantai di kiri & kanan. Berbentuk tiga segi & bercorak bulan sabit.


  • DOKOH tiga tingkat menjadi favourite pengantin perempuan & lelaki untuk menambahkan keserian.

Cerita pasal DOKOH tapi tak pernah tahu rupa bentuknya. Sila tengok gambar di bawah ea. Mungkin ini DOKOH tiga tingkat yang biasa pengantin guna masa majlis berinai / bersanding..









Nak tahu banyak info pasal DOKOH. Sila google ea :)



Mungkin pengantin sekrang tak ramai yang memakai DOKOH ni, maklumlah sekarang zaman moden. Baju pengantin penuh dengan manik crystal je tak pon pakai gaun labuh ala-ala Inggeris style kan. Macamane nak match dengan DOKOH ni. Hehe. Ape pon, kekalkan warisan budaya kita supaya tak tenggelam dek zaman  ;p












Tuesday, May 22, 2012

Nafsu






Nafsu
Bukan nafsu sampah
Mahupun nafsu kuda
Cuma sedikit nafsu
Mahu dilampiaskan
Padamu
Sahaja yang
Mampu
Memahami diriku
Seadanya


Kaulah raja hatiku wahai blog
Merangkap diari hatiku
Di alam maya
Segala propa hati
Segala gundah jiwa
Hanya kau yang mampu ku serahkan
Selain hanya pada Dia 





Nafsu untuk memberi rasa
Nafsu untuk berkongsi maklumat
Semakin meningkat
Dengan adanya boyfriend baruku
Tiadalah sehandsome boyfriendmu
Tetapi bolehla mengiringi puncak kejayaanku


Ku perkenalkan boyfriendku yang bernama
Mr Thesis
Owh. Lihatlah dunia.
Betapa gagahnya Mr. T
Untuk membahagiakan aku
Pendorong cinta hati
Membantu karier perjalanan
Bakal muncul
Pada hari esok



Seiring perjalanan
Mencorak rezeki
Pada Dia ku hanya mampu berdoa
Untuk memudahkan
Segala impian
Yang masih
Malu-malu di dunia kotak raga




Sedikit langkah
Akanku berada dipuncak sana
Segenggam kesabaran
Menyempurnakan citaku
Sedikan omelan
Mengurang rasa kesakitan
Iringan doamu
Menyentuh kalbu








Tulus daripada kekasih gelap,
CIKVIOLET
220512
1804





p/s : Cuaca petang dingin menambah koleksi karutan
Harap dapat terima.

Sunday, May 20, 2012

Tengok gambar kahwin, tetiba rasa nak kahwin jugaakk. Boleh?











Sumber : Sini


****************

Dah terbukak gambar orang kahwin.
Usha usha usha
Terasa nak kahwin
Haha.


Upss.
Tema minggu ni kahwin ke hape.
Mentang-mentang masuk bulan MAY, 
Memang kita tak lari daripada kenduri kahwin.
Maklumlah cuti sekolah kan.
Tiap minggu mesti punya ada orang kahwin.
Bestnyee


Usha baju pengantin plak.



Kalau buat gaun pengantin macam dua gambar kat atas ni, 
Mesti macam princess kan.
Errkkk.
#berangan kuat sangat
#kesan makan buah berangan la nih!


***********************

Antara doa untuk mendekatkan jodoh :

"Ya Allah, jadikanlah dia (nama orang yg inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gemberikanlah dia (nama orang yg inginkan jodoh) dengan kekeyaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya."











[REVIEW] Baju Kurung Moden Koleksi Raya 2012 by Suri E-Shoppe




Suri E-Shoppe adalah sebuah kedai online hasil gabungan 3 wanita yang gojes, cun dan cantik. Tak percaya? Meh kita tengok owner Suri E-Shoppe nih..

Skroll ke bawahhh

















Ha, kan da cakap :)






Oke, kita tengok baju kurung moden terbaru keluaran Suri E-Shoppe nih.
Sungguh, aku rasa nak buat koleksi satu. 
Semua aku rasa nak buat koleksi, rambang mata kot. 













Harga : RM 119 



#Untuk tengok saiz and design lain, please visit Suri E-Shoppe.
#Harga sangat berpatutan beb.
#Koleksi cantik design lawa rugi korang tak grab 1 untuk raya tahun ni :)
#Pakat ramai-ramai like page beliau eh Suri E-Shoppe







Friday, May 18, 2012

Woot woot. Today is Fridayy. Friday, I'm hungry.



Woot. Woot. 
Kereta api nak lalu.
Ouchhh.
Terlanggar pakwe hensem.
Eh, Today is Friday.
I'm fall in love again.




With someone.
Loving.
Caring.
Protect me.




Semalam. 
Ada orang tu dengan tiba-tiba je kasi bunga ala loving-loving macam kat atas ni.
Erkk.
Rasa nak sepak je.
Apa paedah dapat daripada bunga ni.
Bukan boleh buat makan.
Bukan boleh buat jalan.
Bila niat hati rasa nak sepak mamat tu kan.


*gedebuk*
#Ouchhh.


Sakit gilak badan aku.
Belum sempat aku bantai mamat ni, mamat ni da bantai aku dulu ke.


Ape pasal dunia aku kelam ni.
Patutla aku tengah pejam mata.
Bukak mata je aku da ada kat bawah katil.


Alamak! Mimpi rupanyaa.
Ngehh!
Selamat aku daripada mamat yang tak berapa nak jiwang tu.
Haha.



Actually tak ada la jatuh cinta dengan orang.
Jatuh cinta dengan makanan much more better.
Tak ada rasa sakit hati.
Tak ada rasa nak lempang-lempang.


Nak nak coklat.
Sampai hati kau nak lempang dia.
Nak cubit pon tak sanggup.
Sebab dia lah yang mampu cairkan jiwa ragaku.
Ceitttt.



Hehe..
Tak caya ?
Meh join me fall in love with chocolate.






gluttonyisabliss:  (via chockylit) Ice Cream Cone Cupcakes

Chocolate Mousse Decadence! / Marianna

7 tips for making a perfect batch from some experts who know best



Oh no!!
Perut ku sudah menyanyikan lagu TONIGHTTTT, WE ARE YOUNG.
ALWAYS YOUNG FOREVER.



Ehhh,
Jomla masak gegirl.
Kita dah lapar niii. 
Byeeeeeeeeeeeeeee...






Thursday, May 17, 2012

Cuaca panas ke hati yang panas




MasyaAllah. Siang tadi walau cuaca sebenarnya redup tapi terasa sangat panas. Sampai tak ade mood nak buat kerja. Sampai ke malam bahang panas tu masih terasa sebenarnya. Masalahnya sekarang cuaca memang panas atau hati sendiri tengah kepanasan ni?? Persoalan yang bermain diminda. Situasi aku ketika ini seperti gambar dibawah. Penggunaan bahasa baku sejak kebelakangan ini merupakan faktor penulisan thesis yang mendorong aku untuk menulis mengikut struktur Bahasa Melayu dengan betul. 



Kipas da pasang atas bawah stil rasa panas. Ouch.
Jom lah solat dulu.




& jangan lupa banyakkan minum air ea.








Wednesday, May 16, 2012

Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau awak tak cintakan dia






Pesanan Ustaz Azhar Idrus :

  • Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia
  • Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau awak tak cintakan dia
  • Jangan memberi wanita harapan kalau awak tak pasti
  • Jangan sakiti wanita kalau awak tiada hati untuknya
  • Jangan mainkan perasaan wanita kalau awak tiada perasaan untuknya
  • HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tapi tiada niat untuk nikahinya









Thank you cikgu !


Dulu




Sekarang


Selamat Hari Cikgu kepada semua cikgu-cikgu & pensyarah-pensyarah yang pernah ajar saya .


Tadika Abim
SK Bukit Naga
SMK Jalan Kebun
MRSM Terendak
Kolej Matrikulasi Johor
UKM 
(especially Jabatan Kimia dan Teknologi Makanan,
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan & Pesekitaran)




Tanpa cikgu tiada la saya di mana saya berada !
Love & miss you cikgu !



and my parent cikgu sepanjang hayat !

:)


Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK