Tuesday, September 28, 2010

mahu Tengku Farriel Izumi


aku mahu update blog tentang raya II..
tapi sangat malas..


aku mahu upload gambar tentang raya II..
tapi malas sangat..


aku mahu cepat cepat siapkan asiment yang tengah berderet..
tapi malas sangat sangat..


aku mahu TENGKU FARRIEL IZUMI berada di sebelah saya..
owh alangkah bahagianya.. :)



Suara bisik-bisik :
tanda orang malas - kuat sangat berangan
peace ^__^


Thursday, September 23, 2010

cerita raya I vs sayu

cerita tentang raya. entry lepas aku ada janji untuk cerita raya. masih sempat lagi untuk aku bercerita tentang raya kan kan?. raya 2010 tidak sehangat raya raya sebelum ini. tapi raya raya sebelum ini pon tidaklah sehangat mana. cuma yang hangat sudah semestinya tang duit raya. walaupun umur ni da selayaknya berpangkat emak orang, tapi collection untuk duit raya tetap maintain u. i like dis very very much. ^__________^.


korang macamane?? collection duit raya maintain?? @ semakin berkurang?? @ semakin bertambah?? @ tadaapapa langsung?? hehe. yang tadapapa langsung, jangan bersedih, cuba lagi collect untuk tahun depan ea..


kembali kepada cerita raya, sejak 3 tahun lepas, aku satu family akan beraya di johor dahulu merangkap kampung emak. beraya di johor seagak aku kelihatan suram. aku pon ta tau apa yang tak kena. mungkin sebab sepupu sepapat ramai da berkeluarga, so, masing2 mempunyai sistem giliran balik raya ta macam kehidupan single dulu. macam aku la kan hidup single, so masih milik keluarga dan akan beraya ikut ke mana sahaja keluarga pergi. (bajet anak yang baik nih ;p).


tapi kan raya kali ini ada satu perasaan sebak yang sukar untuk diungkapkan. sangat sebak apabila melihat mereka yang sudah tua dan mempunyai anak anak yang ramai, tapi keberangkalian untuk mereka pulang ke kampung beraya bersama orang tua masing masing adalah sangat tipis.

mengapa mereka yang masih mempunyai ibu bapa, tidak pulang dua atau tiga hari sebelum kita menyambut Syawal.??

kenapa mereka tidak menyediakan persiapan raya, juadah raya bersama orang tua mereka??
kenapa perlu sediakan juadah itu di rumah masing masing dan di bawa pula ke kampung semasa hari raya?

kenapa semasa takbir bergema di malam raya, anak anak itu tiada di sisi ibu bapa mereka yang sudah tua.?


walaupun belom saat aku merasa bagaimana kehidupan tua itu, tapi melihat air muka nyai dan yae (nyai dan yae-panggilan atok nenek di johor), mereka sangat mengharap anak anak itu pulang ke kampung, bersama mereka, membantu mereka, menemani mereka hanya untuk seketika. sering kali terdengar luahan mereka menghitung hari kapan anak anak itu akan pulang. sering kali mereka menunggu dan menjenguk luar untuk melihat sosok tubuh anak-anak mereka. begitu berat sekali bebanan yang ditanggung nyai dan yae sebenarnya. sehari sebelum raya, perasaan semakin memuncak, dan ini lah luahan aku di facebook,

"selagi ada insan bergelar ibu ayah,pulang la dan temani mereka d malam raya kerna jika mereka sudah tiada,kehilangan pasti akan terasa dan hanya mampu sedekahkan yasin & al-fatihah..hargailah mereka sementara mereka masih ada.jangan hanya sesalan menyelubungi diri~"



bukan niat untuk aku mencederakan hati siapa siapa yang berkenaan, tapi sekiranya korang masih ada ibu bapa yang sudah tua dan uzur, jenguklah mereka di kampung. temani mereka sementara mereka masih ada. :)


kembali kepada cerita raya, sesudah menghabiskan selama 4 hari di kampung johor, bergerak pula ke sabak bernam. kampung sabak bernam, sudah tiada atok nenek. di sabak, dua dua atok nenek, dipanggil embah lanang dan embah wedok. begitu kuat kami sebagai orang jawa. embah lanang sudah kembali ke rahmatullah pada tahun 06 manakala embah wedok pada tahun 04..selang dua tahun mereka tinggalkan cucu cucu nya seperti entry ini, ...begitu rindu untuk menyambut 1Syawal di Sabak tapi apekan daya sambutan sekarang tiada yang sama seperti ketika ada embah..
Al-Fatihah...


Now, malas nak bercerita lagi, layankan gamba gamba masa raya ea...Sekian..


KAMPUNG PARIT BENGKOK, JOHOR








KAMPUNG SG TENGAR, SABAK BERNAM








suara bisik-bisik : tapi aku masih bersyukur kerna dikurniakan keluarga besar yang ramai. ramai saudara mara dan ramai sepupu sepapat. Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya. MOhon maaf dan halal untuk segalanya ea...

Wednesday, September 15, 2010

cerita raya

nak cerita pasal raya..
Jeng jeng jeng..
Tunggu ea..rindu nk update blog..


Suara bisik-bisik : dan rindu seseorang..sape ek? :p

Saturday, September 4, 2010

tiada tajuk tajuk tiada tiada tajuk tajuk tiada

facebook = bohsan

so, kembali ke alam blogging..
dalam lebih kurang seminggu lagi kita akan menyambut hari raya..
kebanyakan orang pasti sebuk pasang lagu raya kan..
tapi tidak pula pada aku..
pada aku, langsung tak terasa feel nak raya..
napa ea??

tapi, persiapan raya macam baju+kasut raya da selesai awalawal sebelum masuk ramadhan lagi..
pe kes?? haha
sebabnya, semua tu aku beli saing2 masa nak konvo..
baju+kasut konvo bole recycle balik untuk raya kan..
ta baik membazir.. ^_^

ha, sebuk2 orang dengar lagu raya, aku plak sebuk dengar dua lagu nih..
pada aku, dua lagu nih memang best la..
tapi ta tau plak pada korang, kot2 xbest kan..
janji aku layan hati aku bila dengar dua lagu nih..

jom, samasama layan!! mau?

-------------------------------------------------------------------------------

SATU CINTA

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia


untuk download lagu satu cinta, sila klik SINI
Actually, aku dengar lagu ni kat blog luahan jantung kanak-kanak,
lalu, terus aku jatuh chenta dengan Satu Cinta,
mudah benar aku jatuh cinta,
aissshhhh..
pada lagu je (^_*)

---------------------------------------------------------------------------
PUJAAN MALAYA - Adzrin Adzhar

Pujaan malaya oh oh oh uuu
Kau pujaan hmmm aiyaiayaai
Pujaan uuuuuuuu

Hati dihantu bayangan mu
Rindu termimpi tiap waktu
Ow ow woh

Cinta bercampur curiga
Kerna kau satu-satunya
Pujaan malaya

Hei sayang ku
Akulah pemuja mu
Sampai bila-bila
Cintaku kan berbunga

( ai yai yai yai )

Korus
Tiada apa dapat menghalang
Tiada kau aku gila bayang
Tiada cinta mu ku tak senang

Cemburu resah ku tak menentu
Diri mu segalanya sempurna
Oh kanda sungguh aku tergoda
Pujaan malaya

This aint no lie
Hari ke hari ku ternanti-nanti
Cinta mu tidak terbanding
Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cinta ku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang cinta mu buat ku layang
Renyuk resah bila kau pujuk (Ow ow woh)
Mama bilang jangan ku percaya
Lelaki akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana

Ulang korus

Cemburu
Ai yai yai yai
Resah ku tak menentu
Diri mu pujaan malaya

Sungguh ku tergoda
Bahagia




--------------------------------------------------------------------------

suara bisikbisik : dan sedang menahan kesakitan sakit gusiii....
auuuwwww..(╯_╰)



Friday, September 3, 2010

Veyron 16.4 Super Sport

puas sudah aku minat mini cooper..asal aku gerak keta atas jalan je, mesti ada terlintas kete molek mini cooper tuh, banyak tol duit mereka yang membeli kete pujaan aku tu ea...



tapi, kini, cinta dan pujaan aku beralih angin dekat hero yang bernama 'Bugatti Veyron 16.4 Super Sport'..da tuh boleh speed sampai 413 km/h..kalau aku yang jadi driver bugatti nih, konpem aku yang melayang dalam tuh..fuh!!!



oke, harga bugatti nih memang sangatla cekik darah korang semua..1.7 Million USD beb!!!
cuba korang convert kepada RM...memang kurus kering la korang makan megi cup pon xlepas weyh...



aku hanya mampu puja dalam mimpi..
siapa lah aku untuk layak memiliki sebuah bugatti 2..
siapa lah aku untuk mendapat hadiah sebegini istimewa dari orang yang istimewa..
tak layak weyhh..
aku memang sedar diri aku



tapi aku tetap berharap someone give me bugatti..
tapi siapa??




ntah!!




layan gamba dlu, jom ^_^









suara bisik-bisik : tiba2 aku teringat orang yang bercerita pasal bugatti nih..
ada plak kan dia nak ingat aku nih..
siapalah aku kan untuk diingati..huhu..
mungkin dia da bahagia kot~~



Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK