Friday, December 31, 2010

Dua O Satu Satu

Semua terjadi ada hikmahnya..
Baik buruk pe yang terjadi tahun 2010 , ambil yang positif , buang yang negatif..


Salah silap yang telah dilakukan , harap yang berkenaan ampunkan..
Bergaduh berpanjangan pon tidaklah elok..


Bukan hari raya saja kita bermaaafann..
Di tahun baru juga hulur la keampunan dan saling memaafkan..


*******************


Tahun 2011..
Melangkah lagi satu era..
Yang kita tidak mungkin tahu apa yang bakal terjadi..


Dengan melangkahnya tahun baru ini
Dengan segunung harapan
Dengan seluas impian
Dengan senggenggam pengorbanan


Semoga sikap kita yang buruk
Dapat kita tangkis
Mungkin akan menjelma satu perubahan positif
Yang mungkin akan membuat kita lebih sedar


Sebenarnya
Hidup kita
Mungkin
Sudah
Tidak
Akan
Lama


Dan
Hanya 
Menunggu 
Masa
Untuk
Kita
Dikembalikan


Semoga
Kita
Cepat
Sedar
Hari 
Itu
Pasti
Berlaku


Tahun 2011
Mungkin hari istimewa untuk kita semua
Capailah ia sebelum nikmat itu ditarik balik


Jangan terlampau seronok
dan 
Jangan terlampau bersedih hati


Apa yang sudah berlaku sudah tersurat
TAPI
Usaha
Usaha
Usaha
Untuk mencapai satu keajaiban




p/s : peringatan untuk yang membaca dan yang menaip..
SELAMAT TAHUN BARU 2011 ;)

Thursday, December 30, 2010

Skandal terbaru Khairul Fahmi Che Mat -KFCM-


Semua dok cite pasal KFC Malaysia..Eh , bukan KFC kentucky tuh.. Ni KFC bikin panas bikin hot dan bikin kegilaan wanita wanita kat Malaysia skrg nih.. Dia lah KHAIRUL FAHMI CHE MAT..

Fofular youuuu... Kalah CR.. Eh , motip CR.. Haha..

Ni lah KFC yang dok sebut sebut tuh..


Da ramai yang bercerita kan..
Aku dok tumpang tempek je la.. Hehe..


Nak tau citer hot pasal Khairul Fahmi nih , moh ler kita terjah CIK ELIA aka gf KFC kat belog Cik Elia tu ea.. Malam semalam gi lawat blog cik elia tuh , follower baru dalam 900+ , pagi tadi bukak lagi , wow!! Da mencanak sampai 2k beb.. Tadi bukak lagi da mencanak canak sampai ke gunung , dah 4k.. Fuyoo!! Automatik cik elia nih menumpang fofulariti KFC la nampaknya.. Hehe..


Aku pon tumpang gembira la dengan 1 malam je Cik Elia da feymes amous dowhh.. Haha.. Dan tumpang gembira jugak semoga hubungan cik elia dengan khairul fahmi nih sampai ke jinjang pelamin hendaknya...Amiiiinnn ;)


Nah gambar aku curik dari GOOGLE.. Hehe..



Wednesday, December 29, 2010

RIO Ferdinand pon puji team bola sepak Malaysia..


Tak percaya ??
See this picture...



Ha , udah percaya ??
Terbukti rupa rupanya pasukan bola sepak negara mampu bangkit semula ;)


Inilah barisan kita.. Yang ikhlas berjuang !! Malaysia Juara !!


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

 Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

********

MALAYSIA JUARA !!!
Pasukan bola sepak Malaysia sudah kembali bangkit mengaum !!
Aumm !! Aumm!!

Tahniah kalian !!
Tahniah Malaysia !!
Tahniah Pasukan Bola Sepak !!

Baru lah rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kalian !! 
;)

Malaysia vs Indonesia

Bola Bola Bola..Tak habis habis citer pasal bola kan..Tapi ni demi maruah negara, Malaysia..Kita kene sokong Malaysia beb..Musnahkan harapan Indonesia jom..!!

Tapi, banyak serangan dari Indonesia je nih..Hmmm...Baru terlepas gol untuk Malaysia..Aduh sayangnya..Da elok tadi, tapi tak da orang nak sambut..Haiyaa...Jom la layan bola jap sambil men game...Hahahahaha...

Tuesday, December 28, 2010

Kegilaan Terhadap CityVille


Esok kelas untuk sem ni akan bermula.. Tapi bermula saatnya petang tadi, 1 kegilaan telah muncul dalam hidup aku.. Dulu aku pernah tergilakan Beckham..Adore dia.. Rambut Beckham.. Sume lah.. Tak percaya?? Tengok Entry nih.. Sudah citer pasal Beckham, aku pernah minat pulak dekat si kecil yang kiut miut nih.. Cleopatra Stratan.. Lagunya kalah orang besau taw.. Entry Kegilaan Terhadap Cleopatra Stratan.. Memang kaw2 la aku pasang lagu dia sehari suntuk.. Hehe.. Skang nih da tak bapa nak pasang da..;p 


Ha, now nih.. Ada kegilaan baru.. Sememangnya aku nih pantang orang invite menatang sume game dalam facebook tuh.. Addicted weyhhh!! Starting dengan PET SOCIETY, berterusan dengan FARMVILLE, FISHVILLE, CAFE WORLD... Sume tuh penah aku addicted.. Sanggup bersengkang mata tak tido demi game game sume tuh.. Tang belaja bila suruh bersengkang mata, memang la fail.. Haha.. Da tuh semua game tuh tinggal kenangan.. Aku tinggalkan mereka sume gantung tak bertali.. Muhahaha... Kejam tak aku..!! Sket je kejamnye..Hehe..


La nih, kegilaan aku kat CITYVILLE, mulanya aku memang tak pandang pon.. Sebelah mata pon tak.. Ntah napa tibe2 petang tadi tergerak hati nak accept sume invite dari geng2 facebook yang dok men game tuh.. Aku pon layankan je lah.. Seronok pulak.. Haha.. Bila da seronok, konpemla nak bukak hari2kan.. Yeala..Nak jugak kejar level budak yang da men sampai level tinggi tinggi tuh.. Tergugat aku.. Ececece....;p





Ni la bandar cik violet.. Lawa tak?? Lawa tak lawa sangat la..Yeala..Baru level 8 kan..relax dulu..;p



K la nak continue men, chow  chin  chow !!! ;)




Suara Bisik Bisik ; Esok kelas start sudah.. Dari kul 10-6.. Gamaknya kene tdo awal la ek.. ;p

Saya Blogger Selangor

Salam petang selasa..


Jom join Kategori Sahabat Blogger Mengikut Kategori.. Sini meh KLIK..


SAYA BLOGGER SELANGOR.. 


Macamana korang nak join??

Follow je instruction kat bawah nih..Hehe..

Senang saja, anda perlulah membuat entri yang mengandungi:
  1. Tajuk entri : "Saya Blogger Pahang" - sila gantikan nama negeri anda
  2. Link ke blog ini - wajib 
  3. Nama anda - nama manja atau glamer
  4. Status anda - sudah kahwin ke belum, anak berapa ramai, isteri berapa orang, heheh..
  5. Cara hubungi - contohnya Facebook dan twitter, email boleh juga (mana tahu kalau ada orang nak panggil masuk tv atau suratkhabar). no telefon tidak digalakkan.
  6. Daerah/Jajahan - di mana anda tinggal
  7. Tempat tinggal - jangan bagi alamat seperti dalam mykad pula, cukup sekadar bagi nama kampung, taman, felda, atau estet mana.
  8. Apa yang menarik di tempat anda - contohnya ada gua ke, ada lombong emas ataupun ada puteri bunian. heheh..
************************
  • Tajuk entry ; SUDAH
  • Link ke blog ; Akan link kan sudahnya entry ni selesai
  • Nama ; Cik Violet - owner Coretan Hati..  Violet Chem - nama di muka buku
  • Status ; Hak milik kekal Dia , Hak milik tetap mak bapak , 
  • Cara Hubungi ; Adeh, agak2 ade ke yang nak interbiu cik violet yang tak brape nak feymes nih.. Hehe.. Mau hubungi ? Cukuplah di blog plus muka buku.. Twitter?? Search saja Violet Chem , Oke? 
  • Daerah ; Shah Alam 
  • Tempat Tinggal ; Itu Shah Alam jugaklah..
  • Apa yang menarik ; Apa yang ada kat SA nih.. Ntahh.. I-City yang dok sume orang mau bgambar.. Lagi Apa yang menarik.. Muzium? Owh menarik kah? Ha, nak tau ape yang menarik kat Shah Alam.. Aku jemput korang sume pakat ramai2 gi Shah Alam.. Aku belanja , tapi sendiri2 bayar ?? Ada berani?? Hehe..


Jom pakat ramai ramai join..Ley banyak kenalan..;)
Moh ler kita pi kat blog pilihan Malaysia nih..

50 Fakta tentang Lelaki dan Perempuan

Jom kita baca 50 fakta tentang lelaki dan perempuan.:)






1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.

2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.

12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki

17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).

18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.

23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.

26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.

27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.

28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.

39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.

48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.





SLE, itu apa? Systematic Lupus Erythematosus

Publish post entry before nih...


entry sebelum sebelum nih banyak entry merapu meraban. Sumenya tarak isi ok!!, banyak sampah jek. Dah lama tak post entry bagus bagus (ceh, macam bagus plak kan entry before nih! ).


korang, pernah tak dengar nama penyakit SLE??
ada sorang kawan praktikal hidap penyakit nih..
before nih pernah post entry pasal dia..klik
sini.



SLE nih mengikut pengetahuan saya yang ala zero zero nih, sejenis penyakit yang memakan organ dalaman kita..pesakit tu plak kene sentiasa bergantung pada ubat..kalau mereka tak makan ubat, alamatnya lemah la organ-organ mereka tuh..


ni baru ikut pengetahuan saya..belom tentu kesahihannya..
so, jom kita search pasal SLE..
taip je kat google, berlambak fakta mengenai penyakit nih..
saya pon nak share sket..
jom main dengan fakta!!



SLE ni nama penuhnya Systematic Lupus Erythematosus. Sejenis penyakit kronik autoimun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi kemudiannya akan bertindak balas terhadap tisu seseorang itu lalu menyebabkan seseorang itu sakit. Ha, setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan pesakit ini.(huhu). Malah, saintis juga tidak tahu punca sebenar penyakit ini berlaku. Penyakit ini masih dipandang misteri...


Contoh pesakit SLE.
sumber : ehsan dr pacik google.

Simptom SLE :
  • Ruam merah / perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama rama pada hidung dan mata.
  • Sendi membengkak dan sakit.
  • Demam tanpa sebab.
  • Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
  • Kelenjar menjadi bengkak.
  • Keletihan yang berlebihan.
  • Keguguran rambut yang luar biasa.
  • Jari tangan atau kaki menjadi pucat / warna ungu kerana kesejukan / tekanan.
  • Sensitif terhadap matahari.
  • Kemurungan.
  • Sukar menumpukan perhatian / masalah ingatan.
  • Ulser mulut.
  • Sawan tanpa sebab.
  • Masalah mental.
  • Kerap keguguran kandungan.
  • Masalah buah pinggang.

sumber : ehsan dr pacik google.


Suara bisikbisik --> Saya nak nasihat kat blogger yang punya kawan sakit SLE, sila pantau pemakanan ubat mereka setiap masa. Pastikan mereka tak tinggal ubat untuk sesat pon. Sama2 bantu mereka bukan abaikan mereka. Doakan kesihatan untuk kawan praktikal saya yang masih di icu ea...





Monday, December 27, 2010

Tips jaga kesihatan

Minggu nih mungkin da stat kelas bagi student master..Tapi tuk hari ini, 1 kelas pon tak jejak lagi..Sebabnya dafta subjek tuk hari rabu full dari pukul 10 hingga 6..Oucchhh mungkin pengsan kot..Tapi eloklah habiskan terus seharian tuh.. Hari laen hari tuk lepaking..Hehe...Eh, lupa, ada kelas hari jumaat, 4-6...Alamak !! Paling tak suka kelas petang jumaat.. Sangat malas ok.. Tapi, apa boleh buat.. Jadual sudah pon diatur.. Mana mungkin aku yang mengubah jadual tuh... Melaenkan aku ada kuasa doraemon kan.. Haha..


Now nih, keadaan kesihatan badan agak terganggu.. Selsema, batuk yang berterusan.. Hopefully hari esok badan nih kembali sehat.. Hari rabu bakal melalui kuliah seharian.. Mesti berpinar mata.. ;p Upss..Jangan jadi macam gambar kat bawah sudahlah..Hehe..



Kawan kawan sume, enjoy your class... Jangan banyak merungut.. Tempuhi kelas plus kuliah dengan sabar ea.. Nasihat nih lebih ditujukan untuk aku sebenarnya.. Harapnya aku banyak banyak kan lah bersabar kan.. Hehe.. 

Tips jaga kesihatan tuh, korang search sendiri.. Tips jaga kesihatan daripada cik violet adalah banyak kan bersabar dan makan banyak2..haha..(tak de kene mengena;p)

Okelah, nak chow duluuuuuu....

Dari tanah kita diciptakan , Dari tanah jua kita dikembalikan , Tu lah perjalanan kita yang terakhir kalinya ...

Masing masing menyambut kemenangan bola sepak final pertama dengan kemenangan berpihak kepada Malaysia sebanyak 3 gol .. Tahniah pasukan Malaysia !! Mood kalian yang menonton perlawanan itu pasti gembira dan mampu tersenyum lebar di atas kejayaan ituu..


************

Tapi tidak pada akuu..Kesayuan malam ini lebih terasa dengan kehangatan kubur arwah yang masih merah..Aku baru kehilangan yae tersayang (atok) pada 22/12/10 ..Di saat arwah yae hendak meninggalkan kami, sempat tangan arwah berpaut pada tanganku.. Tika itu, aku tidak dapat menahan syahdu dan sayu bila melihat tangan itu longlai dan arwah sudah pergi untuk meninggalkan kami semua.. Innalillahiwainnahirojiun..


Memang tak tertahan air mata ini untuk tumpas.. Ku biarkan ia tumpas dan sedekahkan bacaan yasin kepada arwah.. Semoga arwah berada di tempat orang yang beriman..


Tika aku pulang ke kampung selama seminggu, arwah kelihatan sehat.. Mampu berjalan walaupun hakikat badan arwah sudah lemah.. Tika semua orang tidur, arwah dilihat berjalan sendiri menuju ke bilik air.. Tapi Allah lebih menyayangi arwah yae.. Semoga arwah tenang disana..Semoga berkat bacaan yasin kami semua memberi pertolongan kepada arwah di sana.. Arwah yae meninggalkan 11 orang anak.. 50+ cucu dan kemungkinan 60+ cicit..


Raya tahun 2007

Raya tahun 2008

Pertama kali dalam sejarah buat FAMILY DAY tahun 2008, akhir tahun..
(Petunjuk : duduk bawah - golongan cicit, duduk kerusi - golongan anak anak, berdiri atas kerusi dan berdiri - golongan anak menantu, cucu, cucu menantu)


Pertama dan yang terakhir buat arwah yae berkumpul dengan anak anak, cucu dan cicit..Inilah keluarga besar  kami semua..Pemergian yae setelah 2 tahun pemergian arwah mak long..Kesah 2 tahun pemergian menghadap Illahi.. Al-Fatihah....


Wednesday, December 22, 2010

Jiwa Muda Hati Membara


Untuk sahabat tersayangg..
Anda anda semua sahabatku selamanya..
Terima kasih menjadi pohon rendang itu tuk menjadi tempat perteduhanku..




 

Ku ingin jadi seperti wanita di atas.. ;)
Semoga..



Kadang kala nafsu dendam sentiasa membara..
Mungkin itulah namanya jiwa muda..
Moga aku dapat elak daripada dendam tercipta..
Supaya hati suci terpelihara..



*Sumber gambar ; Pakcik Google yang hensem*

Malam Pertama Aku

Eh, Arinie tak post entry ek..Alamakkk...!! Lambat mau post..Hehe..Hari ini cerita aku masuk kolej..Ini malam pertama aku di kolej..Malam pertama beb !! Malam pertama bersengkang mata buat asimenttt...Asiment berlambak nihhh..Asiment aku malam ni blogwalking sudahhh..Hehe..Bukan Asiment yang kene anta kat lecturer tuh...


Malam malam..Balik balik entry cerita pasal malam..Ada apa dengan malam..Malam..Biasanya, malam mesti dikaitkan dengan HAN_ _, Ada 2 tempat kosong korang isi la sendiriii...Alamak!! Apa aku mengarut nihh..Da rase seram sejuk semacam...Da la cuaca hari nih memang sejukk..Bumi UKM pon basah dengan air hujan..Alhamdulillah..Masih dikurniakan hujan lalu menyejukkan badan setiap penghuni UKM...


Udah udahh...Berhenti cerita pasal malam..Tapi nak gak ceritaa...Bila malam je perut den mesti meragamm..Mintak diisi je..Napa ea..Perut tak lah sebesar mana..Tapi nafsu nak makan ada je...Haha..


HIPOTESIS :
Lapar seiring dengan malam, 
Malam seiring dengan lapar,

-Boleh terima tak ?? Hehe-

Tuesday, December 21, 2010

Esok malam aku tiada lagikk...

Salam malam di bulan mengambang..
uppss..Malam ni bulan mengambang ke..??
Tak sempat nak mendongak ke awan..

Awan hitam ditemani air hujann..
Air hujan ditemani embun malam..
Embun malam menikam kesejukan tulang..

Bintang bintang sedang lena kedengkuran..
Menikmati malam yang penuh kesyahduan..
Syahdu itu mungkin pada mereka yang merasakan malam ini suram..

Mungkin tidak pada yang sedang menghayati malam dengan penuh senyuman..
Senyuman yang mungkin dibawa sehingga ke mimpi..
Itu semua mungkin terjadi dalam satu malam...

Satu malam memberi sejuta rasa..
Satu malam memberi sejuta duka..
Satu malam memberi sejuta erti..


Satu malam ini mungkin yang terakhir kalinya aku disini..
Satu malam esok mungkin aku berada disana..
Siapa aku untuk menolak takdir..
Takdir itu pasti tidak dapat ditolak dalam satu malam..

Monday, December 20, 2010

Alhamdulillah, Syukur...

Debaran pada keputusan yang digantung..Akhirnya terleraiii...Alhamdulillah..Syukur..Aku masih diberi peluang untuk menempa kejayaan walaupun kejayaan aku masih pada tahap yang rendah..Terima Kasih Allah..;)


Kepada rakan rakan yang berjaya dengan cemerlang lagi gemilang, tahniah buat kalian!! Apa tips dapat setinggi tuh? Sharela terutama Cik Ashiya, pencapaian yang amat cemerlang..Tahniah!!


Bakal berhempas pulas dengan tesis? Owh, sekali lagi aku akan berdepan denganmu..Ya Allah, Kuatkan semangat aku!! Aku mahukan konvo kali ini dengan lebih cemerlang berbanding konvo degree yang lepas..Amiiinnn....


Nasihat untuk kalian dan juga merangkap kepada diri sendiri...

Semoga kata kata ini dapat merangsang minda kita untuk jadi lebih baik dari semalam ;)


Mulakan hari semester kalian dengan senyuman..
Buangkan wajah muka yang mencuka..
Supaya hari hari kita mudah menempa kejayaan..
Diiringi dengan berkat restu kedua orang tua kita..

Semoga..



Surat daripada insan yang bergelar IBU...

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak,… engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, karena ibu kecewa dan berurai air mata…

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,…
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku…
Hidup memang pilihan…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…







::Pengorbanan ibu tidak akan dapat dibalas,
::Pengorbananmu membolehkan aku bernafas di dunia ini,
::Pengorbananmu juga membolehkan aku mengenal erti hidup di dunia dan akhirat,
::Pengorbananmu sangat tinggi wahai Ibu,
::Mampukah aku menjagamu seperti Ibu menjaga diriku sewaktu kecilku,
::Mampukah aku menyempurnakan hajatmu Ibu sebagaimana Ibu menyempurnakan hajatku,
::Ibu, aku cuba untuk menjadi anak yang dengar kata-katamu wahai Ibu,
::Terima Kasih Ibu, Pn. Zailah Nasipan kerana melahirkan aku dan adik-adikku yang sekarang
sudah besar panjang :)


Pagi pagi bangun celik mata perut pon start bergendang !!

Hari ini sepatutnya sudah start semm...Tapi masih di rumahhh..Barang pon baru separa packing..Hati pon tak berapa nak keruan bila masuk sem nih...Sebab pe..Sebabnye masih tak da lagi tajuk tesis..Minggu ke-4 da present proposal..Tajuk n lecturer tak da lagik..Sempat ke...Aiyooo...Mula fenin bila pikir..Bila pikir jadi lapar..Bila lapar rase nak makan...Ouchh, ada breakfast apa ea..Gaya macam makan breakfast kan..Padahal selalu terus makan lunch jek..Hehe...

Nak dafta kursus pon, ada problem...Aishhh..Tak tau la pe masalahnya..Harapnya, bila da pi pejabat, bole ler terus dafta kursus...Kang kursus yang aku nak amek penuh, susah plak kan...Huhu...

Lagi lebih kurang 11 hari tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya, menjelma pula tahun 2011..Seiring juga peningkatan usia kita..Semoga usia kita dipanjangkan oleh Allah S.W.T supaya apa yang kita impikan akan dapat kita realisasikan...Chewahh..Awal plak den buat azam..Hehe..

Apa pon, wish me luck for my new semester..Hope dapat abiskan sem ni dengan baikkk..Dan tesis berjalan dengan lancar..Owhhh ideaa...Datanglah kepadaku!!!! ;)

Cik Violet, Cik Ashiya...Welcome back to school!!!

Gojesh in Orange Contest


Cik mera zati menjemput aku untuk join ini contest..


Wahh..Macam best kan..Sementara tak de entry tuk hari ini, suka suka join ini contest..Yeayy!! Thanx cik mera zati sudi tag ea..;)

Syarat2 :

 - Follow rubyzaizi.blogspot.com dan en boifinya adamhafis.blogspot.com

 - Letak banner sudah..Letak banner di sidebar..Aku letak di page contest ea cik ruby ;)

 - Ha, contest ni kene tepek gambar kita sendiri tapi dengan syarat mesti ada elemen kaler oren..Tak kesah la tudung ka..baju ka..dress ka..Janji oren..Pastikan oren tuh paling menyerlah oke!!..Godek punya godek terjumpa picture nihhh..Mau pertaruhkan yang ini...  



--->> Cerita tentang gambar..Gambar sudah menceritakan segalanya..Kita sebagai pelakon dalam gambar..Eh, tu mengarut sekejap..Hehe..Gambar ni masa raya tahun bila entah, 2007 kot..Lame kan..Harapnya cik ruby terimalah gambar yang agak 3 tahun ke belakang nih..Hoho..Si budak kecik tuh anak buah merangkap anak abang sepupu..Cukup la kot..

--->> Pasal warna kegemaran..Tak laen tak bukan..Purple merangkap ala-ala pink..dan warna merah yang tak bapa terang..Suka jugak kaler hitamm ;)


 - Mau anta sekeping je ;p
 - Tag 6 orang..Wahh..Banyaknya mau tag..

Saturday, December 18, 2010

Upsss!!! Isobel bukan anak Daphne Iking ??

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji dan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel. Darah saya dan darah Daphne adalah jenis O tetapi Isobel memiliki darah jenis A."-Ryan, bekas suami Daphne Iking-

Upsss!!! Isobel bukan anak Daphne Iking?? Result DNA pon dah keluar..Dan mungkin iyea isobel bukan anak Daphne Iking bersama bekas suami..Kemungkinan anak tersebut hasil hubungan terlarang Daphne bersama Darren semasa perkahwinannya...


Dunia duniaaaaa..Sedangkan orang Islam pon da banyak kes kes macam nih...Apetah lagi orang bukan Islam kan..Tepuk dada tanya selera...

Semoga kita bukan di kalangan orang yang macam ini...

**********

Tapi kan Isobel nih cute kan..Hehe..




Dah nama pon anak mak kan..
Mestilah Isobel nih comel macam mummynya ;)



Sumber gambar ; Pacik Google..

Malaysia mengorak langkah ke Final dalam Piala Suzuki!!

Malaysia mengorak langkah ke Final dalam Piala Suzuki!! Tapi sayang perlawanan Malaysia dengan Vietnam tanpa sebarang jaringannn pada separuh akhir kedua..Mengharapkan sebijik jaringan, tapi tak da...

Apa pon, Malaysia menang 2-0 pada separuh akhir pertama dan layak ke final..Tahniah pasukan Malaysia..!! ;)



Suara Bisik Bisik : Hari ini hari kemuncak Mari Menari..Siapa pasangan yang menang?? Macam tak berminat nak tengok rancangan tuh walaupun ada Lisa Surihani..Huhu...

Alamak!! Vietnammmmm hampir hampir golll....

Fuhh fuhhh..Jantung konon dup dap dup dap..Vietnammm tadi hampir gol dowh...Mujur keeper Malaysia sempat tangkap..Tapi bola dari Vietnammm da cun tadi..Bola tandukkk...

La nih..Vietnam banyak gilak buat serangan...huhu..Doakan Malaysia dapat sumbat 1 gol pon jadiklah..hehe..

Support for Malaysia..;)

Friday, December 17, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!



Kegilaan membuat GA kembali lagik..Kali ini GA dari mama kembar 3..Hadiah menarik wooo...
Jom usha hadiahhhhh...


Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel
(Hadiah Pertama)
Nampak pon da menarik kan..;)


Island Waters Body Mist + Telekung Travel
(Hadiah kedua)


Telekung Travel
(Hadiah Ketiga)

GA sebelum nih nampaknya tak brapa luck...
So, harapnya GA mama kembar 3 nih bawa luck..
Hehe
(penuh mengharap nih ;p)

Due Date GA mama kembar 3 -->> 6 Januari 2011

Mahu tag :










Pisang Goreng panas-panas hidangan petang di kala mendung..

Pisang goreng..Pisang goreng..Goreng pisang..Goreng pisang..

Fuhhh..Berasap dapur ari nih dengan masakan pisang goreng panas..Mau rase pisang goreng resepi aku, beranila datang ke rumah..Haha..

Berasap lagi nih..Sudah makan, konpem mintak lagik!! Aku kasi free of charge..Bukan 3 singgit ea..Amek seberapa pisang yang kau nak..Mau?? Jom..Hahaha...

Header Paling Cun 2010


Korang nak tahu ini lah header paling cun tahun 2010 yang pernah aku buat..Muahaha..Cun kan? Cun kan? Iyeakan je la..Untuk menyedapkan hati aku yang tengah berbunga bunga nih sebab konon da pandai buat header blog...Hehe...


Padahal burok giler header nih kan...;p Tapi, berkat buang tebiat aku malam ni yang dok pi godek2 kat photoshop tuh, ini lah hasil terbaik bagi aku la..Bagi korang konpom la sangat tidak cantik kan..Haha..Korang semua lagi tererr merer dalam edit photoshopp..Aku je baru merangkak nak belajoo..Macam baby baru bertatih nak jalan kan..Itu lah aku..Haha..


Actually, ini header sementara kononnya..Aku da tempah 1 header kat cik adik manis nih..Namanya Myra..Hasil tangan cik myra nih boleh tahan..Tu yang aku pon terpikat dan terorder la kat dia..Eh, bukan terorder..Da memang order pon..;p Nak tau, cik myra nih penah hasilkan header tuk Fatin Liyana..Korang mesti da kenal Fatin Liyana tuh..Fashionista oke..!! Suke giler tengok dia..Sebab dia berani berfesyen..Tabik same dia lah!! Kalo ada yang tak kenal tuh..Memang nak kene babab nih..Aiyaaa...


Wahhh!! Tak sabar nak tengok hasil cik adik manis tuh... ;p Myra, buatkan yang paling cun k.. ;) Sape2 yang tengah penin nak carik header, jomla beramai-ramai tempah dekat cik adik manis myra...Hehe..



Suara Bisik Bisik : Macamana nak dapatkan idea supaya kita kerap update blog?? Jawapannya : Banyakkan membaca ea..Hehe..( Tanya sendiri, jawap sendiri..Ape da ;p )

Thursday, December 16, 2010

Hadiah teristimewa daripada Mr Aideal Fitri


Thanx a lot for the gift, Mr Aideal..
Macamane tau i suke kete nih??
Pink plak tuh..
wah..terharu..Hehe ^O^

Actually, mula dari gurauan..
Gurauan sebab aku jadi follower Mr Aideal ke 900, kat shout box dia....
Tengok pe si violet nih cakap..
Hehe..


Tak sangka plak Mr Aideal nih sahut gurauan tuh..^^
berbelit lidah la nak sebur Mr Ideal nih..
Panggil Fitri je la ek..;p
Thanx a lot Fitri a.k.a MR FIKRI..
Hehe..




Wednesday, December 15, 2010

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Suzuki, Malaysia vs Vietnam



Ternyata pasukan bola sepak Malaysia tidak mengecewakan peminat yang memenuhi ruang stadium Bukit Jalil..
Kemenangan 2-0 sudah terbukti bahawa pasukan Malaysia juga boleh mengungguli Piala Suzuki jika permainan ditingkatkan lagik..

Semoga separuh akhir kedua yang akan berlangsung di Vietnam, memihak kepada Malaysia..
Same2 kita doakan ea ;)

MALAYSIA!! BOLEH!!
MALAYSIA!! BOLEH!!

(pergh..aku plak yg semangat..Hehe)

MALAYSIA vs VIETNAM


Who Will be Win??
Of kos la MALAYSIA..
Sebagai rakyat Malaysia..
Berjiwa 1 Malaysia..
Harus menyokong pasukan Malaysia..

Walaupun kau tak suka tengok bola sepak..
Kali ini, demi maruah..
Kau harus sokong Malaysia..
Walau apa jua keadaan..
Malaysia, harus dihati..

Sokong pasukan bola sepak..
Malaysia vs Vietnam..
Siaran langsung di Bukit Jalil..
dan RTM 1..

SOKONG MALAYSIA beb  !!! 

^O^

Segmen : Jom Kita Berkenalan



Yeay..Abg Ben kembali dengan segmen baru..Before nih banyak gak segmen yang abg Ben buat, tapi sumenye tak dapat nak join sebabnya berjauhan dengan internet..Broadband pon tak da nak dibawa ke mane2..Bergantung penuh pada wireless kat umah...


Ok, jom start : 


1. Letak header blog BEN ASHAARI

BEN ASHAARI


2. Bila mula buat blog?

--->> Sebenarnya terjebak dalam blog nih masa tahun 2008, tapi bergerak aktif awal tahun 2010..Sejak tahu macamane nak guna nuffnang, baru la aktif..He he..


3. Jumlah follower sekarang ini..

---->> Alhamdulillah..Da capai 198..Sebelum nih jangan harap nak cecah 100..Tapi dengan berkat blogwalking, pencapaian semakin baik walaupun nak di compare kan dengan follower blogger len yang da beriban tu, aku pasti yang terendah...Tapi, usaha perlu ada tuk setaraf dengan blogger len kan? ;)


4. Berapa trafik harian..

--->> Tak banyak la..Kalau rajin bw, dalam 50 ke atas..Kalau langsung tak bw dalam 15 ke atas je..hoho..


5. Sehari berapa entri?

--->> Tak tentu..Kadang 1..Kadang 2..Kadang 3..Ikut mood..Ikut idea yang datang..Hehe..Rajin update tu yang traffic tak bapa nak tinggi.. He he..


6. Satu blog yang suka baca..

--->> Konpem2 la abg Ben..Entry pon banyak..Kadang tu tak sampai seploh minit, da update yang baru..Wow!! Tabik tabik..Kadang kita nih merangkak rangkak lagi nak buat entry kan..Hoho.. 



Blogger yang tinggalkan jejak di coretan hati..Aku mahu mengalukan kedatangan kalian dan Doozo Yoroshiku Onegaishimasu... ^O^




The Biggest Loser Asia Season 2 : Winner

Live The Biggest Loser Asia Season 2 from Singapore..Kota Singa..Aku ingatkan live from IOI Kajang..Rupenye d Singapura..Nasib tak menang tiket..Kalau tak, tak pasal2 melancong kat Kota Singa jap..Hehe..Tapi..mata wang sana mahal..So, aku tak kan mampu..

Biggest Loser Asia Final, target pilihan aku sebenarnya adalah Nai, tapi ntah kenapa Raj yang menang..Memang terbukti si Raj yang merangkap kapten pasukan Biru ni menang disebabkan sosok tubuh Raj memang jauh lebih kecil daripada Nai dengan kehilangan berat sebanyak 46%..Keputusan tidak memihak kepada Nai..

Tapi, tak pe..Nai ternyata lagi hensem daripada Raj..Hehe...




Anyway, Congratulation for Raj..!!






Suara Bisik Bisik : Tak sabar menanti Season 3 ;)

"GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh"




Anjuran Mr. E.D.Y..

GiveAway paling simple..
Hadiah menarik, dari 3 buah negara..
Beijing..
Padang / Bukit Tinggi
Singapore..

Due Date : 19/12/2010

Jom, join..hadiah untuk 30 blogger berjaya disediakan..Banyakkan?? Murah hati la Mr Edy nih..
Harap nama aku nek ler..;p

Mahu tag cik ashiya dan kak heze..

Cepat buat!! :)

Blogger lain pon boleh buat..Hehe


Celcom mengganas dengan gaya tersendiri..




Tahun baru tak lama lagi..
Sale dari Celcom menjelma kini..
Inilah masanya anda berubah dengan Celcom.. ;) 




Ada apa dengan promosi Celcom?
Setiap kali pengguna Celcom Xpax topup dengan RM 10, korang akan diberikan ganjaran yang dikenali sebagai TOKEN..Semakin tinggi token korang yang berjaya kumpul, semakin banyak mata yang korang akan perolehi..

Token ni bukan sebarang token taw..Dengan pengumpulan token tertinggi korang boleh bergaya dengan henset2 yang pada aku sangat canggih, oke!! Macam henset kat picture di bawah ini,






 Dengan pengumpulan token sebanyak 20, korang boleh jimat dengan RM 50, So, makin tinggi token, semakin banyak duit yang korang boleh jimatkan?? ;) Jadi, Secara ringkasnya :

TOKEN      PENJIMATAN
  20                   RM 50
  30                   RM 100
  40                   RM 160
  50                   RM 250
  80                   RM 500


Promosi Celcom nih sampai 31/03/2011 je taw..Jadi, jangan lengahkan masa..Jom join ;)



Suara Bisik Bisik : Untuk lebih memahami, Jom klik CELCOM SALE!! 

Tuesday, December 14, 2010

Kegilaan terhadap kecomelan Cleopatra Stratan dan kemerduan suaranya


Siapa si comel ini?? 

Inilah dia Cleopatra Stratan..Siapa Cleopatra nih..Name pon pelik je kan..Sebenarnya, si comel ini penyanyi oke..Siapa sangka umur baru 3 tahun sudah bergelar penyanyi..Jika nak dibandingkan dengan budak umur 3 tahun di Malaysia baru petah bercakap..Tapi si comel cute lagi manis nih da mampu menyanyi dan berlakon dalam video klip..

Layan video klip si comel ni mampu buat korang tersenyum..
Tak percaya??
Jom kita layan dulu ;)



Amacam?? Percaya tak cakap aku? Mesti tengah tersenyum kan tengok kecomelan, kecantikan si comel berasal dari Moldova nih... ;) Lagi video klip, sila search sendiri kat youtube..Nak tahu tentang si comel ini search saja di Google..Sumenye dihujung jari korang je..

Mau tengok gambar si comel? Ayuh!!







Suara Bisik Bisik : Bole tak agak agak, aku nak amek si comel nih sebagai adik angkat?? Hehe...

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK