Thursday, August 11, 2011

Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part II]


Semalam entry aku berkisahkan Seorang emak boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga seorang emak..[part I] .. Dan aku juga berjanji untuk menceritakan satu cerita yang berkaitan dengan entry tersebut.. Semalam aku tak dapat nak continue cerita tu sebab aku in not good mood.. Ntah kenapa rasa tak stabil.. Sekarang.. Suasana pagi perasaan tu agak stabil ea..

***********************

Okee.. Semalam berhajat nak ke rumah membe.. Niatnya nak pergi kelmarin tapi tak sempat nak pergi... So semalam freee.. tu yang pergi semalam..

Okee... Straight to the point semalam masa on the way ke rumah membe.. Aku pergi dengan adik.. Adik bawak kereta.. Continue balikkk...

Masa on the way tu kan.. Kitorang nampak sorang macik .. Macik ke? Macam sesuai pangkat nenek.. Nenek tu berjalan sambil membawa bakul dan tongkat.. Kitorang ingat dia nak balik rumah dia kat seberang jalan..

Selepas kitorang da melintasi nenek tu , kitorang pandang belakang.. Dari gaya dia tadi macam nak lintas jalan kan.. Rupanya bukan.. Nenek tu teruskan berjalan.. Cuaca agak panas jugak..

Ktorang patah balik dan tanya nenek tu nak ke mana kan.. 



Nenek : Nak.. Boleh tumpangkan nenek tak??

Aku : Nenek nak ke mana sebenarnyaa..

Nenek : Nenek nak ke jalan besar tu.. Nak tunggu bas dekat bus stop..

Aku : (dalam hati : perghhh..nak pergi bas stop berjalan kaki? Jauh gak tu kalau berjalan dengan keadaan orang tua macam nih..)

Aku : Ha nek..Naik2..Ktorang hantarkan..

Nenek : Terima kasih nak.. Nenek nak ke Klang sebenarnya.. Carik makanan.. Anak-anak semua kerja.. Sorang anak je tinggal dengan nenek..Tu pon tengah demam..

Aku : Oww..yeakea..

Nenek : Macam ni la bila keadaan da tua.. Anak-anak kerja.. Sampai tak ingat nak jenguk.. Rumah yang nenek tinggal tu pon rumah sewa je..

Aku : Terkeduuuu




Da sampai depan bus stop tu.. Nenek tu macam susah sikit nak jalan sebab katanya kakinya sakit.. Yela.. Umur-umur macam tu memang da tak kuatkan..Hmmm..




So, moral yang aku dapat kat sini, bila kita sebagai anak ni dah kerja atau sudah ada family, janganlah dilupakan mak bapak yang masih hidup.. Dan yang paling penting pastikan kebajikan mereka terjaga.. Selalu melawat mereka.. Sebab mereka dah tak nak apa-apa dari kita melainkan kita sentiasa ingat mereka dan yang paling utama sesibuk mana kita dengan kerjaya, mesti dan wajib menziarahi mereka..


3 comments:

Anisa Hang Tuah said...

sayang ibu..

izatty fatihah said...

hope kte xtergolong dlm klgn org yg xreti nk bls jasa org tua . msti nenek tu sedih kan ?

---> Bahana Malas Tolong Mak

cik violet said...

@ Anisa Hang Tuah ; sy juga ;D

@ izatty fatihah ; semoga kita semua tak tgolong ea ;)

sedih jugak ar dr gaya die bcerita tu..huhu

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK