Salam Jumaat
Kenyang sudah makan ayam masak merah..
Hari Jumaat.
Solat Jumaat.
Tapi kenapa masih ramai melepak di kedai makan, shopping compleks saat azan berkumandang?
Kenapa mereka masih lagi statik saat khutbah disampaikan.?
Kenapa mereka tiada rasa malu duduk di tempat awam ketika mereka yg lain bersolat jemaah di masjid?
Mereka itu berjantina lelaki atau perempuan?
Tengok fizikal sah sah lelaki..
Tetapi aku pelik dorang sangat tak rasa apa-apa bila tak pergi solat Jumaatkan..
Boleh lagi sambung borak..
Macam tak ada apa-apa berlaku..
Aku yg malu tengok situasi nih..
Dan ada jugak yg da beruban masih statik tak bergerak ke masjid..
Kenapa jadi macam ni ea?
Kenapa berlaku di negara kita ea?
Sedangkan negara lain saat-saat mereka tengah berperang bila tiba masuk waktunya azan, mereka akan bersolat secara berjemaah.
Ketika berdemonstrasi pon mereka mampu solat dimana sahaja.
Kita?
Negara kita?
Ketua bagi keluarga kita?
Dimana mereka..
Di kedai makan.
Secara terang-terangan menonjolkan diri tak bersolat.
Sepatutnya aku memang tidak layak untuk bercakap isu ini.
Yea kita semua tidak sempurna.
Tapi makin lama makin tiada rasa malu.
How to solve it.
Tepuk dada tanya selera.
Itu kewajipan individu masing-masing.
Wallahu a'lam.
p/s : Semoga dikalangan keluarga sahabat handai rakan terdekat terhindar daripada situasi ini.