Petang petang gini sedapnya tido dengann cuaca yang redup , suhu bilik pon bukan berada di paras normal..Derauan angin yang menyusup masuk melalui celah tingkap menyamankan perasaan diri dengan kedudukan bilik pada paras 4 menambahkan kemantapan mimpi sekiranya mengambil langkah untk tidur di kala ini..Sang mentari memang langsung tak kelihatan membuakkan lagi perasaan untuk ke arah sang katil..
Tapi disebabkan iman yang masih kuat , ku gagahkan jua deria mata , otot otot dan tulang menulang untuk duduk dengan tegak mengikut postur yang dibenarkan dengan melayari laman web..Ecece..Melayari laman web dengan mencari bahan untuk proposal..Opss..Proposal? Tu semua hanya alasan untuk membolehkan aku online sebenarnya..Lari sudah daripada ayat komsas seperti perenggan di atas..Hehe..
Abaikan kata kata yang agak menyeleweng daripada tujuan sebenar..Sebenarnya , aku nak tunjuk satu video yang kiut miut nih..Chipmunk pon pandai beromantika kan..Alahai comelnya bila dia nyanyi sebut perkataan "I LOVE U" .. Tak caya? Jom kita layan jap..Hehe..
Ulang ulang aku tengok iklan nih..Smartkan ;)
2 comments:
sangat chumil !!! =p
very smart la.. :)
Post a Comment