Tuesday, December 21, 2010

Esok malam aku tiada lagikk...

Salam malam di bulan mengambang..
uppss..Malam ni bulan mengambang ke..??
Tak sempat nak mendongak ke awan..

Awan hitam ditemani air hujann..
Air hujan ditemani embun malam..
Embun malam menikam kesejukan tulang..

Bintang bintang sedang lena kedengkuran..
Menikmati malam yang penuh kesyahduan..
Syahdu itu mungkin pada mereka yang merasakan malam ini suram..

Mungkin tidak pada yang sedang menghayati malam dengan penuh senyuman..
Senyuman yang mungkin dibawa sehingga ke mimpi..
Itu semua mungkin terjadi dalam satu malam...

Satu malam memberi sejuta rasa..
Satu malam memberi sejuta duka..
Satu malam memberi sejuta erti..


Satu malam ini mungkin yang terakhir kalinya aku disini..
Satu malam esok mungkin aku berada disana..
Siapa aku untuk menolak takdir..
Takdir itu pasti tidak dapat ditolak dalam satu malam..

8 comments:

Anisa Hang Tuah said...

menghitung bintang seorang diri di langit pekat malam

Hezesuze said...

pandai uols bersajak bagai kan...ermm uols nak pergi mana tu?? hehe

Hana Lockheart said...

Along nih... nak mencebur diri ke alam puisi puisi ke?? asal jiwang sejak kebelakangan nih??

E.d.Y said...

kemanakah?

cik violet said...

Anisa Hang Tuah ; menghitung bintang mengenangkan siapa wahai cik anisa..hehe

cik violet said...

Hezesuze ; tak lah..mengisi malam hari je..hehe..pg suatu tempat ;p

cik violet said...

Hana Lockheart ; haha..xde la nana..mengisi kekosongan je..kadang luahan tu dtg tnpa disengaja..cewahhh ;p

cik violet said...

E.d.Y ; ke suatu tempat..hehe

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK