Cantik? Siapa yang tak nak cantik? Semua orang mesti hendak kelihatan cantik kan. Lagi lagi perempuan. Cantik ini kan begitu sinonim dengan kaum yang lemah lembut. Macam kita kita ni la golongan perempuan, wanita, yang ala ala ayu, sopan santun gitu. Semuanya mesti mahu perasaan cantik dan kelihatan cantik setiap masa. Betol tak? Kalau tak betol, tipula tu. Jujurla, mesti korang berkeinginan jadi cantik bila tengok seseorang itu cantik. Kan? Kan?
Untuk kelihatan cantik, kita perlu mempunyai kecantikan luaran dan kecantikan dalaman. Kalau kita cantik bahagian luaran, tapi hodoh di bahagian dalaman, itu tidak dinamakan cantik kerana secara fizikal saja cantik itu dizahirkan tapi hakikat dalaman tidak dicantikkan.
Tips untuk mudah kekal cantik ini telah diperoleh dari Ustazah Fatmah Azzahra.Kata beliau, tips ini elok untuk orang yang lepas bersalin dan elok diamalkan setiap hari bagi wanita yang sudah berkahwin ( Alamak, saya belom berkahwin, apetah lagi bersalin. Boleh jugak ke amalkan ek? )
Tapi tak apalah, kepada kaum wanita yang sudah berkahwin, dan bersalin, sila amalkan tips dibawah ea :
- Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali dan surah al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
- Tiup dalam air dan minum.
- Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumah tangga kita.
Senangkan? Kepada mereka yang belum berkahwin, macam saya nih yang bujang trang tang tang lagi, boleh la simpan tips ini dan diaplikasikan sesudah berkahwin ea.He he ^^
Untuk tips lebih lanjut, jom KLIK SINI
SuaraBisikBisik : Kecantikan luaran perlu dijaga, kecantikan dalaman perlu diamalkan ;)
7 comments:
ko tolong niat utk aku skali ye.. jd lebih hensem..
selalu amalkan yg 1st tu jek....plus baca al fatihah & ayat kursi jek...yg lain lom buat hehe
Heidi ; alamak, layak ke nak mdoakan tuk org nih..hehe
kak ; eh kak, kene amalkan jugak..ne tau ley tambah kan baby..hehe
info yang bermanfaat.
XD
Weehuu ~ Lelaki leh ka? ahakz..
hizamirahim : yup..thanx ;)
Aretikz : lelaki, dilarang..hehe
Post a Comment