Sunday, November 21, 2010

Aku Sangat Kecewa dengan Kau tapi Aku Berbangga dengan Kau


Yea..Luahan itu sangat tepat dengan diriku..Aku kecewa dengan kau..Aku amat bersedih hati dengan kau..Penat sudah aku memberi semangat kepada kau..Berjuih air liur aku memberi nasihat hanya untuk kau..Tapi, kenapa kau mengecewakan aku..Kenapa kau tidak membuatkan hati aku gembira malam ini..Aku menumpaskan air mata darah sekalipun, kau tetap begitu..Tiada yang mampu mengubah selain kau..




Tapi, ternyata kau sudah mengecewakan aku..Memutuskan harapan palsumu..Kenapa Kien Keat?? Kenapa Tan Boon?? Kenapa tak mempertahankan mata untuk Malaysia..Kenapa membiarkan Markis Kido dan Hendra Setiawan memburu emas..Kenapa?? Kenapa?? waaaaa....

*****

Sebenarnya, masih tidak dapat menerima hakikat Malaysia tidak memperoleh pingat emas yang ke-4, pasangan Malaysia tumpas di tangan pasangan Indonesia di set ke 2 dan ke 3 dengan pungutan mata 24-26 dan 19-21..Persembahan yang dipersembahkan oleh Malaysia ternyata mantap dan mempunyai semangat berjuang sampai akhir..Cuma, iyelah rezeki untuk merangkul pingat emas ke-4 ternyata tidak bernasib baik..Hanya mampu merangkul pingat perak dan tidak dapat mengekalkan kejuaraan seperti 4 tahun lepas di Doha, Qatar..Walaupun hanya pingat perak, aku sangat berbangga dengan pasangan bergu, perjuangan diselesaikan sehingga titik akhir..Cayalah handsomes!! Ha ha...


Esok malam, akan kita saksikan perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan..Adakah Chong Wei mampu menumpaskan Lin Dan yang cukup sempurna dari setiap aspek dalam permainan badminton.. Mungkinkah Chong Wei dapat menebus kekalahannya pada sukan Piala Thomas dengan persembahan beliau pada sukan tersebut yang kurang memberangsangkan dan berdaya saing..Kita tunggu esok ea..Mudah-mudahan nasib menyebelahi Malaysia dan Chong Wei mampu mencipta keajaiban..Mungkin terjadi..Siapa tahu kan..Sama sama kita sokong ea..


Who Will Win??
Datuk Lee Chong Wei @ Lin Dan??

Vote for Lee Chong Wei, Ok? 


Esok, kita semua jadi pom pom gurl, jom!! He he (only for girls, wanna join me =p)





Suara Bisik Bisik : Cerekarama Karma Salina arahan Erma Fatima, thumbs up!! 
Nak tengok picture? Sila KLIK SINI.





7 comments:

xaty said...

frust jgk, tp tgk diorang lawan, mantap! banggala.. hehe.. :D

cik violet said...

xaty ; tau xpe..habis2an kot..hehe

Unknown said...

mati2 love story
hahahaa

Mr Ceym said...

ermm byk perak arini.. takraw pon same :(

cik violet said...

akmalhilmi : hehe..;)

mr ceym : tau xpe..berharap emas..huuu

eiela said...

penggunaan tajuk yang bagus. hehe..

Latest Entri : Lelaki dan Kanser Payudara

cik violet said...

eiela ; haha, terkene ke ;p

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK