Showing posts with label cantik. Show all posts
Showing posts with label cantik. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Nak kekal cantik?

Cantik? Siapa yang tak nak cantik? Semua orang mesti hendak kelihatan cantik kan. Lagi lagi perempuan. Cantik ini kan begitu sinonim dengan kaum yang lemah lembut. Macam kita kita ni la golongan perempuan, wanita, yang ala ala ayu, sopan santun gitu. Semuanya mesti mahu perasaan cantik dan kelihatan cantik setiap masa. Betol tak? Kalau tak betol, tipula tu. Jujurla, mesti korang berkeinginan jadi cantik bila tengok seseorang itu cantik. Kan? Kan?


Untuk kelihatan cantik, kita perlu mempunyai kecantikan luaran dan kecantikan dalaman. Kalau kita cantik bahagian luaran, tapi hodoh di bahagian dalaman, itu tidak dinamakan cantik kerana secara fizikal saja cantik itu dizahirkan tapi hakikat dalaman tidak dicantikkan.


Tips untuk mudah kekal cantik ini telah diperoleh dari Ustazah Fatmah Azzahra.Kata beliau, tips ini elok untuk orang yang lepas bersalin dan elok diamalkan setiap hari bagi wanita yang sudah berkahwin ( Alamak, saya belom berkahwin, apetah lagi bersalin. Boleh jugak ke amalkan ek? )



Wednesday, January 14, 2009

cantik

sering ku terdengar

usikan nakal

si lelaki pada wanita

FEUWIT, CUNNYA!!!

buatku keliru sendiri

apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki?

adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan?

atau pada akhlak yang menawan?

biar apa pun jawapannya

aku tetap aku

apa yang aku tahu

aku se0rang wanita

fitrahku sukakan diri cantik jelita

namun bukan kecantikan pada mata manusia

sebaliknya

ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK