Thursday, November 18, 2010

Pengajaran Pendidikan Seks 2011


Tahap kemalasan semakin meninggi..
Untuk bermuka buku pon tiada perasaaan..
Untuk berblogging pon sedang kekeringan..
Walaupun sebenarnya banyak benda nak diceritakan..
Tapi berblog walking masih berjalan jika ada kesempatan..


Cuma ada terdengar tentang satu isu nih di berita radio..
Isu mengenai pendidikan seks..
Yea, pengajaran pendidikan seks akan mula berkuatkuasa bermula sesi persekolahan 2011..
Pendidikan seks akan diajar kepada pelajar pelajar tahun 1 dalam subjek pendidikan jasmani...


Owh, agaknya berjaya ke dengan adanya pendidikan tersebut dapat mengurangkan gejala maksiat yang sedang berleluasa?
Boleh ke dengan pendidikan tersebut tiada lagi baby baby dibuang, dibakar?
Tak sanggup rasanya hendak melihat baby comel itu dibuang sesuka hati? Hu hu..


Berjayakah sistem pendidikan itu sekiranya akal pelajar sekarang ini terlebih maju ke hadapan?
Pelajar kini mempunyai daya keinginan dan kemahuan yang sangat tinggi..
Aku tidak berapa yakin pendidikan seks ini akan berjaya mengurangkan masalah sosial di kalangan pelajar...
Kemungkinan masalah tersebut akan berlarutan dari hari ke hari..
Seperti link, KLIK SINI..


sumber gambar - pakcik google



SuaraBisikBisik : Bagaimana pula pendapat kalian??

1 comment:

diriku said...

em..memang xsesuai diperkenalkan lagi..lebih baik diterapkan nilai2 dan adat2 utk bergaul..batasan antara laki ngn pompuan..perkara patut n patut dilakukan..

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK