Friday, March 30, 2012

Banjir Kilat Terburuk di Klang 2012



Pagi tadi sedar-sedar dalam pukul 4 lebih waktu tempatan (ecece, macam duk obersea plak) kilat sabung menyabung, bunyi guruh berdentum, cahaya kilatt boleh menembusi cermin bilik (cepat cepat selubung dalam selimut) hujan lebat mencurah-curah bagai memarahi penduduk bumi..



Dalam hati aku berkata, Ya Allah, kenapa pagi hujan lebat sangat..


Adakah satu petanda bahawa penduduk Klang akan menghadapi bencana..


Cepat-cepat aku berdoa supaya semuanya kembali OK dan cuba untuk melelapkan mata semula..  Sesungguhnya payah jugak nak sambung tidur malam tadi..  Even payah, mujur aku lena semula..


Dan hasil daripada hujan tidak henti-henti pagi tadi di Klang telah membanjiri beberapa kawasan :

- Taman Sri Andalas
- Taman Bayu Perdana
- Taman Sentosa
- Taman Sungai Ujong
- Padang Jawa
- Taman Chi Liung





Antara sekolah yang dibanjiri air :

- SMK tengku Ampuan Rahimah Klang
- Sekolah Tinggi Hin Hua
- SMK La Salle Klang
- SRK Simpang Lima
- Sekolah Teknik Batu Ujong





Alhamdulillah, mujur kampung perumahan aku tidak terkena musibah.. Walaupun keadaan longkang disini juga tidak mengizinkan seperti keadaan parit yang selalu tersumbat dipenuhi sampah sarap menyebabkan air longkang melimpah keluar.. Huhu


Ini semua akibat daripada kesan :

- Sistem pemparitan yang tidak diupgrade 
- Pembangunan yang terlalu buas dijalankan
- Tiada lagi kawasan tadahan air hujan, semua hutan telah ditebang


Mungkin sikap pegawai penguatkuasa hanya duduk dikerusi pejabat tidak melakukan tinjauan kawasan yang kemungkinan dilanda banjir.. Biasanya bila perkara sudah tergadah, baru terkocoh-kocoh nak turun kawasan..


Mungkin bukan hanya sikap pegawai.. Sebenarnya sikap kita semua menyebabkan bencana banjir kilat ini terjadi.. Kalau la kita semua ada kesedaran bahawa pentingnya menjaga alam sekitar, mungkin kejadian ini tidak akan berlaku..


So, lepas ni, jangan sesekali buang sampah merata-rata even sehelai tisu, plastik etc..


Kepada pemaju, sila sambung study dalam PENGURUSAN PERSEKITARAN sebelum melaksanakan sebarang projek ea..


Last but not least, LU PIKIRLAH SENDIRI !

Jangan kita hanya tuding jari pada orang lain sebab 1 jari kita tuding pada orang lain, lagi 4 jari menuding ke arah kita..










p/s : Entry kesedaran? Mungkin..














2 comments:

caah said...

ahhahahaa....taw xpe..sila la para pegawai sambung study dlm pengursan persekitran..klu tak ambik je kita2 ni

cik violet said...

@ caah : betol! bole kita kerjasana..atleast ad keje..xpayah susah2 nak apply keje len dr bidang..heee

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK