Friday, March 16, 2012

Review. Bunohan Psiko.



 


Kembali kepada kehidupan paranormal student membuatkan aktiviti bersuka ria terbantut. Tapi beberapa hari yang lepas, aku dan membermember curik masa jugak untuk pergi ke panggung semata-mata nak tengok filem BUNOHAN..


Mana yang tidak tahu sinopsis mengenai BUNOHAN, sila google..! Bunohan bagi aku bukan cerita melayu biasa yang kita terbiasa dihidangkan dengan selera CINTA, SERAM dan LAWAK BODOH.. Bunohan mempunyai nilai yang tersendiri dan tidak lari dengan sikap manusia yang terlalu berdendam dan mahu mengaut keuntungan sehingga sanggup mengorbankan ahli keluarga sendiri !!


Filem yang menggunakan bahasa kelantan sebagai bahasa utama aku kira sangat bagus.. Dapat menambahkan pengetahuan bagi bukan penduduk pantai timur seperti aku.. Cadangan aku untuk director filem Malaysia, TOLONG JANGAN SAJIKAN cerita yang kita sudah tahu jalan cerita.. Tolong sajikan cerita yang boleh menambah input yang mendalam dan timbulkan persoalan pada penonton.. 


Sesekali menonton filem psiko ni dapat jugak menggerakkan serebelum kita yang kadang-kadang seringkali semput-semput akibat aktiviti fakta dan justifikasi harian... Mungkin saat masa kita akan rasa bosan pabila motor dalam serebelum kita tersumbat yakni kita sudah sampai ke puncak malas untuk menafsirkan perkataan yang terhidang di skrin.. :)


Fakta sains yang konon menguasai diri yang sesetengahnya tidak padan untuk sebarang ayat dan fungsi yang digunakan.. Back to normal, Bunohan ini juga memberi kita erti syukur bahawa sememangnya keindahan Allah itu tiada tandingan.. Keindahan semula jadi yang digunakan sepenuhnya dalam Bunohan telah menggamit rasa aku ingin ke Kampung Bunohan yang terletak di Kelantan.. Seseorang, boleh tak bawa aku ke sana.. Hehe...



Pemandangan daripada lensa mata adalah yang paling indah..


 

 

 

 

 

 








Sekian entry bosan cikviolet :)
Nasihat : Pergila jenguk panggung dan support filem melayu yang berkualiti sahaja bukan demi kejar rating ! :)


2 comments:

Miss Lovouis said...

Salam , sorry lambat sgt bg details winner. Tak tahu yang diri ini menang . Btw , baru hantar emel . harap terima and hopefully dapat hadiah tu . Tq if u're understanding .

Unknown said...

nak kena tengok ni :)

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK