Wednesday, March 21, 2012

SPM? Best! Macam makan cekelat.

21032012..
Tarikh keramat untuk pelajar SPM batch 2011..
Penentu masa depan atau pengakhiran kehidupan.. 
Nanana.. 
Jangan sebab SPM, kehidupan kau berkecai.. 
Jangan kerana banyak senyuman dalam SPM tu, 
Kau berkurung kunci pintu susahkan hati emak bapak.. 
Cool la brother sista !!




Tengok macam aku dapat result SPM tu umpama nikmat kau dapat makan coklat yang hanya kau sorang je yang tahu kenikmatan yang tiada tandingan.. Meresap ke lapisan epidermis menuju ke liang peluh lalu terembes ke puncak senyuman di tubir bibir lalu kau melonjak kegembiraan tanda kemenangan bahawa kau bukan bergelar budak sekolah.. Itu yang patut kau raikan.. Bukan kemurungan kesedihan ! Kau harus nikmati usaha kau selama kau bergelar budak sekolah menengah..




Sekolah. .Rindu aku dengan nama sekolah.. Suasananya.. Kegembiraannya.. Kesedihannya.. Kenakalannya.. Lontaran suara cikgu-cikgu masa marah.. Memek muka cikgu bila tengok kita semua tak siap kerja sekolah.. Idea cikgu nak bagi hukuman kat kita semua bila lambat masuk kelas.. Kene berdiri kat bawah cahaya matahari terik la jawapannya.. Itu semua memori terindah.. Tiada tandingan walau kita semua sudah jejak universiti.. Semua perkara memori kenangan tersisip rapi dalam sebahagian cip medula oblongata kita..



Raikan SPM dengan kesyukuran
Bahawasanya kau sudah melangkah ke satu arena
Satu dunia yang semacam pahit
Mungkin ada sedikit manis
Itu pon kalau kau pandai tindak balaskan rasa
Sedikit kau kecundang 
Payau perasaannya
Bila digodak semacam harum tapi pahit
Bukan umpama pahit kopi
Seteruk kopi mungkin


Mungkin kau tak paham bahasa apa yang aku nak sampai
Tapi ketahuila kau orang semua bila kau berada pada peringkat ini
Hati hati itu nasihat
Jaga jaga itu taktik
Sendiri punya kehidupan godakla secunnya sehensemnya


Kawan
Jangan disangka baik sopan ramah pada mulanya
Sampai masa saat kepercayaan kukuh
Ditikam ditinggalkan


Bukan hati hati
Bukan jaga jaga


Setiap langkah perlu ada ...
(sambung sendiri ;)




#########################





Love ya sistah ! 
Lokasi : Depan library Terendak
Masa : Last paper SPM
Tahun : 2005










p/s : Duduk di Terendak terlalu manis walau sempat 2 tahun. Syukur!














No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK