Wednesday, July 4, 2012

Sendiri @ Alone

Sendiri
Terlalu sukar untuk diluah
Kau gembira disebelah si dia
Buat aku semakin tawar


Sendiri
Cukup dengan satu perkataan
Boleh menggambarkan diri kita sebenar
Tak perlukan kau mahupun si dia


Sendiri
Lebih bahagia tanpa terucap
Juga tiada lagi masalah cemburu buta
Apabila kau bersama si dia dalam diam


Sendiri
Jaga hidup kita sendiri
Kebajikan kita sendiri
Tanpa perlu nak pikir perihal orang lain
Sangat lebih baik daripada kita sentiasa ditemani
Kita lebih berdikari tanpa kau disisi





Sendiri
Kita gembira
Kadang tangisan juga menjadi teman
Dalam bersendiri
Sebenarnya kita bukan bersendirian secara fitrah
Kita ada Allah SWT tempat kita mengadu


Sendiri
Hati rasa lega
Tempat mengadu yang sebetulnya
Hanya pada-Mu
Sama-sama kita perbaiki dalam sendirian



Sendiri
CIKVIOLET
1705
lewat petang




6 comments:

dayteen lea said...

i ade ni :-))

cik violet said...

@dayteen lea tenkiu lea :)

dayteen lea said...

;)

dayteen lea said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamua'laikum kak. Maaf jika teguran saya menyinggung hti.

Jgn share gambar yg taktutup aurat. Kita turut dpt saham dosanya nanti.

Delete ye ^_~

May Allah bless. =)

cik violet said...

@Anonymous Waalaikumussalam. Thanks dik. akk delete ea. Terima kasih sangat2 tegur sebab kadang kita sendiri alpa. huu

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK