Tuesday, March 16, 2010

Amarah

Amarah, bukan tajuk lagu diva popular, Siti Nurhaliza bersama Kris Dayanti, tetapi amarah di sini merujuk kepada sifat amarah yang pastinya wujud dalam setiap insan bergelar manusia.


Aku juga tidak terkecuali daripada memiliki sifat amarah ini. Bukan mudah untuk menghilangkan sifat amarah dalam diri selagi ada makhluk yang bernamanya syaitan. Sifat amarah memang sifat yang sangat disukai oleh golongan syaitan. Apabila kita yang bernama manusia ini mengalami sifat amarah, maka golongan syaitan akan berjoget bersuka ria sambil menepuk tangan melihat musuh utama tergoda dengan bisikan sang syaitan.


Aku ni insan yang lemah. Sekuat-kuat manusia pasti akan tertunduk dengan bisikan halus sang syaitan. Bagaimana aku hendak hindari daripada sifat amarah ini. Disebabkan sifat amarah ini, aku sering dilanda gangguan emosi, perasaan orang sekeliling aku hindarkan, terasa hendak mencampak semua barang yang ada di hadapan mata. Kadangkala, apabila terlampau kuat perasaan amarah dalam diri, aku segera mengambil wudhu' untuk menyejukkan hati yang sedang panas. Kadang-kadang aku tewas juga dengan godaan syaitan. Setelah ambil wudhu' kembali kepada sifat amarah. Ya Tuhan, jelas nyata dan terang kekuatan iman dalam diri begitu goyah, mudah untuk rapuh. Ya Allah, bagaimana hamba ini mahu melawan sifat amarah ini??
Tolonglah hamba yang lemah lagi dina ini.





Kepada rakan-rakan sekeliling yang terlihat aku di kala marah, maafkan diri ini. Aku tidak dapat mengawal emosi tatkala tekanan sentiasa wujud dalam minda. Aku cuba untuk tepis, tetapi aku tidak kuat. Maafkan aku wahai rakan-rakan.



Share link : 1
2



2 comments:

Unknown said...

kalu rasa nak mrh sgt ambik wuduk(so hlgllah amarah mu itu)hohoho

Ashiya Mizuki said...

jangan marah3 vc...
tenangkn diri k..
y brckp nie pon sme gk..

mudh3 hn kite xslalu nk mrh3..
huhu

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK