Sunday, March 24, 2013

Hujung Minggu


Assalamualaikum..

Hujung minggu memang best dapat duduk rumah sahaja.. Berhibernasi dalam keadaan yang tenang tanpa kelam kabut nak keluar dating atau join mana-mana aktiviti..


Cuaca panas sekarang menjadi lain macam mungkin faktor manusia sendiri yang rakus kejar duit semata-mata tanpa memikirkan fungsi alam sebenar..


Hari ahad duduk saja di rumah
Sambil-sambil melayan dating bersama Mr J
Bukan senang beristirehat sambil mengunyah
Sasaran paling lama mungkin 5 tahun saja


Hidup tanpa sasaran umpama hidup kau tanpa tiang.. Sudahlah goyah, tiada kestabilan.. Pendirian pun mesti kurang mantap..


Paling senang kat sini adalah bercakap melalui mulut.. Tapi tindakan paling sukar nak buat.. Sebab tu ramai sajaa yang boleh bercakap, tapi balik kepada tindakan, semua orang akan menunding jari..


****************
Situasi :

 A : Eh, kau lah buat kerja nih..
B : Aku plak.. Bukan kerja ni kau yang patut buat ke..
A : Tak de tak de.. Aku tahu, esok kerja ni mesti dah siap..
B : Ikut suka hati kau je.. Ni kerja kau, kau lah buat..
C : Korang nak kene sepak, kerja ni kan bergroup, kita buat same-same la..
A & B : C, kau je lah buat kerja ni.. Habis cerita.. Ktorang tahu, esok mesti siap..
C : ....................


****************



Nampak tak di situ, semua mahu lari dari tanggungjawab.. Get my point.. Tepuk dada, tanyalah hati masing-masing.. Tipu, kalau kita sendiri tak pernah menunding jari kat orang.. 


Bercakap dan menulis sama gayanya.. Kene kurangkan bercakap, rasionalnya juga kene menulis mana yang perlu.. Tingkatkan prestasi dalam tindakan.. Chewaaaahhhh ;p


Motivate kepada diri sendiri sebenarnya dan sudah lama blog tidak berhupdate.. Seminggu sekali je.. Apa kessss?


Oke lah.. Enjoy your weekend.. Byeeee..




p/s : Kepada pasangan yang dah berkahwin, boleh baca di link SINI ...


No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK