Susah ea perhubungan tanpa restu
seorang emak.. Emak sendiri atau bakal emak mertua.. Restu seorang ibu sangat
penting untuk mengekalkan hubungan berkekalan #SetiaHujungNyawa..
Bahagia bukan dipetik dengan
hujung jari.. Bahagia memang boleh datang dengan sendirinya tanpa kita sedar..
Tapi kalau bahagia tanpa restu, ia sukar untuk dibawa pergi jauh..
Kalau diberi pilihan antara emak
dan orang yang disayang.. Pilihlah emak.. Sebab emaklah yang melahirkan kita,
menjaga kita dari kecil, sayangi kita sejak kita lahir sampai sekarang.. Ajar
kita macamana untuk menjadi diri kita sekarang..
Orang yang kita sayang? Baru
seketika Cuma kenal.. Mungkin tempoh perkenalan boleh jadi
sesingkat-singkatnya.. Dan juga boleh jadi dalam tempoh yang panjang.. Mengorak
langkah ke arah hubungan yang lebih serius.. Tapi ditentang oleh seorang emak?
Seeloknya, pikir panjang dan pilihlah perasaan seorang emak.. Kerana seorang
emak boleh rasa bahagia atau tidak bahagia seorang anak melalui perasaan halus
dalam diri dia..
p/s : I love my mum.
Selalu dengar apa sahaja yang aku cerita.
:)
#Autopost session again.
4 comments:
my mom too!! selalu cerita masala kat dia. setia jer dia mendengar.
:)
restu ibu insyaAllah membawa bahagia.. :)
@Razil Tahir Emak mmg pendengar yg setia :)
@izfanora Insyaallah kak :)
Post a Comment