Monday, December 31, 2012

31.12.12. Cerita 365 hari yang lepas.


Assalamualaikum. Hari ni genap 31.12.12. Nak simpan tarikh keramat ni dalam hati. Tak tahulah sama ada patut gembira atau rasa apa sekarang.. Atau rasa .... Rasa .... Rasa...




Macam-macam rasa sebenarnya ada.. Share kat sini? Tak pelah :) Tapi sepanjang 365 hari yang lepas.. Eh, kenapa 365 hari? Sebab tahun ni kan tahun lompat.. Lupa kaa? Continuee.. Tahun 2012.. Moment yang tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata.. Banyak tragedi .. Dan banyak juga moment yang sweet sweet.. Hehe.. Mampu senyum sedikit demi sedikit..




Jom kita tengok overall yang terjadi pada aku sepanjang 2012.. Ikut kitaran apa yang update di blog.. Kadang memori aku ni terputus fius jugak.. Perkara semalam pon boleh cepat terlupa, apa tah lagi yang berbulan bulan ditinggalkan. Huhu..




Sambil-sambil type entry ni dengar lagu Blue #BigBang.. Tak tahu kenapa addicted dengan lagu nih.. Nantila cari makna..




Ok, back to cerita sebenar :




Januari 

  • Banyak masa kat rumah.. Housewife part time kata kan.. Full time ofkosla jadi student.. Time ni banyak masa dengan blog, FB etc..
  • Berblog, bizi dengan GA.. Time tu sedang berlangsung GA 1st Cik Violet.. Siapa pernah join, sila angkat kening ;p
  • Jinak-jinak dengan busines.. VCO la ape lagi.. Hehe.. Siapa yang nak VCO, please contact me.. Ada page kat sidebar sebelah kiri.. Tolong LIKE ea :)


Februari

  • Ada 8 entry sahaja?? Nampak sangat time tu tengah bizi.. Mungkin bukak blog, tapi tak ada masa nak update, blogwalking bagai..
  • Update pon sebab senaraikan nama peserta..
  • Bulan Februari memang bulan yang kucar-kacir dan bulan yang sangat penat..
  • Time ni aku & geng gilir-gilir collect data..
  • Mula-mula kat hospital serdang, then my turn collect data kat bandar Klang.. Seharian kot ktorang kat jalan.. 
  • Muka burn memang tak payah cakap.. Balik rumah makan & tidur je..
  • Kene marah dengan ada pakcik tu.. Padahal ktorang tak buat salah pon.. Ktorang just nak tumpang tidur.. Itu pon kene marah.. Ish2..
  • Malam-malam pon dok terpacak lagi semata-mata nak collect data.. Dengan jalan yang sunyi.. Dengan anjing liar berkeliaran.. Dengan orang gila yang tak berapa betul.. Eh nama pon orang gila memang la tak berapa betul ;p
  • Time ni jugak berlaku 2 tragedi : 1. Accident    2. Alat hilang.
  • Rabak poket sebab dua-dua tragedi tu.. Huhu..
  • Pasrah.. Guna duit simpanan ganti alat.. Redha tak redha aku pikir nak grad je time nih... huhu..
  • Next collect data kat Shah Alam.. Sepanjang collect data.. Ktorang bertambah close.. Kan korang? Hehe.. Baca blog i tak? ;p
  • Nextt, TERENGGANU..
Mac
  • Habis je collect data ktorang bertiga, masanya untuk pergi collect data ke Terengganu.. Sebelum collect data, berhoneymoon dulu.. Hehe..
  • Mana taknya, sebulan dah berpanas berhujan, nak juga rasa macam pelancong even melancong dalam negara sendiri kan..
  • Spent time seminggu jugak dekat Terengganu.. Lepak-lepak kat Kuala Terengganu.. Makan ICT.. Perghh perghhh.. NIKMAT! Apa ntah nama tempat tu lupaaa la..
  • Bergambar sana bergambar sini.. Ok, folder dah penuh dengan gambar je.. Siapa nak sponsor cuci gambar ktorang? Meh meh dialukan ;p
  • Lepak kat pantai.. Feveret kot.. Angin pantaii.. Jalan kat atas pasir... Satu perasaaan yang rasanya sangat tenang.. Enjoyy.. Da tak ingat apa-apa pon yang bikin aku stress.. Hehe..
  • Sebab tu i loves beach.. I loves island.. Campak la aku kat situ.. Redha dah.. Hehe..
  • Seminggu kat Terengganu, kene balik kepada reality.. Tinggalkan tapak di pantai.. Tinggalkan segala kegembiraan..
  • Sebab bila jejak je rumah, tugas menanti.. Jeng jeng..

April , Mei , Jun

  • Bulan yang sangat stress..
  • Bulan menganalisis data..
  • Bulan correction writting..
  • Bulan segala macam bulan ada kat sini..
  • Bulan mengambang orang kawen..
  • Bulan dipagari bintang, #Eh...
  • Bulan deaktif Facebook.. Rasenyela..
  • Perlukan ketenangan melakukan kerja..
  • Time ni tanamkan hati "AKU NAK GRAD BULAN 10"
  • Sepatutnya buat tagline "AKU NAK KAWEN, CEPATLAH SIAPKAN THESIS NIH!"
  • Tapi tagline tu tak berguna pon... Haha
  • Tagline first yang sangat memberi spirit..

Julai

  • Tak berapa ingat sebenarnya.. Bulan Jun / Julai yang kene hantar draft thesis..
  • Tapi rasanya viva bulan ni sebab Ogos dah raya..
  • Betul la kot..
  • Viva.. Oke sikit la viva master compare viva degree..
  • Viva degree tak bernapas aku..
  • Tapi nasib lepas.. Standard la minor correction..
  • Dah boleh senyum senyum sebab segala correction dah hantar..
  • Time for jilid! Oke.. Rasa nak melompat sebabnya habis jugak zaman belajar.. Yahoo....!
  • Lepas je hantar binding.. Terus on Facebook..
  • Nampak sangat Facebook ni menatang yang agak penting kannn...
  • Bila da on tak ada yang important sangat pon .. Hehe..

Ogos

  • Raya raya raya... Raya dengan masih bergelar student sangat lah masyuk.. Even umur da hmpir pertengahan 20, duit raya tetap berjalan dengan jayanya.. hehe..
  • Disinila dengan jayanya aku bergelar penganggur terhormat.. Selepas degree tak sempat merasa.. Kali ni baru betul-betul merasa..
  • Heaven gilerrrrr duduk rumah... 5 tahun belajar non stop.. Giler apaaa kann..
  • Lepak-lepak..
  • Memang kepala pon tak pikir apa.. Enjoy sangat enjoy.. Alhamdulillah.. Nikmat tu masih diberi..

September

  • Tersedar.. Tak kan selamanya nak duduk rumah.. Start cari kerja..
  • Perlahan-lahan hantar resume for the first time..
  • Umur umur macam ni baru merasa untuk mencari kerja..? Orang lain semua dah macam-macam pengalaman..
  • Jumpa orang ni, gaji tak payah cakap.. Kerja pon ada yang dah sedap..
  • Aku? Oh, baru nak merangkak..
  • Relaks relaks.. Ada rezeki ada la kan :)
  • Hidup time ni memang banyak positifkan diri sendiri..
  • Siapa lagi yang nak tolong diri kita kalau bukan diri sendiri kan :)

Oktober

  • Tanyalah bulan apa bulan yang paling best setiap tahun..
  • Dan pastinya mestilah bulan OKTOBER! Hehe..
  • 1. Birthday la ;p 
  • 2. Diterima bekerja. Alhamdulillah.
  • 3. Konvo. Penantian 2 tahun beb. Syukur.
  • Bulan Oktober bulan yang paling happy.. Paling teruja.. Paling excited dan seangkatan dengannya lah..Tak terungkap.. Seronok sangat :)

 November & Disember

  • Bulan hujung hujung semesta hoi.. 
  • Penat dah nak taip..
  • Macam-macam rasa ada kat sini..
  • Terlalu banyak macam ABC tau rasanya..
  • Hehe..

All the memories, i will keep in my heart..
Dear you, whoever you in someone heart, please loves someone who really loves you.
Don't you dare to ignore them because the karma will come back to you..
(English berterabur? AAK.. Hehe.. Tolongla betulkan ! ;p)


#Siapa baca entry ni sampai habis, wa respect sama lu sebab entry ni panjang giler.

#Siapa yang rasanya tak berkenaan dalam hidup mesti rasa bosan baca entry nih.

#Siapa yang terasa, ada salah kata ke, maaf ea..





#Tanpa kita sedar, kita tersakitkan hati orang.

#Tanpa kita sedar, dengan perbuatan kita hari-hari kita sudah mencederakan pelbagai pihak.

#Recover? Payah hoiii..





#Aku nak jadi pH 7.

#Sebab rasanya NEUTRAL.

#Tidak terlalu asid dan tidak terlalu alkali.

#Paham tak?

#Aku je yang paham.






 #Esok hari baru.
#Nafas baru.
#Perjalanan baru.
#Impian baru.
#Jumpa orang-orang baru.
#Karier baru.
#Business baru.
#Segalanya baru.



#Tapi.
#Aku.
#Masih.
#Orang.
#Yang.
#Sama.
ikhlas,
CV
311212
1500

3 comments:

caah said...

i baca smpai abis...2012 tinggalkan seribu kenangan tuk kita sume....

kak ina kl said...

wah bzzznya..lama tak updat ek

cik violet said...

@caahbetul :)

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK