Sunday, December 9, 2012

Cerita Hari Ahad



Haii ollsss...


Cuaca baik.. Panas terik.. Tapi jangan sangka dalam panas tiada hujan.. Mengikut ramalan hujan petang nih.. Tunggu je la sama ada hujan atau tidak .. ;p


Tengah breakfast lauk berkat.. Jiran belakang kenduri kahwin anaknya yang lelaki.. Sedang-sedang menikmati sambal goreng, Nyai mulakan satu pertanyaan..


(Nyai merangkap panggilan nenek bagi orang Johor).


******************

Perbualan :


Nyai : Dapat orang mana menantu Wak belakang ni?

Aku : Ala nyai, dapat orang lorong belakang jeee..

Nyai : Untungnya dapat orang dekatt..

Aku : Aah Nyai. (Sambil-sambil angguk kepala)

Nyai : Nanti along pon carik la orang dekat-dekat. Senang.

Aku : (Dongak, sambil tengok Nyai) Errkk, tak nak la nyai.. Tak best langsung dekat. No challenges..   (Eh, terspeaking dengan nyai plak ;p) 

Nyai : Tak pe lah.. Along kan perempuan... Tak payah mencari.. Ade la tuu..

Aku : Angguk-angguk.. (Sambil terus menikmati makan..)


************************

Mak & bapak baru balik rewang.
Bicara lagi.


Bapak : Semua orang dah duk tanya bila nak buat kenduri ni.

Aku : Relaks-relaks dulu. Along muda lagi.

Bapak : Semua dah pakat macam wedding planner. Bila buat kenduri nanti nak ada baju khas untuk yang merewang. (Sambil gelak-gelak campur ngeluh).

Aku : Haha. Orang kampung ni macam-macam la pak.

Mak : Suruh dorang sponsor la senang.

Aku : Agreeee makkkkk! (Sengih-sengih poyo).

Tamat perbualan.. Parent siap-siap pergi kenduri lagi.



********************

Musim-musim orang kenduri.. Kompang dipalu pengantin malu.. Sepatutnya ada wedding hari ni di Seremban.. Sorry tak dapat attend.. Komitmen di rumah lagi penting.. Huhu..


Hujung bulan, turn abang sepupu.. Sepupu sepapat semua boleh dibilang dengan jari je yang masih single.. Yang lain semua tengah tunggu turn.. Nampak gayanya kene elak duduk dengan makcik-makcik masa rewang.. Kang tak pasal-pasal ada yang sipu-sipu nak jawab soalan demi soalan.. Makcik-makcik ni soalan mana nak bertapis.. Semuanya direct.. Aishhhh.. Kene lepak dengan budak-budak belum mumaiyiz ni.. Aman sikit duniaku.. HAAHAHA.. 




p/s : Cerita hari ahad korang mcmane? Best tak? ;p




Sekian, entry tanpa gambar Noktah.










"Jodoh ajal maut di tangan Tuhan. Kita sendiri pon tidak akan tahu bila hari itu akan tiba"

















3 comments:

budak kecik said...

hari ni pepagi buta dah menapak taman tasik perdana, jogging! alhamdulillah. lgpun tido after subuh kureng elok kann. at least dpt la jgk hirup udara pagi :)



ALSD2 tgh hot skrg nih. kalau berazam kurus utk thn 2013, boleh la try ALSD2. nak tahu lebih lanjut psl ALSD2, moh ler singgah2 ke blog sy. tq ;)






Anonymous said...

Aah..weekend ari ahad mmg konpem ad knduri..nk2 nga coti skola kn..
Tao xpe..
Tghari mmg pnas ptg je langit gelap kn..
2 r..jodoh ajal maut dtgn tuhan..
Smoga anda cpt btemu jodoh
gud luck n byk kn bdoa..:)

azizah :) said...

wahh... ayah dah excited tu.. oklah mesti mereka bagi restu nanti :)

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK