Wednesday, May 23, 2012

Pengantin dokoh



Korang pernah dengar tak, PENGANTIN DOKOH? Actually, aku baru first time kot dengar. Aku tahu istilah ni pon daripada keyword nuffnang. Orang google PENGANTIN DOKOH lalu termasuk ke blog aku. Padahal aku tak pernah cerita pasal dokoh atau pengantin yang memakai dokoh. 


Bagi korang yang tak tahu apa itu DOKOH. Jom sama-sama kita sharing is caring maklumat ea. Untuk pengetahuan 


  • DOKOH ni sejenis hiasan yang tergantung di leher & paling popular sejak 200 tahun dahulu di pantai timur ea. 
  • DOKOH dicipta dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa reka bentuk sampingan yang bercantum di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. 


  • Bahagian bawahnya terdapat kepingan bertingkat atau terdiri daripada satu / dua keping sahaja.


  • Biasanya DOKOH bercorak daun sukun. 


  • DOKOH dua tingkat & tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan rantai di kiri & kanan. Berbentuk tiga segi & bercorak bulan sabit.


  • DOKOH tiga tingkat menjadi favourite pengantin perempuan & lelaki untuk menambahkan keserian.

Cerita pasal DOKOH tapi tak pernah tahu rupa bentuknya. Sila tengok gambar di bawah ea. Mungkin ini DOKOH tiga tingkat yang biasa pengantin guna masa majlis berinai / bersanding..









Nak tahu banyak info pasal DOKOH. Sila google ea :)



Mungkin pengantin sekrang tak ramai yang memakai DOKOH ni, maklumlah sekarang zaman moden. Baju pengantin penuh dengan manik crystal je tak pon pakai gaun labuh ala-ala Inggeris style kan. Macamane nak match dengan DOKOH ni. Hehe. Ape pon, kekalkan warisan budaya kita supaya tak tenggelam dek zaman  ;p












6 comments:

✿Lady Ainaa ✿ said...

Owh name bende ni dokoh ke?? agaklah, zaman skrg suke guna ala ala barat ni...huhuhuhu... terima kasih for sharing sis

Cik Eiyra said...

hai anda di tag
if anda join sila sebutkan nama saya yea =} tengs kawan .

http://cik-eiyra.blogspot.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html

Engku Muzahadin said...

Awal tahun hari itu gigih menari dokoh ni di Jln TAR, utk pakai masa dinner. Jumpa la juga, tp harga boleh tahan :)

cik violet said...

@✿Lady Ainaa ✿ aah. name nye dokoh. baru tau jugak. hehe. same2 :)

cik violet said...

@Cik Eiyra insyaallah. if rajin ek

cik violet said...

@Engku Muzahadin smgtnye die carik. hehe

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK