Rajah 1 : Pemandangan di salah sebuah tempat di Shah Alam
Pemandangan bandaraya Shah Alam pada 12092011 bersamaan semalam adalah sangat teruk..Bangunan-bangunan tinggi yang ada di Shah Alam dilitupi habuk debu yang sangat tebal..Bila semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) ia masih dalam kategori yang selamat..
Rajah 2 : Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor
Sumber : Jabatan Alam Sekitar Selangor, 2011
Cuba teliti bacaan indeks di Shah Alam pada jam 0700 adalah 65, jam 1100 pada indeks 70 dan jam 1700 berada pada indeks 77..Bacaan tinggi pada jam 1700 menunjukkan bilangan kenderaan bertambah di atas jalan raya dan juga membuktikan semua pekerja berada di atas jalan raya untuk pulang ke rumah masing-masing..Walaupun bacaan masih berada di tahap selamat dan berstatus 'moderate' secara fizikal pemerhatian yang boleh dibuat adalah sangat teruk..Boleh dikatakan pemandangan Shah Alam dari lebuhraya LKSA (Lebuh raya Kemuning Shah Alam) adalah sangat tidak jelas dan juga boleh mengganggu pemanduan..Diharapkan semua pemandu memandu kenderaan masing-masing pada kelajuan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kemalangan..
Rajah 3 : Tahap IPU mengikut kategori
Sumber : Jabatan Alam Sekitar Selangor, 2011
Sekian sahaja berita tidak langsung daripada cik violet..HEHE
p/s : Ayat skema siap ada rajah plus sumber..mood berthesis..waaaaaaaa..wish me luck !!!
1 comment:
em.memang teruk pn.
Post a Comment