Kita tak tahu orang dengki dengan kita..Kita bahagia..Kita tersenyum..Boleh kata kita tiada masalah, rupa-rupanya disebalik diam ada orang dengki dengan kebahagiaan kita..Kalau dia dengki tanpa buat apa-apa, it's okay la kan..Tapi bila orang dengki sudah guna sihir, guna santau, guna hantu, jin..Mana kita mahu lari..Akan terkena jugak buatan orang tuh..
Kisah benar di kosmo hari ini IRA DISIHIR GUNA GAMBAR DALAM FB..Jangan ingat orang baik-baik dengan kita, orang tu ikhlas nak berkawan dengan kita..Mungkin dia ikhlas dan mungkin dia tak ikhlas..Bukan nak menidakkan apa muslihat dia berkawan dengan kita..Tapi seeloknya janganlah meletakkan kepercayaan kepada kawan itu sepenuhnya..Bukan nak ajak korang berfikiran negatif pada kawan itu tapi seimbangkan jangan terlalu memikirkan kebaikan sehingga memandang kawan itu dengan tanggapan positif..Selitkan juga keraguan disitu supaya korang semua tak da la rasa tertonggeng dapat kawan macam tuh..
Apa faedh guna sihir? Kau lagi banyak habiskan duit untuk menghantar pengeras pada bomoh..Belom lagi bayaran lain..Janganlah mendengki..Kalau kau dengki tengok kawan bahagia, kawan tersenyum..Tak salah kau perbaiki kehidupan..Kau cariklah kebahagiaan dengan cara yang elok..Cuba berkawan dengan ikhlas untuk menambahkan lagi senyuman dalam hidup kau..
Dengan bersihir menyantaukan orang, apa kau dapat?? Kawan-kawan akan menjauhkan diri..Penyudahnya kau hilang kawan..Perasaan penuh dendam kesumat, hilang keceriaan dalam hidup kau..Tak payahlah nak berdengki sangat..Semua orang ada kelebihan dalam kehidupan masing-masing..Diri sendiri yang mencorakkannya..
Kita sesama blogger pon tak payahlah nak dengki tengok blogger tu ramai follower dapat beriban duit hasil berblogging..Itu semua usaha mereka..Kalau kita nak setanding dorang semua kita berusaha la macamana nak upgrade setiap entry yang kita hasilkan..Rajin-rajinlah google cari TIPS TINGKATKAN SEO..Belajar macamana nak ringankan blog..Itu semua usahakan..Nak berjaya kene bersusah dahulu..Nak bahagia kene bersusah jugak dahulu..Tak ada sesuatu benda yang kita dapat tanpa usaha..Macam korang dulu-dulu nak dapatkan A dalam subjek Matematik..Apa korang buat? Mesti berusaha hafal sifir..Buat latihan tambah tolak bahagi darab..Macam itulah kehidupan kita sekarang..
p/s : oke itu je salam kenal blogger dari tuan punya blog ;)
apepon hatihati kita tak tahu hati orang kan..ambil langkah privatekan semua gambar ;)
apepon hatihati kita tak tahu hati orang kan..ambil langkah privatekan semua gambar ;)
3 comments:
hati2..untuk saya.
seronok sgt duk tayang muka..smpai x pikir kesannye
bahaya btul..! seram plak ak dgr..
yg ini kes sihir..der tuh kes yg diguna untuk mengaibkn orang *guna muke kt tpi badan bugil*
kalo privatekn gbr..serupa xyh upload gbr...lgi selamat..kn..hehe
p/s: nih buat ak nk delete sume gbr yg ada aku...ahahahha
Post a Comment