Wednesday, July 27, 2011

SEDAP SANGAT KE AIR BARBICAN TU?

Phewww..
Update lagik..
Jangan bosan beb bila datang mood nak update..
Bila langsung tak update..
Berkurun aku tinggalkan..
Hehe..

Pagi ni aku dengar bunyi guruh..
Tapi cuaca terik dengan cahaya matahari.
Nak hujan panas ke?
Semoga tidak..

Actually, bukan pasal cuaca aku nak cerita..
Pasal isu halal haram..
Aku pon bukan lah pro..
Tapi..
Kita baca dulu..


ISU : MINUMAN RINGAN DARI GANDUM BUKAN ARAK


KUALA LUMPUR –  Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa minuman ringan gandum seperti Barbican adalah halal dan boleh diminum oleh masyarakat Islam.
Produk-produk ini dikatakan bukannya diproses untuk membuat minuman alkohol dan kandungan alkohol yang terhasil daripada pemprosesannya adalah rendah dan tidak memabukkan.
“Jadi, minuman seperti ini adalah halal dan boleh diambil oleh umat Islam seperti mana yang telah dipersetujui majlis tersebut dalam muzakarah yang diadakan pada tahun 1984, 1987, 1988 dan 2010,” kata pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini semalam.
Perbincangan-perbincangan yang dilakukan termasuk kadar kandunga alkohol dalam makanan, minuman dan ubat-ubatan dan keputusan terhadap minuman ringan tersebut yang diumumkan hari ini, telah dibuat pada muzakarah majlis tersebut yang diadakan pada 16 dan 18 Jun tahun ini.
“Dengan keputusan yang telah dicapai, umat Islam tidak perlu risau tentang status minuman-minuman ini kerana ianya adalah halal,” kata Abdul Shukor.
Walau bagaimanapun, beliau berkata, muzakarah tersebut juga menasihatkan pengusaha minuman-minuman ringan seperti ini supaya tidak menggunakan label, jenama dan ciri yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pengguna, terutamanya pengguna Islam.
Abdul Shukor telah menghadiri majlis penyerahan sumbangan kepada pihak masjid dan surau dan pelancaran program Ihya’ Ramadan peringkat kebangsaan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Al-Muqarrabin di Bandar Tasek Selatan. – BERNAMA


Minuman Ringan Barbican Halal Diminum

Barbican


sumber : mynewshub
******************************************************************
BARBICAN..

Bagi aku lah aku tak berani nak minum minuman macam nih. Even tahu ia nya halal tapi keadaan fizikal botol dan nama itu sendiri sudah meragukan aku..

Mungkin kandungan air itu telah dianalisis cara pembuatannya adalah halal. Dan mungkin alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut telah disintetik kan. Sebab kemungkinan itu status menjadi halal diminum.

 Tapi keadaan fizikal botol seakan botol arak yang membuat aku pikir berbilion kali kalau nak beli plus nak minum. Namanya BARBICAN. Sedap ke?? Owhh namanya seperti nama haiwan yang memang boleh mengundang banyak penyakit iaitu BABI..

BABI = BARBICAN..

Tak ke korang rasa nama itu lebih kurang, Cuba ulang banyak kali. BABI. BARBICAN. BABI. BARBICAN. BABI. BARBICAN..

HUHU..
Oke, sebenarnya aku memang pantang word BABI tuh. Even nak taip nih aku pikir banyak kali nak taip ke idak. Tapi sampai bila kan. Kita tak boleh lari dengan word tuh..

So, memang sah la BARBICAN tu halal?? HUHU..Kalau halal kan, boleh tak botol tu diubahsuai kepada botol yang tidak meragukan orang Islam. Nama pon tak salah kalau kita tukar kan.??





p/s : Best sangat ke air BARBICAN nih?? Sampai korang sanggup minum even botol seakan arak..HUHU


3 comments:

Sha said...

hoho..
aah ler, botol dye pun da mcm botol arak..ada mcm2 perisa ker?/kui3

cik violet said...

shae , tu la lebh kurg btl arak..tp rmai still mnm ek..

pelbagai perisa tu ak xsure la plak..hehe

Hazwan Samian said...

biase je air ni.. xdela sedap smpai meletop2.. da minum skali, xde ketagih nk lg pon.. haha..

haah, ade byk perisa: stoberi, mango, lemon, apple, etc..

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK