Showing posts with label innit nuffnang. Show all posts
Showing posts with label innit nuffnang. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

Cuti semester tanam anggur..

Salam..
Sekian lama tak berblog..

Coti 4 bulan..
Tanam angggur..
Ternak lemak..

Cari keje ?
Tak tercari-cari..
Niat di hati nak jadi cikgu kat pusat tusyen..
Tapi belom survey
Tengokla dulu ikot kerajinan..

Proposal ?
Bila pikirkannya..
Kepala teros jadi berat..
Hati meronta-ronta..
Satu apa tak sentuh lagi..
Harapnya coti 4 bulan ni..
Proposal mampu disiapkan..
dan tesis boleh siap sampai bab 3, METOD..

Tu semua harapan..
Semoga aku kuat tempoh 1 sem lagi..
Penentu hidup aku dapat keluar sebagai graduan SARJANA atau tidak..
Do da best tuan punya belog CORETAN HATI..

Blogger , please do pray for me ..
Terima Kasih..


p/s ; meneruskan misi jadi suri rumah berjaya dalam perniagaan tanam anggur ;p 



*aku adalah aku*

Saturday, November 6, 2010

6 Buffered Earnings.



Tajuk entry mesti la gempak kan. Nak nak pulak bila cerita pasal buffered earnings. Hati berkobar-kobar bila setiap kali masuk website nuffnang nih.

Alhamdulillah, rupanya blog coretan hati nih masih layak menerima buffer kan. Enam pulak tuh. Syukur. Dua dari iklan DIGI. Dua dari Nokia. 1 pizza. dan 1 lagi dari Bank Islam. Thank you NUFFNANG!!



-Gambar sebelah kanan terpaksa dikaburkan atas sebab sebab tertentu-


Ha, korang!! terbeliak mata tak tengok nih? blink blink kan. He he. Bukan niat menunjuk di sini. Tapi hati ikhlas untuk berkongsi dengan korang semua. Yang rajin jengah jengah blog ini, terimas banyak banyak. Blog ni sudah tentu tak segah blog otai otai macam blog :




(teruja beb tengok eyriqazz dapat cek RM1k dari nuffnang, KLIK SINI)



kan? ;)


Dorang memang sudah tahap otai dan boleh dikategorikan sebagai pakar blog.
Follower beriban riban.
WOW!! ;)


Ha, ni korang korang yang suka terjah blog aku kan.
Thanx a lot korang.
Sayang korang.
Mmmuahx.
hahaha..



p/s : Tapi mana cik ashiya, xde dalam senarai list reader pon. xjengah ea. Dia sudah punya ramai peminat kot. He he.



Tuesday, May 4, 2010

Enty Gembira bukan Entry Sedih

Hari ini, tamat sudah viva yang dinanti..Bukan kereta viva yang ku nanti selama ini, tetapi satu presentation yang bernama VIVA telah dapat ku selesaikan. Walaupun kurang memuaskan tapi satu kelegaan kerana sudah melepasi stage yang sangat mendebarkan..


Dan juga segala peperiksaan di UKM telah aku tamatkan dengan kuasa yang ada pada 30 April yang lalu. Cemerlang dan gemilang hanya tunggu keputusannya nanti. Semoga aku tidak kembali ke UKM dengan memanjangkan sem ( extend sem ), sebaliknya semoga aku kembali ke UKM dengan mendapat tawaran Master. Insyaallah, sekiranya ada rejeki aku. Aku hanya merancang. Allah yang menentukan. Semoga perjalanan aku diberkati.


Kepada rakan-rakan yang tidak bernasib baik untuk menghabiskan sem pada sem ini, jangan bersedih hati. Teruskan usaha anda sem depan. Buat tesis dengan teliti. Rajin2 masuk makmal. Jangan jadi macam aku. Sangat malas masuk makmal ea. All da best ya.


Balik kepada cerita aku, hurm, sedang bermalasan untuk edit tesis balik. Tapi aku nak settle kan cepat. Kalau boleh nak jilid cepat. Sebab masa yang diberi seminngu sahaja. Proses jilid mengambil masa beberapa hari.


Lepas jilid, saat masanya untuk berlepaking di rumah. Tetapi mesti bosan. Cadangnya nak keje part-time. Tapi xda pengalaman bekerja. So, xtau nak keje kat mana. Antara keje yang tengah bermain kat kotak pikiran aku ::--



1. Di McD..
Jom nyanyi skit (Mcdonald..Mcdonald..Kentucky Fried Chicken Pizza Hut..Pizza Hut..)
Saja je..mengenang zaman pra-matang yang didedahkan dengan lagu mcm ni sambil membuat
gaya...hehe..

Kalau keje kat McD mesti habis licin burger mc chicken n sos aku paw...hehe..Sos Mcd sedap..
Aku suka...^O^





2. Pizza Hut..
Sebab nak dapat spagetti free...tapi macam ley dapat je kan...langkah mayat tokey pizza dulu..haha..
Xpela...Spagetti mak aku buat, lagi masyuk....hehe =P









3. CIKGU TADIKA
Aku suka budak-budak..Tapi aku suka bebudak yang baik saja..Yang nakal aku nak cubit..
Tapi, bole ke aku mengajar budak2 zaman moden yang terlebih advance nih..nakal2 jugak...
Takut aku yang kene buli, da konpius sape cikgu sape anak murid..Macam gambar kat bawah
nih..Owh tidak!!





4. Blogger Tegar
Ha, xpon jadi blogger tegar..Lagi sonang..Update entry baru..Xpon g jogging kat blog jiran..
Xpon g terjah blog siapa2 utk dijadikan kenalan..Tapi, lau duk terperuk je susah jugak coz
nanti xda idea nak buat entry baru..aish..





---->> Aish..dilema..mau kerja kah? menmbah lipid kah?? Tapi memang best menambah lipid kan..Haha..No..No..No..Nanti grad, semua orang xkenai aku deh..Bahaya..bahaya...Maintain OK!!
Insyaallah...



---------->>>>> Jom slip slip...Selamat Malam Matahari..+)(+





Suara bisik-bisik
:: Dapat award daripada en hizami, nanti sy amek awrd tu ea...arigato en hizami...salam perkenalan...

Tuesday, April 6, 2010

hantar ibu bapa saya ke klia lalu terserempak dengan rosyam nor sebelum berlangsung Anugerah Bintang Popular Berita Harian....wow!!!!!

salam
hari ini baru berkesempatan update blog...


hari ahad yang lalu tanggal 040410, tarikh keramat untuk ibubapa saya menunaikan umrah..
juga tarikh keramat bagi pakcik dan makcik saya yang baru pertama kali menunaikan umrah dan pertama kali juga jejakkan kaki di Tanah Suci Mekah....


alhamdulillah..
sudah kali ke-3 ibu bapa saya dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah..
rezeki yang ada haruslah kita gunakan untuk beribadah ke jalan Allah
dan semoga dengan itu rezeki semakin bertambah dengan keredhaan dari-Nya..
mudah-mudahan....

gambar-gambar sebelum berangkat ke Tanah Suci




saya bersama ibu bapa sebelum berangkat...


bersama saudara yang datang...


**************************************************************************************

tengah sibuk2 di klia, tiba2 terdengar makcik aku berkata, "eh, itu macam rosyam nor..."
sekali aku toleh ke belakang...
perghhh...
memang betol...bukan aku bermimpi...
time tuh da ramai orang berkerumun untuk menangkap gambar...

aku apelagi menggunakan kesempatan yang ada dengan menyelit untuk berdiri di sebelah rosyam...
wow!!
akhirnya dapat jugak..
lidah kelu untuk berbicara...
tapi hakikat rosyam nor juga adalah manusia biasa seperti kita..
yang bezanya, rosyam dikenali, popular...
aku, ofkosla orang tidak kenal, dan semestinya tidak popularkan...
hahahah...

tapi, mulanya my sahabat cik ashiya yang semangat berkobar-kobar terus berdiri di sebelah rosyam nor...hehe
nih gambar2nya...
edisi terhad nih...


cik ashiya bersama rosyam...wow!!!
mesti time nih jantung cik ashiya berdegup kencangkan?...
dup dap dup dap...
hehehe....
=)o



aku, adik2 sepupu dengan rosyam nor...
comelkan adik2 sepupu aku nih...
wink2 :p
mulanya aina yang berbaju kuning, malu2 nak berdiri depan rosyam...
bila dia da tunjukkan malu2 kucing dia, rosyam pon tarik dia...
tersengih-sengih malu si aina...
hehe...














p/s : ibu dan bapa saya menunaikan umrah selama 2 minggu, mereka sudah selamat tiba di Madinah jam 0315 pagi waktu Malaysia, semoga mereka pulang dengan selamat, doakan untuk mereka ea, satu2nya kekuatan untuk saya, doakan saya untuk exam next week.....amiiiinnn...

p/s : thanx cik ashiya temankan saya menghantar ibu bapa saya =))
























Thursday, April 1, 2010

cara menyebut "yahoo!" dengan betul


korang tau x nak sebut yahoo! dengan betul?

sini cek nak ajaQ...

firstly, korang pi klik laman web yahoo.com

second, klik tanda seru dekat perkataan yahoo 2....


sebelum 2 pasang volume speaker kuat2 k...

biar kelantangan sebutan yahoo kedengaran...

selamat mencuba kawan2...

hehe...

aku rasa ni cara dapat hilangkan stress jugak...

hehehe...



=)0


Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK