Err..
Banyaknye lemak!
Lantaklah. Janji perut tak buncit. Hehe.
- Diet yang betul boleh membuang lebihan lemak dalam perut. Diet yang betul perlunya ada karbohidrat, serat, vitamin & mineral.
- Banyakkan pengambilan ikan berbanding daging merah.
- Mengamalkan teh hijau boleh membantu mengermpiskan perut. (Patutlah orang Cina perut leper2 semua. Depa kan amalkan minum teh)
- Mengambil makanan segera secara berlebihan akan mengumpul lemak di perut. (Oh! Kene say NO to fast food)
- Elakkan pengambilan makanan yang diproses atau digoreng dengan minyak yang banyak.
- Jangan berangan mahukan perut yang rata jika suka benar makan lewat malam! (Ish, kalau perut da menyanyi lagu dondang sayang tengah2 malam tak kan nak biarkan? Jatuh simpati la kat perut -_- )
- Selepas makan lewat malam, kita akan terus tidur. Lebihan gula yang diambil sebelum tidur tidak dapat dihadam dengan sempurna dan bertukar menjadi lemak. (Ala, ni part paling best sebenarnya, makan sebelum tidur adalah tips untuk dapatkan tidur yang paling lena versi aku la ;p)
- Tapi, pemakanan sahaja tidak mencukupi. Kenelah rajin bersenam untuk dapatkan perut yang rata dan cantik. (Oke, sit up jom! ;p)
Sumber tips : MedikTV
Nak perut idaman macam ni?
Follow tips Kevin Zahari SINI
Bagi aku, susah kot nak ikut segala tips nih.
Sebab makan ikut selera.
& ikut apa yang ada depan mata.
Setakat ni Alhamdulillah.
Tak ada lagi sakit.
Tak ada terobes.
Tak ada terunder weight.
Hehe.
Makan.
& perut kenyang.
Hati happy.
Enough.
:)
Siapa yang nak amalkan, bagus untuk kesihatan.
Malam before tidur, jangan lupa sit up!
Haha..
1 comment:
:)
Post a Comment