Sunday, May 29, 2011

Musim..Musim mereka berpasangan

 Nanaemi Nurani


Cuti sekolah
Ramai yang berebut
Untuk memiliki tarikh
Supaya mereka berjaya menakluk kekasih hati

Tidak terkecuali pada mereka
Yang sedang berumur
Dewasa muda

Tahniah
Pada mereka
Yang berjaya dengan sekali lafaz
Juga
Pada mereka
Yang berjaya dengan dua kali lafaz
Tidak terkecuali pada mereka
Yang berjaya dengan sempurna tiga kali lafaz

Tahniah
Mereka bergembira
Mereka berbahagia
Mereka kekal selamanya
Itu doaku buat kalian

Semusim ini
Berlarutan tuk beberapa minggu
Dipenuhi perut
Dengan sepinggan nasi minyak
Dapur tidak berasap
Demi memeriahkan hari bahagia mereka

Diriku
Buat masa ini
Hanya memenuhi undangan
Belum sampai seru untuk mengundang
Tunggu tiba sampainya waktu
Hariku pasti menjelma
Menunggu sang putera memiliki hati
Tapi perjalanan itu terlalu jauh

*******************************



4 comments:

Anisa Hang Tuah said...

isk isk.tak sabar nak kawen
hakhakhak

NURUL AINI NORAZMAN said...

bile aini nak kawin plak kan,.urmmm,.he3

Anif Abdullah ® said...

skunk ni musim mengawan :p

cik violet said...

anisa ; mmg xsaba...haha

aini ; nak kawen.jmpt ea ;p

anif ; tau xpe..musim cuti = musim mengawan..haha

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK