"Semalam seharian tak tidur demi menyiapkan sebuah tugasan. Seperti juga semalam, masih bersengkang mata untuk menyiapkan sebuah tugasan yang semakin berderet. 7 lagi. Chaiyo chaiyo !!"
*********************************************
Tensi. Siapa tak tensi. Sepatutnya da boleh melepak buat lemak dekat rumah la ni. Tapi aku masih terstuck kat kolej nih sebabnyeeee ada 7 asiment lagi woooo yang terbengkalai..Bukan tak nak siapkan before exam ari tuh, tapi memang lambat dapat asiment nih..Saat-saat akhir kot..Terpaksa la..Kalau tak, burn je 50%..Huhu..
Tengah godek-godek carik maklumat, terjumpa pulak pasal penjimatan tenaga..Korang jangan main main taw, penggunaan tenaga berlebihan menyebabkan bumi kita sakit..Korang tengok je la isu sekarang nih..Bencana alam berderet-deret..Gempa bumi..Tsunami..Banjir..Panas bahang macam terbakar kulit..Tu semua tanda penggunaan tenaga yang terlampau banyak..Sampaikan bumi kita ni dah lemah taw..Aishhh..Jadi, eloklah kita sama-sama menyokong penjimatan tenaga..Sebabnya semua kuasa berada di tangan kita !!
Layankan nasihat dari TNB kat bawah nih ..
[Pastikan peralatan elektrik dipadam bila tak diperlukan]
[Gunakan mentol jimat tenaga untuk penggunaan tenaga yang lebih berhemat]
[Tetapkan suhu penyaman udara pada 23 - 24˚C untuk keselesaan yang optimum]
[Gunakan peralatan yang menggunakan tenaga yang lebih cekap dan elakkan pembaziran]
p/s : sedar tak sedar kadang-kadang kita da terguna banyak tenaga kan...
renung renunglah laptop / notebook depan mata korang..
macamane boleh terang benderang hidup depan korang ?
dari sumber tenaga jugak kan ..
So ...
3 comments:
memang selalu sgt membazir
:(
Jimat cermat amalam mulia ..
setuju. pembaziran berlaku dimana².cuma terserah kpd diri seseorg itu utk menilainya.
Post a Comment