Sunday, April 24, 2011

berdebar


saat tiba masanya
menjelang hari itu
ku rasakan ia semakin menghampiri
tak ku duga
sepantas kilat masa berlalu

duhai hati
tenanglah
semoga hari itu 
lancar berlalu

pantas menepis
apa yang membeku
setiap yang terjadi
memberi pengajaran
mengajar erti
sebuah kesabaran
supaya dapat berhadapan
dengan makhluk Tuhan
yang pelbagai

beza hati
beza jasad
beza pendapat
beza kemungkinan

Ya Tuhan
lindungi hamba-Mu ini
kudratnya tidak seberapa
kuatkan hatinya
kuatkan imannya
kuatkan mentalnya

secara fizikal
nampak tiada apa yang berlaku
dalamannya
hanya Kau yang tahu



2 comments:

M a s A z i m a H said...

waaaah!

pandainye ber-poem

:)

cik violet said...

@ M a s A z i m a H : haha..xde la pndai...luahan je ;p

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK