Thursday, April 15, 2010

Khunsa, Keraguan Jantina Antara Lelaki dan Wanita..

Pagi ini, setelah agak bohsan membaca nota organik yang begitu memeningkan, lalu aku menarik sebuah majalah yang sudah lama tersorok dalam laci meja aku..majalah itu aku belek satu persatu dan terjumpa satu artikel yang membincangkan mengenai khunsa..


*************************************************************************************

Khunsa...
sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa semua bayi yang berada dalam kandungan ibu memiliki organ kelamin luar seakan-akan perempuan pada peringkat awal. sekiranya bayi itu ditakdirkan lelaki, maka organ kelamin dalamnya akan menjadi matang serta mula menghasilkan hormon lelaki iaitu testosteron. jika hormon itu sampai ke tisunya dengan tepat, organ kelamin luarnya yang berbentuk seperti perempuan itu akan berubah menjadi skrotum atau kerandut dan zakar.


Tetapi, ada kalanya kromosom seks iaitu gen yang membawa ciri jantina mungkin tidak sepadan dengan rupa organ kelamin luaran. Dari kejadian tersebut, terjadilah pencanggahan identiti gender bayi itu antara ciri lelaki dan perempuan ataupun dengan perkataan lain dikenali sebagai khunsa atau dwijantina [intersex].


Khunsa - keadaan yang mana organ kelamin seseorang bayi yang baru dilahirkan mempunyai kelainan dan sukar untuk ditentukan jantinanya sama ada lelaki atau perempuan berdasarkan rupa luarnya.


Asal usul Khunsa
Perkataan Khunsa berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud 'lembut'.
Dari sini lah timbulnya istilah kaum lembut, maknyah atau pondan dalam istilah Bahasa Melayu. Mengikut tafsiran syarak, khunsa - seseorang yang diragui jantinanya sama ada pada kedua-dua alat kelamin lelaki tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.


Dalam pengertian sains, istilah yang digunakan ialah hermaphrodite. Istilah ini berasal daripada nama dewa dan dewi dalam bahasa Yunani iaitu Hermes dan Aphrodite.

Hermes - dewa yang memiliki sifat lelaki.
Aphrodite - dewi yang memiliki sifat kewanitaan, kasih sayang dan cantik.


Dalam istilah perubatan, nama alternatif yang digunakan ialah penyakit perkembangan jantina [disorder of sex development, DSD] atau Pseudohermaphroditism.


Terdapat 4 kategori yang mengalami khunsa :

1. Khunsa Perempuan [female pseudohermaphroditism]

2. Khunsa Lelaki [male pseudohermaphroditism]

3. Khunsa Sebenar [true hermaphrodite]

4. Khunsa Kompleks [complex intersex]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Khunsa perempuan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XX. Khunsa Perempuan secara genetiknya adalah perempuan. Bagaimanapun, organ kelamin luarnya kelihatan seperti lelaki dengan bentuk seakan-akan zakar. Tetapi, mereka mempunyai rahim, ovari dan organ kelamin dalaman lain seperti wanita normal.

Keadaan ini berlaku mungkin si ibu mengambil hormon progestron yang berlebihan untuk mengelakkan keguguran. Ini menyebabkan penghasilan hormon tertentu dalam badan ibu tidak berlaku keseimbangan.


Khunsa Lelaki secara genetik adalah lelaki dan mempunyai 46 kromosom termasuk kromosom seks XY. Tetapi, organ kelamin luarannya gagal terbentuk dengan sempurna. Khunsa lelaki mungkin mempunyai testis dan vulva yang seakan-akan perempuan atau mempunyai zakar yang sangat kecil.


Khunsa Sebenar - seseorang yang mempunyai kedua-dua organ kelamin lelaki dan wanita, iaitu testis dan ovari [ovotestis] ataupun satu ovari dan satu testis. Secara genetik, dia mungkin memiliki kromosom XX, XY atau kedua-duanya. Alat kelaminnya mungkin sama, ataupun mungkin jelas lelaki atau wanita. Keadaan ini yang dipanggil khunsa sebenar.


Khunsa Kompleks - mereka yang mempunyai konfigurasi kromosom yang lebih rumit. Mungkin 45 kromosom, XO iaitu hanya 1 kromosom X, atau 47 kromosom XXY atau XXX. Kedua-duanya mempunyai lebihan kromosom X atau Y.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

bersambung.........

6 comments:

Ashiya Mizuki said...

kompleksnya nak paham...nanti explain kt saya ag yer cik vc..

Unknown said...

ye ke... akak pun x tau sblm nie...

Oong-ong said...

nice info..tq

cik violet said...

cik ashiya : bc la dlu..msti phmnye :)

cik violet said...

anastasyea : xpela...atleast skg da tau kan :)

cik violet said...

nurulain: welcome :)

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK