Thursday, April 15, 2010

Perhatian kepada ibu bapa pada usia muda, bujang teruna dan sang gadis,bagaimana menentukan alat kelamin bagi bayi khunsa??

Sambungan entry semalam berkenaan Khunsa, Keraguan Jantina Antara Lelaki dan Wanita.


Kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat meneganai bagaimana para ibu bapa yang baru mendapat seorang bayi tetapi bayi tersebut kurang normal iaitu seorang bayi khunsa. Maklumat ini juga sangat penting kepada sang bujang teruna dan sang gadis yang belum mendirikan rumah tangga sebagai persediaan supaya bayi khunsa tersebut tidak dianggap asing.


CARA MENENTUKAN BAYI KHUNSA.


Sekiranya, sang doktor tidak mampu untuk menentukan jantina bayi yang dilahirkan berdasarkan organ kelamin luarnya, sudah tentu para pakar akan mengambil peranan untuk menentukan gender bayi berkenaan.


Selalunya ujian ultra bunyi boleh dibuat untuk menentukan kedudukan rahim yang terletak di belakang pundi kencing dan mengesahkan sama ada terdapat saluran kencing bagi lelaki atau serviks bagi perempuan.


Ujian darah juga dapat memeriksa paras kandungan hormon yang berbeza selain ujian kromosom bagi menentukan jantina sebenar. Bedah siasat terhadap tisu sistem reproduksi juga mungkin boleh membantu mengesahkan jantina bayi tersebut dengan tepat. Namun, ada kebanyakan kes bayi khunsa yang dilahirkan sukar untuk ditentukan kategorinya meskipun menggunakan teknik moden.


Panduan yang dibuat oleh Imam Nawawi mungkin boleh diguna pakai bagi menentukan jantina bayi khunsa berdasarkan pemerhatian terhadap pembuangan najisnya. Menurut Imam Nawawi, kecenderungan jantina boleh dilihat semasa bayi tersebut membuang air kecil.


Jika ia menggunakan alat kelamin lelaki, hukumnya dia adalah lelaki. Jika sebaliknya, dia harus membuang alat kelamin lelaki yang ada padanya kerana dia cenderung ke arah perempuan.


Namun, sekiranya kedua-duanya berfungsi dan berhenti serentak, perlu dilihat mana yang lebih dahulu keluar. Sekiranya ia bermula serentak, ia dikira yang paling akhir selesai. Tetapi, jika alat satu lagi terlebih dahulu berfungsi, maka yang mendahului itulah yang diambil kira. Jika keluar dan berhentinya adalah serentak, maka dikira sebagai khunsa musykil yamg mempunyai hukumnya yang khusus. Selain itu, jantina khunsa boleh ditentukan dengan haidnya.


Dalam kebanyakan amalan perubatan, rawatan dan pengesahan jantina dibuat berdasarkan keputusan ujian dan pemeriksaan tertentu semasa seseorang itu masih bayi lagi. Para doktor mempercayai bahawa keputusan yang cepat dapat memberikan potensi untuk kanak-kanak tersebut mengenal jantina sejak kecil lagi.


Rawatannya mungkin membabitkan pembedahan untuk membentuk semula organ kelamin yang kurang sempurna dan disusuli dengan terapi hormon. Tisu ovari atau testis daripada jantina lain mungkin disingkirkan. Sebenarnya, membentuk alat kelamin perempuan adalah lebih mudah berbanding membuat alat kelamin lelaki yang mampu berfungsi dengan baik.
Sekiranya pilihan tidak dapat dibuat, maka kanak-kanak itu akan dipilih sebagai perempuan.


Kebanyakan pakar menggesa supaya penangguhan pembedahan untuk mengenal pasti jantina selagi ia tidak mengganggu kesihatan kanak-kanak tersebut dalam penentuan gendernya. Ini disebabkan beberapa kes kesilapan telah timbul apabila bayi khunsa yang dipilih sebagai perempuan sebenarnya lebih cenderung menjadi lelaki apabila dewasa. Kekeliruan ini menjadi rumit apabila membabitkan soal undang-undang termasuk soal perkahwinan, kerakyatan, keselamatan dan paling penting hukum agama.


Kerajaan menyarankan supaya ibu bapa tidak mendaftar bayi mereka yang didapati khunsa atau tidak mempunyai dua jantina di JPN sebagai lelaki, sebaliknya, lebih baik jantinanya ditulis sebagai 'tidak jelas' pada sijil kelahiran tersebut. Ini bertujuan untuk melihat kecenderungan seseorang khunsa itu mirip lelaki atau perempuan apabila dewasa kelak. Satu berita mengenai 'Bayi Khunsa Perlu didaftar sebagai Tidak Jelas Jantinanya', klik di sini.


Dwijantina atau khunsa ini adalah isu yang sangat kompleks. Jawapan terbaik adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk punca spesifik kenapa ia berlaku. Kita perlu memahami isu ini dengan mendalam sebelum tergesa-gesa membuat sebarang keputusan. Kita mungkin boleh membantu memberikan bantuan moral keluarga dan mereka yang mengalami masalah seperti ini. Ibu bapa dan ahli terbabit perlu mendapatkan kaunseling dan maklumat yang tepat tentang masalah ini supaya masa hadapan anak-anak terjamin apabila mereka dewasa kelak.




Saya hanya berkongsi sedikit maklumat ini mengikut bacaan yang saya baca. Sebarang kekeliruan eloklah berjumpa dengan orang yang lebih pakar mahupun yang lebih arif dalam isu ini. Satu laman web mengenai pengalaman mereka yang mengalami khunsa boleh klik disini.





Akhir kata "SHARING IS CARING".
Penuhkan masa anda dengan membaca (ececece =P)



2 comments:

~aSHa~ said...

dik mcmana akak nak baca ni..

kat tgh2 blog ada undian nuffnang tu..

violet VC said...

salam kak asha,

undian nuffnang? mcmane ea? sy tgk ok jek....

cube lg ea kak...

slamt mbc =))

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK