Monday, February 8, 2010

selang dua tahun pemergian menghadap Illahi

di sini, mengikut apa yang aku lihat dan aku rasa setiap selang dua tahun pasti ada saudara mara ku yang kembali ke Rahmatullah...


bermula pada tahun 2002, adik sepupuku telah kembali kepadaNya disebabkan penyakit demam denggi berdarah.Innalillahiwainnahirojiun. kecil lagi umurnya pada ketika itu. hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan keluarga adik sepupuku ini kerana pertama kali kehilangan orang yang amat disayangi.


diikuti pada tahun 2004, arwah nenek telah mengikut jejak kembali kepadaNya disebabkan sakit tua. Innalillahiwainnahirojiun. arwah nenek yang ku panggil embah wedok (panggilan untuk orang jawa) telah terlantar sakit lumpuh selama beberapa tahun. yang paling aku kesali, bapa ku pernah untuk menyuruh kami adik beradik untuk menjaga embah ketika cuti tetapi kami enggan. mengapa zaman remaja ku begitu kuat untuk memberontak dan sukar untuk mendengar kata ibu bapa. itulah aku ketika di alam remaja sehinggakan kini aku masih terngiang-ngiang lagi permintaan bapaku itu. 'maafkan along embah'.


dua tahun kemudian, 2006, ketika di matriks, setibanya aku pulang dari kelas, aku terus semak handphone yang aku tinggalkan di bilik, dan terus bergenang air mataku pabila mendapat berita dari bapaku bahawa atuk ku (embah lanang) pula telah meninggal kan kami. Innalillahiwainnahirojiun. kini, aku sudah tiada lagi atuk dan nenek di sebelah bapa. aku sangat sedih kerana tidak dapat menatap wajah embah lanang di saat akhir. hanya iringan bacaan doa dan yasin sahaja yang dapat aku kirimkan pada mu embah. 'maafkan along'.


tahun silih berganti, muncul pula tahun 2008, aku dan keluarga dikejutkan dengan panggilan dari kampung Johor, mak long ku pula kembali ke Rahmatullah. Innalillahiwainnahirojiun. mak long ku mengalami satu kemalangan semasa pulang menghantar barang dari rumah nyai ku (panggilan nenek di johor). kehilangan mak long ku memberi kesan suram kepada rumah pak long ku kerana kebiasaannya pabila arwah mak long ada di rumah, suasana menjadi bingit menyambut ketibaan kami semua.


kini, baru tibanya bulan februari 2010, bapaku dikejutkan lagi dengan satu berita kematian pakcik saudaraku di kampung yang ku panggil Lek Pol. Innalillahiwainnahirojiun. Arwah diserang sakit jantung dan meninggalkan anak2 yang masih kecil dan comel. kali terakhir aku jumpa arwah semasa hari raya.




kita..yang masih hidup, yang masih diberi nyawa dan mampu lagi bernafas di dunia ini sepatutnya begitu takutkan kematian kerana kematian tidak mengira usia.


aku sendiri amal ibadah hanya Tuhan sahaja yang tahu. aku mengaku aku adalah manusia yang sangat sedikit melakukan amal ibadah. sama2 kita memperbaiki kesilapan, menambahkan amal ibadah, meningkatkan ilmu pengetahuan seimbang di dunia dan di akhirat.


sama2 kita saling mengingatkan antara kita supaya kita tidak tergelincir mahupun terpesong ke jalan yang bengkok. dan sama2 kita berdoa agar diri kita keluarga kita saudara mara terdekat kita sahabat handai kita dipanjangkan umur oleh Allah. kita hanya berdoa, Allah yang menentukan segalanya.


al-fatihah kepada saudara maraku yang sudah tiada. semoga roh kalian dicucuri Allah. mudah-mudahan.

5 comments:

Hezesuze said...

mati itu pasti!
al fatihah......amin

Ashiya Mizuki said...

al-fatihah...
tabahkan hatimu farhah...

cik violet said...

hezesuze : yup..mati itu memang sangat pasti...

ashiya : insyaallah ashiya...same2 kita harunginya...=))

aisatti hakim said...

sedih along bace post ni..

cik violet said...

kak long pon sedih aisar..tetibe teringat arwah nina, arwah embah lanang n arwah embah wedok...

al- fatihah

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK