Monday, May 25, 2015

Bagaimana mahu bangkit semula?



Assalamualaikum.


Sambung study straight tanpa henti bukannya mudah.. Selepas degree, continue master.. Dan selepas master, continue peringkat Ph.D tanpa rehat bukan perkara yang mudah..


Awal permulaan, antara delima untuk sambung atau tidak.. Last decision, sambung je dengan zerooo.. Maksud zero, tiada spesifik kajian pon nak buat, proposal pon tiada.. Dalam hati kata positif.. Allah dah bagi jalan untuk permudahkan sambung.. So, dengan hati yang tak berapa ready, sambung jugakkk..


Sekarang, 2015.. Nampak senang je study ni sebenarnya tapi kalau RAJINN.. Dan susah sebenarnya sekiranya MALAS.. Dan sekarang, mood MALAS melanda dan tiada lagi nak berfikiran positif..




Bagaimana untuk bangkit semula? Maksud disini, bagaimana nak dapatkan fokus untuk kembali minat membaca.. Huhu.. Stress sebab tiada fokus.. 


Kepala sukar dah nak berfikir.. Otak sukar nak proses ayat-ayat dalam jurnal.. Hati kata tidak mahu.. Tindakan pula seiring kata hati.. Makanya, otak tidak mampu nak proses sebarang data yang dilihat..


Stuck dalam diri sendiri... Hmmm..



Stop Dreaming Start Doing

Mudahnya ayat ini berkata.. Pelaksanaannya sukar bila jiwa sudah tiada.. Hanya mampu bermimpi tanpa berbuat apa-apa.. Tapi apa boleh buat.. Ini jalan yang sudah dipilih.. Mampu atau tidak, berpatah balik bukan jalannya...


Mungkin satu ketika fokus boleh berlaku bila memegang satu keyword ini sahaja iaitu DISIPLIN.. Sekarang, untuk memegang semula keyword DISIPLIN itu, ia sangat mencabar.. Huhu..









No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK