Saturday, October 5, 2013

Sinopsis MAGIS oleh Ramlee Awang Murshid


Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. 
Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!


 

Mencari masa untuk membeli dan mencari masa untuk membaca.
Masa terlalu cemburu.

Tiada masa untuk pembacaan ringan.
Ingin membaca MAGIS.

 

1 comment:

piqa da bajitos said...

uish
ramlee awang mursyid
baru ke ape
tak nampak kat kdai2 sini pon

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK