Thursday, September 23, 2010

cerita raya I vs sayu

cerita tentang raya. entry lepas aku ada janji untuk cerita raya. masih sempat lagi untuk aku bercerita tentang raya kan kan?. raya 2010 tidak sehangat raya raya sebelum ini. tapi raya raya sebelum ini pon tidaklah sehangat mana. cuma yang hangat sudah semestinya tang duit raya. walaupun umur ni da selayaknya berpangkat emak orang, tapi collection untuk duit raya tetap maintain u. i like dis very very much. ^__________^.


korang macamane?? collection duit raya maintain?? @ semakin berkurang?? @ semakin bertambah?? @ tadaapapa langsung?? hehe. yang tadapapa langsung, jangan bersedih, cuba lagi collect untuk tahun depan ea..


kembali kepada cerita raya, sejak 3 tahun lepas, aku satu family akan beraya di johor dahulu merangkap kampung emak. beraya di johor seagak aku kelihatan suram. aku pon ta tau apa yang tak kena. mungkin sebab sepupu sepapat ramai da berkeluarga, so, masing2 mempunyai sistem giliran balik raya ta macam kehidupan single dulu. macam aku la kan hidup single, so masih milik keluarga dan akan beraya ikut ke mana sahaja keluarga pergi. (bajet anak yang baik nih ;p).


tapi kan raya kali ini ada satu perasaan sebak yang sukar untuk diungkapkan. sangat sebak apabila melihat mereka yang sudah tua dan mempunyai anak anak yang ramai, tapi keberangkalian untuk mereka pulang ke kampung beraya bersama orang tua masing masing adalah sangat tipis.

mengapa mereka yang masih mempunyai ibu bapa, tidak pulang dua atau tiga hari sebelum kita menyambut Syawal.??

kenapa mereka tidak menyediakan persiapan raya, juadah raya bersama orang tua mereka??
kenapa perlu sediakan juadah itu di rumah masing masing dan di bawa pula ke kampung semasa hari raya?

kenapa semasa takbir bergema di malam raya, anak anak itu tiada di sisi ibu bapa mereka yang sudah tua.?


walaupun belom saat aku merasa bagaimana kehidupan tua itu, tapi melihat air muka nyai dan yae (nyai dan yae-panggilan atok nenek di johor), mereka sangat mengharap anak anak itu pulang ke kampung, bersama mereka, membantu mereka, menemani mereka hanya untuk seketika. sering kali terdengar luahan mereka menghitung hari kapan anak anak itu akan pulang. sering kali mereka menunggu dan menjenguk luar untuk melihat sosok tubuh anak-anak mereka. begitu berat sekali bebanan yang ditanggung nyai dan yae sebenarnya. sehari sebelum raya, perasaan semakin memuncak, dan ini lah luahan aku di facebook,

"selagi ada insan bergelar ibu ayah,pulang la dan temani mereka d malam raya kerna jika mereka sudah tiada,kehilangan pasti akan terasa dan hanya mampu sedekahkan yasin & al-fatihah..hargailah mereka sementara mereka masih ada.jangan hanya sesalan menyelubungi diri~"



bukan niat untuk aku mencederakan hati siapa siapa yang berkenaan, tapi sekiranya korang masih ada ibu bapa yang sudah tua dan uzur, jenguklah mereka di kampung. temani mereka sementara mereka masih ada. :)


kembali kepada cerita raya, sesudah menghabiskan selama 4 hari di kampung johor, bergerak pula ke sabak bernam. kampung sabak bernam, sudah tiada atok nenek. di sabak, dua dua atok nenek, dipanggil embah lanang dan embah wedok. begitu kuat kami sebagai orang jawa. embah lanang sudah kembali ke rahmatullah pada tahun 06 manakala embah wedok pada tahun 04..selang dua tahun mereka tinggalkan cucu cucu nya seperti entry ini, ...begitu rindu untuk menyambut 1Syawal di Sabak tapi apekan daya sambutan sekarang tiada yang sama seperti ketika ada embah..
Al-Fatihah...


Now, malas nak bercerita lagi, layankan gamba gamba masa raya ea...Sekian..


KAMPUNG PARIT BENGKOK, JOHOR








KAMPUNG SG TENGAR, SABAK BERNAM








suara bisik-bisik : tapi aku masih bersyukur kerna dikurniakan keluarga besar yang ramai. ramai saudara mara dan ramai sepupu sepapat. Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya. MOhon maaf dan halal untuk segalanya ea...

2 comments:

asnanadiah said...

cik long..sy rindu arwah nenek sy..

cik violet said...

banyakkan sedekah yassin ea nadia ;) saba k...

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK