Tuesday, May 26, 2009

satu berita sangat2 penting untuk budak ukm...

Berita Crew UKM-KINI

Oleh : HALILINTAR

Halilintar mendapat maklumat tentang keselamatan yang begitu merisau mahasiswi, ini berkaitan keselamatan kaum HAWA, terbaru Halilintar telah mendapat maklumat yang sahih tentang kes ROGOL yang berlaku terhadap seorang pelajar perempuan Fakulti Sains dan Kemanusiaan. Ini merupakan kes serius yang telah disembunyikan dan dijadikan seperti silap mata. Kejadian ini sebenarnya begitu memeranjatkan Halilintar, jadi hasil siasatan memang terdapat bukti yang kukuh yang mengesahkan perkara ini.


Kejadian ini berlaku pada musim peperiksaan yang berlalu baru-baru ini, mangsa yang dikenali sebagai Mira (bukan nama sebenarnya) merupakan pelajar yang menginap di KOLEJ IBU ZAIN,pelajar tahun dua. Peristiwa ini berlaku pada malam jumaat ketika musim peperiksaan, semasa mangsa pulang dari fakultinya iaitu FSSK, selepas habis study. Mangsa yang sebelum ini selalu menggunakan jalan biasa ketika pulang ke kolej iaitu menggunakan tangga belakang untuk naik ke KOLEJ IBU ZAIN, menggunakan jalan yang sama untuk pulang. Tetapi pada malam itu lebih kurang jam 11.45 malam, ketika sedang naiki tangga terbabit, tiba-tiba ada seorang lelaki telah menarik mangsa dengan mulut mangsa ditutup. Mangsa tidak dapat membuat apa dan diheret ke semak sebelah tangga, maka berlakulah satu kezaliman yang cukup dahsyat. Akibatnya mangsa telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.


Mira (bukan nama sebenar) telah membuat laporan kepada pihak Wisma Aman tentang kejadian yang berlaku, manakala pihak Wisma Aman telah melaporkan kepada pihak Pentadbiran UKM, maka natijahnya mangsa telah ditawarkan dengan IJAZAH FIRST CLASS @ ANUGERAH DEKAN, tetapi pihak pentadbiran mahu kes ini di ”senyapkan”. Inilah kenyataan yang berlaku, kami KREW UKM-KINI amat rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan itu. Malah ada terdapat maklumat pernah juga berlaku kes-kes sebegini berlaku sebelum ini dan perkara sama yang dilakukan. Beginikah cara untuk menyelesaikan MASALAH INI?


Krew UKM-KINI mahukan penjelasan daripada pihak pentadbiran tentang kes yang berlaku ini. Jika kes ini dipencilkan lagi maka akan ramailah lagi mangsa-mangsa selepas ini, dengan sikap yang tidak bertanggungjawab pihak pentadbiran.. MOHON PENJELASAN....

sumber klik sini http://ukm-kini.blogspot.com/2009/05/ukm-sudah-tidak-selamat-dan-sikap-pihak.html

(betul ke cerita ini?? aku pon xpasti..huhu..yang pasti aku dan kawan2 perempuan yang lain kene lebih berhati2...takutnya..dunia da xselamat :( )

6 comments:

hajar hairi said...

laaa
yeke???
hmm..bahaya nh
sane sini dah x slamat
haish..

~ ♣ NiZaM ♣ ~ said...

kalau dapat ijazah first class.. aku pon nk kena rogol gak lah.. huhuu...

so gurls sana ati2 yerk..

meylor KN said...

isk.ayok paah~bek kau cepat2 kawen ngan dwen.:P

Zayana Glamorgan said...

uiks..
nasib baik aku kat za'ba..
moral of the story..>
malam2 jgn kuar.. haha

Dell said...

memang ngeri kan...
dulu akak blajar d ukm gak..
pernah jgkikut tangga ibu zain tu, memang tangga2 kat bukit2 ukm ni kurang selamat....so kita kena pandai jaga diri..
Teringat pulak kisah kawan2 akak yang pura2 jadi tempang semasa pulang dr belajar di PTSL ke kolej Alumni. Takut dikejar orang..mana tau jikalau org jahat tu nampak macam kurang upaya, hilang kot citarasanya....heheheeeee., lucu pulak bila terkenang citer2 masa study dulu

azuan said...

sebab tue kalu perempuan kena jalan ramai3..baru selamat sikit..ho3

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK