Tuesday, June 3, 2014

Fenomena FAREEDA



Assalamualaikum.


Hairan dan ajaib. Betapa hebatnya kuasa jenama TUDUNG FAREEDA sehinggakan peminat TUDUNG FAREEDA sanggup tidur di luar butik FAREEDA semata-mata untuk mendapatkan koleksi terbaru keluaran FAREEDA.


Masya-Allah, mereka ini sebenarnya SAKIT. SAKIT TAKSUB TERHADAP KEBENDAAN. Sehingga sanggup beratur dari pagi sehingga petang untuk mendapatkan koleksi tersebut.

Photo: 'Fareeda aisya fenomena termasyhur' dibutik fareeda pulau pinang.

Terima kasih, fareeda luv u all!!

Sumber : FAREEDA
Akak ni siap-siap bawak bantal.
(Tepuk dahi)


Photo: 'Fareeda aisya fenomena termasyhur' dibutik fareeda kelantan.

Terima kasih, fareeda luv u all!!

Sumber : FAREEDA
Yang kaum lelaki pon sayang sangat kat bini oii.



Fenomena FAREEDA di butik Bangi, parking waktu siang selalu penuh sehingga ke bahu jalan. Teruknya manusia yang sakit dengan kebendaan nih. Rimas.

Pandangan personal, tak payah lah nak taksub sangat dengan kebendaan. Sampai anak suami pon tak terjaga kat rumah tuuu. 

Tengok tu, bila dah berumah di kaki jalan butik, keadaan sampah yang bersepah menyebabkan persekitaran kotor.

Kang tak pasal-pasal, kaum lain tengok, orang Islam nih pengotor. Aishhh. Tolong jaga imej kalau iye nak berumah disitu. Jagalah persekitaran tuhh..


p/s : Memang tak berkenanlah design tudung Fareeda nih. Love bawal so much. Titik. Walau bagaimanapun, mereka menang dari segi pemasaran. Tahniah Fareeda. Itu memang tidak dapat dinafikan. Titik for second time.







5 comments:

Nao Mei said...

Gara2 tudung isk tak kan sampai cam tu sekali.
Tudung tu bukan nya cantik pun.
Harga pun mahal.huhu

Ezad Skytech said...

apa yang special sangat tudung FAREEDA tu sampai dorang ni sanggup "bertapak" kat situ...pelik bin ajaib...

SyamimiNazifa said...

memang gilalah sambutan -_-

Mas Zull said...

assalamualaikum CV...kalau mama mmg x mampu la nak beli sbb harganya mahal sgt...:)

Azhafizah Md Nor said...

wah hebat betul fareeda ye

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK