Monday, November 22, 2010

Ketangkasan Lin Dan, Kehebatan Lee Chong Wei


Haiya..Memang sebenarnya sudah dijangka emas untuk badminton single lelaki akan jatuh ke tangan si handsome tuh..Aku je yang tak sabar nak sangat tengok keajaiban..Aisshhh...


Memang ternyata Lin Dan bukan calang calang pemain badminton oke..Walaupun dia dapat menguasai game set 1 dan hilang fokus sekejap di set 2, ternyata kebangkitannya dalam set 3 melayakkan Lin Dan merangkul emas seterusnya mengalahkan Lee Chong Wei pada set ketiga dengan mata 21-10..Perbezaan mata yang agak ketara, tapi persembahan Chong Wei di Sukan Asia ini menurut pandangan aku agak memberangsangkan..Sebabnya, dia mampu menundukkan Lin Dan pada game kedua..Cuma game ketiga dia sudah mula hilang keyakinan dan kebanyakan mata yang Lin Dan peroleh adalah daripada kesalahan Chong Wei sendiri...


Lin Dan tidak dinafikan memang expert gilak di bahagian net..Aku cukup kagum dengan kehebatanya dan ketangkasannya..Chong Wei pon tak kurang hebatnya..Cuma mungkin dia perlu mempositifkan diri dan menambahkan keyakinan diri untuk tidak mudah give up..Cayalah Chong Wei, walaupun hanya perak di tangan, dia mampu menangkis serangan daripada Lin Dan..Perlawanan hampir satu setengah jam menunjukkan betapa hebatnya mereka berdua..


Suara Bisik Bisik : Owh Lin Dan, boleh tak saya jadi mentee awk? Haha..

opss..apekah motip gamba ini? Lin Dan kiri, Violet kanan..Ha ha..
Kuat betol berangan ^^

4 comments:

Anonymous said...

huhu frust jugak datuk tak menang, tapi nak wat mcm mana, dah tak da rezeki malaysia nak dapat pingat emas utk badminton.. harap2 lepas ni masih ada peluang emas lagi untuk malaysia.. :)

Ashiya Mizuki said...

perasan gilerk dak ni...xpayahlah law setakat lin dan..buang karen jerklh..

kahkahkahkah

cik violet said...

queen f : tau xpe...malaysia xde rejki..sedih..tp xpela..next time mngkn ad kot..;)

cik violet said...

ashiya ; ala..jgnla jelesh shbt..muahahaha

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK