Tuesday, May 31, 2011

Kasih yang Suci

Melayan mood Kasih yang Suci..
Wahhh..

Hati berbunga-bunga..
Seth romantikk..

Auwww..
Haha..

Sementara tunggu Nora Elena pukul 7 update blog sekejap ;)




Monday, May 30, 2011

Sotong Masak Sambal



Da jadi suri rumah sepenuh masa nih , haruslah rajin ke dapur kan..Walaupun memang tak bape nak rajin , memang akan merajinkan diri la..Hari ini menu lain sikit sebabnya da puas bape minggu dok makan bergoreng dengan sayur bening je..Sotong masak sambal ni dulu aku pernah cuba sekali.. Tapi sayang rupanya sambal tu tak bape masak..Tak bape masak pon habis licin semangkuk dan tak de sapa yang sakit perut..Haha..


Ni kali kedua aku try masak sambal..Aku pon tak sure la masak ke tidak kan..Tapi dari segi warna nampak macam da masak..Dari segi rasa aku tak tau..Korang rasa agak2 masak tak ? Berani tak cuba masakan aku ? Sanggup tak kalau tersakit perut..Hehe..


Da la..Malas nak bebel panjang..Nengok la hasil masakan aku..Comot skit ah mangkuk tu..Comot tak pe janji rasa sedap n betol2 masak..Tapi sedap ke ? Jom la rasa dulu .. Hehe..



Sotong Masak Sambal
by cik vc


Tahniah Salma Mentor 5 !


Sumber [HERE]

**********************

Tahniah kepada Salma kerana berjaya merangkul gelaran juara bagi Mentor musim 5.
Kemenangan anda sudah dijangka ;)


Good luck !

Sunday, May 29, 2011

Musim..Musim mereka berpasangan

 Nanaemi Nurani


Cuti sekolah
Ramai yang berebut
Untuk memiliki tarikh
Supaya mereka berjaya menakluk kekasih hati

Tidak terkecuali pada mereka
Yang sedang berumur
Dewasa muda

Tahniah
Pada mereka
Yang berjaya dengan sekali lafaz
Juga
Pada mereka
Yang berjaya dengan dua kali lafaz
Tidak terkecuali pada mereka
Yang berjaya dengan sempurna tiga kali lafaz

Tahniah
Mereka bergembira
Mereka berbahagia
Mereka kekal selamanya
Itu doaku buat kalian

Semusim ini
Berlarutan tuk beberapa minggu
Dipenuhi perut
Dengan sepinggan nasi minyak
Dapur tidak berasap
Demi memeriahkan hari bahagia mereka

Diriku
Buat masa ini
Hanya memenuhi undangan
Belum sampai seru untuk mengundang
Tunggu tiba sampainya waktu
Hariku pasti menjelma
Menunggu sang putera memiliki hati
Tapi perjalanan itu terlalu jauh

*******************************



Friday, May 27, 2011

[Pembetulan] Gila dengan Ahmad Seth Tan , Gila dengan Nora Elena

Haha..Dalam entry Gila dengan Ahmad Seth Tan , Gila dengan Nora Elena tu aku ada citer pasal amir yang rosakkan Nora Elena..Tapi bukan da sebenarnya ..Haha..Sebenarnya Seth..Tapi betol ke Seth ? Kenapa Seth rosakkan dia dulu..Menjadi pertanyaan aku..So, sama sama la kita tengok nora elena tiap hari isnin hingga khamis ea..hehe..



*****************************
Semalam carik novel Kasih yang Suci kat popular Bukit Tinggi tapi tak da..Agak kecewa la kat situ..Huhu..

Kasih-yang-suci

Disebabkan kecewa la kononnya aku rembat novel Siti Rosmizah..Tebal gilak kot..Harga pon tebal..Poket pon da pokai..Non-shopping lepas nih..Huhu..














p/s : Mood bernovel la..

Thursday, May 26, 2011

Gila dengan Ahmad Seth Tan , Gila dengan Nora Elena !

Hola malammmm..
Mood tengah kacauu..Tengah naik giler dengan drama kat tb oiiii..

Gilak sama itu Ahmad Seth Tan .. Gilak sama itu Nora Elena .. Nama cun deyhhh .. Bole letak kat nama anak nih.. HAHA .. Aku da cop dulu .. Korang jangan nak amek pulak ea .. Hehe ...



Nora Elena
Nama kau gila unik
Nora , kau kene kuat..
Sekali dia ludah kau , baik kau amek madu yang tunggu kau sepuluh tahun..
Sepuluh tahun tuh
Kalau aku da memang terharu
Langkah kau mendengar kata family langkah yang baik
Suka kau
Emosi kau
Jiwa kau

Seakan aku .. Ececece ..;p


Ahmad Seth Tan
Aku ingat panggilan je SETAN
Rupa memang da nama Seth Tan
Lagi sedap nama ATAN
Kau , atan..
Teruskan menyintai Nora Elena
Usaha tambatkan hatinya
Turunkan egonya
Aku sokong kau
Sabar sabar jugak
Tegas sikit beb..
Haha
Cair tengok watak kau..
Hehe


Eid (Idham)
Aku suka watak macho dalam drama nih
Tapi kawal sikit ego kau
Tinggi la..
Cukup pantang tengok ego laki yang tinggi nak mamposs
Haha
Upsss..Kaum lelaki jangan marah plak ;p
Eid , tau kau da menyesal
Kesian plak aku tengok
Tapi tu la bak kata kau
"Sekali ko da ludah , kau tak kan jilat balik kan"
Terbaik ahh kata kau
Kata orang ego
Sekali da menyesal
Jiwa raga terseksa
Padahal wanita itu pernah menggembirakan kau suatu masa dulu kan
So , beware your words..
Haha



Yvonne
Kau cantik
Kau seksi
Tapi kau mengharapkan sebuah cinta daripada seorang lelaki kan
Nasib kau tak sebaik Nora
Ruang hati jejaka itu bukan untuk kau
Untuk orang lain
Nampak kau belom agresif dalam cerita nih
Tapi kau mesti ada muslihat kan
Bak kata kau
"Kalau semua ini terjadi pada diri aku , aku akan stay , tak kan pergi jauh , berjuang untuk mendapatkan hak"
Lebih kurang macam tu lah dialognya..
Aku tak ingat
Kau jugak kawan yang baik
Walau kau suka dia
Tapi kau masih boleh kawal diri kau
Boleh lagi bagi nasihat


Amir
Suatu masa kau pernah rosakkan dia
Kau kembali
Dia tak tenang
Dendam dia terhadap kau masih bara
Kau , Amir
Memang nampak gengster
Style bro
Selalu tanya pasal Nora
Kau ada hati lagi ke kat dia ?
Jangan bro
Biarlah dia bahagia
HAHA

*****************************

Cerita yang akan aku follow
Suka semua watak dalam cerita nih
Emosi memang mengganggu malam aku
Bila mood sudah agak gila gila mereng , macam ni lah

Lame jugak tak rase gila dengan drama melayu nih
Haha
Jangan ingat drama melayu tak berkualiti
Cuma tak da kesempatan nak tengok
Nak nak NUR KASIH THE MOVIE
Esok KARAK
Ada Shahir kot
HEHE..

*********

Layan lagu ni mengisi malam malam aku


Tacinkk ahh..


Tuesday, May 24, 2011

Cuti semester tanam anggur..

Salam..
Sekian lama tak berblog..

Coti 4 bulan..
Tanam angggur..
Ternak lemak..

Cari keje ?
Tak tercari-cari..
Niat di hati nak jadi cikgu kat pusat tusyen..
Tapi belom survey
Tengokla dulu ikot kerajinan..

Proposal ?
Bila pikirkannya..
Kepala teros jadi berat..
Hati meronta-ronta..
Satu apa tak sentuh lagi..
Harapnya coti 4 bulan ni..
Proposal mampu disiapkan..
dan tesis boleh siap sampai bab 3, METOD..

Tu semua harapan..
Semoga aku kuat tempoh 1 sem lagi..
Penentu hidup aku dapat keluar sebagai graduan SARJANA atau tidak..
Do da best tuan punya belog CORETAN HATI..

Blogger , please do pray for me ..
Terima Kasih..


p/s ; meneruskan misi jadi suri rumah berjaya dalam perniagaan tanam anggur ;p 



*aku adalah aku*

Saturday, May 14, 2011

Awak , pergilah !!

Awak
Kita penatla
Nak tunggu

Awak
Kita penatla
Nak menanti

Setiap saat
Seksa

Setiap detik
Menghancurkan

Awak
Tolonglah
Jangan bagi harapan palsu

Awak
Kita penatla
Nak ada perasaan ni
Sakit

Awak
Tolonglah lenyap terus dalam hati saya
Pergila awak sejauh mungkin

Awak
Hilangkan rasa rindu nih
Penat

Awak
Kita malas nak piki da ea
Kita semua da matang kan
Baik kita fokus masa depan

Awak
Kita tahu awak da bahagia dengan kehidupan awak
Rindu tengok senyuman awak
Tapi kita da tak boleh buat apa-apa

Awak
Ada kehidupan sendiri
Kita tak boleh nak campur
Bialah kita tengok awak bahagia
Hati kita akan rasa bahagia walaupun sakit

Awak
Senyum selalu ea
Jangan toleh belakang untuk cari kita lagi
Kita akan buang rasa rindu nih..

Awak
Walau sukar nak buang
Kita cuba



bila rasa something aku suka dengar lagu nih




mood : separa mereng 
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK