Friday, August 27, 2010

Aliah Omar

Semalam, aku dikejutkan dengan satu berita mengenai seorang rakan, Aliah Omar telah dimasukkan ke ICU akibat jangkitan paru2..Kini, rakanku itu mengalami kegagalan paru2 berfungsi akibat daripada jangkitan tersebut dan kritikal..(jam 2246 26Ogos 2010)

Kini, jam 1506, berita diterima mengatakan Aliah sedang koma..

Ya Allah..
Dugaan apa yang Kau turunkan kepada rakanku itu..

Ya Allah..
Aku mohon padaMu..
Panjangkanlah umur Aliah..
Kembali kan Aliah sehat seperti biasa..
Aku mohon padaMu..
Berikan kekuatan pada Aliah untuk kembali cergas..

Ya Allah...
Makbulkan doa ku ini..



-Aliah berbaju kurung hitam-



**entry dipos selepas selesai membaca yasin, semoga blogger yang terbaca entry ini, sama2 doakan rakan saya ea..pliz..pliz..pliz...pliz..pray the best for her.......

Wednesday, August 25, 2010

bulan sinar berkerlipan bintang


Sesiapa yang sedang merindui seseorang yang istimewa, jenguklah ke langit, pandanglah sinaran bulan purnama bersama kerlipan bintang-bintang, mungkin orang yang kamu rindui itu sedang merindui kamu jugak!!~~


-from my FB status-


------------------------------------------------------------------

bulan malam ini sungguh indah
mempersona setiap orang yang memandangnya
itulah tanda kehebatan kekuasaanNya
tiada siapa yang mampu menandingiNya

Ya Tuhan
terima kasih di atas kurniaanMu
kerna masih diberi sehembus nafas pinjamanMu
menikmati kurniaan ini
ku bersyukur padaMu
semoga Ramadhan ini memberi keberkatan padaku

-------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 24, 2010

sedak makan kerepek lemau

salam pagi live dari kdo..
kdo merangkap kolej aku kini...
nama penuh kdo nih, kolej dato onn..
ha, sedap kan nama kolej nih..
sedap ke??
tersedak aku..;p
(mati lau orang pejabat tau nih!!)


bicara pagi..
hari ke empat belas puasa..
14, oke??
baru pas kira tadi..
macam xpercaya..
sekejapnya..
pas tu raya sudah..
setakat nih, Alhamdulillah..
lengkap 14 hari aku puasa..
jgn jelesh kaum girls yang lain...lalalala~~~ :)


entry lepas, rasa sedu-sedu je..
tapi...
entry kali ni untuk melepaskan nada buhsan yang sudah sampai ke paras kritikal..
mana bisa aku dapat menghabiskan artikel etika nih setiap minggu..
kalau setakat 1 artikel, bole la aku fokus..
tapi, sampai 3, 4 artikel yang page nye berjela-jela panjang..
memang dengkur la baca benda2 nih..!!
sudahnya, kelas etika nih sangat memerlukan pemikiran yang kreatif..
sangat sangat sangat kreatif...
otak aku ni plak selalu semput2 je nak pikir..
apetah lagi nak piki yang kreatif2 nih..
lemau macam kepek lemau...



SUARA BISIK-BISIK ::
wa malas belajar..
lau wa malas belajar..
wa nak jadi ape..
lom tentu company besau kat lua tu nak amek wa jadi pekerja..
wa kan malas, konpem2 wa kene reject...
waaaaaaaaaaaa~~~~~

Friday, August 20, 2010

rasa nak menangis

rasa nak menangis, bole x?

puasa sepuluh


entry hari jumaat..
sudah tiba Ramadhan ke 10..
bermakna sudah hampir 10 hari kita menahan diri daripada makan, minum di siang hari..
dan Alhamdulillah, hampir cukup 10 hari lengkap aku berpuasa..

bulan Ramadhan ku dipenuhi dengan tugasan2 yang kian berlambaknya..
hampir termuntah hijau sudah..

untuk 1 subjek, ada sampai 2,3 tugasan..
nasib berkumpulan..

sebelum raya, 2 exam menanti...
ekologi+ekonomi..

untuk subjek ekonomi, ada 2 senior yang repeat..
mudah2an untuk sem akan datang aku tidak akan berjumpa junior dalam kelas ekonomi..
huhu..

ekonomi, 1 subjek yang sangat baru untuk budak sains macam aku..
susah mulanya nak tangkap apa sebenarnya asas ekonomi nih..
tapi, Alhamdulillah..masuk minggu ke 6 ni, rasanya sudah dapat tangkap bait-bait mahupun istilah ekonomi yang digunakan..

oke, nak chow dulu..
ada date dengan asiment..:)


suara bisik-bisik : kadang tuh rasa nak quit master..tapi......


Friday, August 13, 2010

Convocation Day [Pure Chemistry]

tiada lagi yang dapat ku luahkan selain memberikan skrol degree ni untuk my parent..
dan juga untuk semangat adek-adek yang masing berada d uitm jengka dan arau..

terima kasih sebab tak henti-henti support along..
terima kasih sebab selalu risau along tak cukup duit, takut tak makan...
terima kasih sebab segala nasihat...
ini sahajalah yang mampu along berikan setakat ini..
dan akan memberi yang lagi baik dalam tempoh dua tahun ni dengan pengajian sebagai pelajar siswazah aka master student...
doakan anakmu ini ea..


detik-detik kegembiraan selama pengajian tiga tahun di UKM : -

**********************************************************
















Thursday, August 12, 2010

sayang


saya sayang kawan2 saya..
saya xsanggup untuk kehilangan kawan2 saya..

kawan2 saya yang terbaca post ini, ketahuilah saya amat sayangi kalian..
saya xsanggup nak kehilangan kalian..

saya ada sahabat..
saya memang xsanggup kehilangan dia..
dia kekuatan saya di sini..
tapi, kenapa saya bagaikan kehilangan dia..
kenapa dia seperti menjauhi saya..
saya tahu saya tidak la sempurna untuk menjadi sahabat yang sempurna dan terbaik..
tapi, saya akan cuba untuk jadi sesempurna seperti mana sahabat saya mahu..

sahabat,
saya sangat sayangkan kamu..

sahabat,
saya amat perlukan kamu..

sahabat,
dengan persahabatan nih, jangan lah menjauhi saya..

sahabat,
sekiranya saya ada salah silap yang menyakiti dirimu,
berterus terang la dengan saya,
saya rela dimarahi daripada menghadapi suasana diam begini,

sahabat,
serius, saya tidak tahu bagaimana nak menghadapi keadaan yang tidak mesra ini,







arrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, August 8, 2010

200

entry lepas rupanya entry ke 200..

entry kali nih entry ke 201..

banyak rupanya sudah aku luah dekat blog nih..bukan setakat luahan, lebih banyak membebel dan merepek..

kali nih aku bertekad, aku xnak ada perasaan nak marah2 orang n aku jugak kalau boleh da xnak kene marah..

aku paling xsuka kene marah, oke?

dan aku juga akan berusaha untuk kurangkan amarah aku..

i will try!! support me, truly friend!!

Saturday, August 7, 2010

heart

Hati sendiri susah untuk difahami

Apetah lagi

Hati orang lain yang pelbagai macam ragam

Kalau lah diberi keistimewaan untuk membaca isi hati orang lain..

hurmmm~~






bisik-bisik malam - saya bakal konvo 10hb, kepada bloggers y free gler time 2 sila menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen UKM pada hari tersebut ea :))
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK