Tuesday, October 22, 2013

Berkonvo setahun


Hangat berkonvo di semua universiti.
Meriahnya setahun yang dulu masih bersemadi.
Tidak lupa jua cerita itu seakan mengiringi.
Mengapakah penulisan ini seperti begini.


Setahun.
Yee. Begitu mudah setahun yang lepas pergi begitu sahaja.
Rindunya kepada setahun dan mereka.




Genap.
Pada tarikh ini.
Kita gembira tanpa endah orang disisi.
Sekumpulan kita.
Yakni kita.




Warna.
Melambangkan picisan ingatan.




Sedih gembira marah pahit suka.
Untungnya di pengakhiran.
Seukir senyuman.
Jujur.



Satu kisah.
Lima rasa.
Jarak menjauhkan.
Hati mendekatkan.
Lukisan tanpa gerak menjadi penawar.
Ikatan malu untuk lenyap.



"Masihkah kau rasa seperti aku rasa?"
"Aku yang sekarang masih yang dulu"



Maaf.
Sekiranya pernah menyakiti.

Maaf.
Sekiranya pernah menyelindung.

Maaf.
Sekiranya tidak bercerita.

Maaf.
Sepanjang kau mengenali aku.






p/s : Almost 3 and half years kita berkawan. Angka itu sebagai tanda?

















Monday, October 21, 2013

Fall in love with ...



Hey you.
I'm falling in love with youuuuu...

 



Jatuh cinta banyak kaedahnya.
Bukanlah jatuh cinta sesama manusia sahaja.

Jatuh cinta pada objek pon boleh kan?
Tapi tak adalah over.

Cuma rasa jugak fall in love tuuu..
So, tak salah jugak.

Sekiranya kita fall in love with the food.
Hehe..

Dah jatuh cinta sama kamu, serunding.
Demnn.
Why u shedap sangat?
 


Sejak beraya haji hari tu.
Hampir sebekas kita saja yang makan serunding ni. -__-

Maaf, terlalu sedap dalam proses mengunyah.
Kene simpan stok nih.

Boleh exercise muluttt ;p

K. Bye...









 




Egoistik


Dulu
Kita bermain ting ting
Galah panjang
Tak tinggal juga kosong kosong lubang tikus

Tipu
Bunga tutup bunga kembang
Datanglah seorang puteri
Menari-nari
Tak lekang setiap petang

Kini
Semua tu mampu dicoretkan dalam bentuk penulisan
Yang jarangnya dulu hayati semua keindahan
Sibuk sibuk apa yang sudah berlaku tak perlu diingatkan

Kini
Juga
Sedikit olahan
Menjadi kiasan
Kiambangnya tidak seindah lukisan

Palsu
Jarang manusia jujur sepenuhnya
Jarang juga manusia sempurna dimensinya
Jarang juga menjumpai manusia benar tutur bicaranya

Egoistik
Pancarlah hati manusia
Mereka memilikinya






Nukilan,
CikViolet
20102013
0200

Sunday, October 20, 2013

Suasana Ahad





Assalamualaikum.
Ahad already and why you are going so fast, time?
I'm not ready to see you November.
Because, every year, I'm in love with you, October.
Heh!.


Trying hard to enjoy this weekend but not fully enjoy.
Seems like everyday is everyday.
Don't have any weekend.
Ada maksud enjoy ke sekarang bila hati kat tempat lain?


In fact, when you are dating with your girlfriends.
You can smile physically.
But, only one thing still on your mind.
Selagi ia tidak habis.
Selagi ia rasa menghantui.
Seperti bayang-bayang mengekor diri sendiri.






If I wish.
But it is impossible.
If I wish.
Everyday you are here.
Still impossible.
If I wish everyday is Sunday.
Nak kene lempang?





Malam ni lebih terasanyeeeeee.
Entah macamana nak buangnyeeeee.
Still don't know.




Hard to feel what i'm try to do now.
Half half dah nih.
Belah bagi.



Orang kata, cuba suka segala apa yang kita tak suka.
Nak tak nak, kau dah masuk dalam part yang sebenarnya kau tak suka.
Dulu kata boleh.
Kenapa sekarang macam give up?




Jawapan :



I'm stuck on that situationnnnn!







But.






This is my future.





Believe.





Kayuh perlahan-lahan again -___-













Happy bila buat aktiviti.
Ni yang rasa nak plan something nih.
Girlfriends semua dah menjauhhh.
Broga, mendengar hati ini berbisik?





Away from keyboard.
Bye.





p/s : ignore my terabur English.
Bye again. 






20102013



Angka itu sebagai tanda
Tanda menjadi pelbagai cerita
Cerita yang tiada pernah sampai ke titik punca
Kejar cita-cita sebelum cinta


Cita-cita yang tidak juga kunjung tiba
Cinta bukanlah juga khabar dari rupa
Apa yang sebenarnya nak cuba untuk dicerita
Entahlah juga tiada merasa apa-apa


Bunyi cengkerik tak seindah bentuknya
Indah lagi bunyi bunyian bunga api di angkasa
Bukanlah mengharap apa-apa sebenanrnya
Tetapi disebaliknya pengharapan tiada menjadi sia-sia


Mungkin sendiri punca segala
Mungkin juga bukan bersendiri kaedahnya
Tiadalah apa melainkan dia
Siapakah dia pemusnah rasa


Okober bulan cinta katanya
Tiadalah sangka cinta yang dicipta
Mungkin juga penuh dengan cereka
Mungkin juga khayalan semata-mata
Indahnya fantasi tanpa realiti dunia






Nukilan,
CikViolet
20102013
a.m



















Saturday, October 19, 2013

Apa itu double stemcell?


Assalamualaikum.

Gigih juga mencari ni..

Apa sebenarnya double stemcell ni?

Semua dok meriah je kat alam maya nih.

Lepas tu katanya boleh jana income sehingga beriban-riban.

Biar betul?

Sebelum itu, kita kene lah tahu apa sebenarnya double stemcell nih..


*******************


Double Stem Cell adalah hasil teknologi PhytoCellTec Malus Domestica, iaitu berasaskan sel stem tumbuhan untuk perlindungan dan pembaharuan sel stem manusia. Tujuan utama adalah untuk membantu sistem sel tubuh agar berupaya meningkatkan aktiviti pembaharuan atau penghasilan semula menggantikan sel tubuh yang telah rosak akibat kecederaan dan faktor usia.


Picture


Apa khasiat sebenar double stemcell ni sampai hangat ni?

  • Anti-oksida yang mampu mencegah penyakit kanser. Menghalang sel dalam badan dari mengalami kerosakan dan mencegah bahan radikal bebas yang merbahaya.
  • Berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi. Mengandungi bahan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
  • Sel Stem buah mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan di samping menggalakkan penghasilan sel baru. Berupaya melambatkan proses penuaan.
  • Mengandungi sel tisu Malus PhytoCellTec Domestica pada sel stem pokoknya untuk membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).
  • Bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan.
  • Mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat serta penghasilan kolagen secara semulajadi
  • Berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar di samping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.
  • Menjadikan kulit lebih lembut, tegang dan sihat dari dalam. 

Tapi, apa kandungan dalam double stemcell nih?

PHYTOCELL DOUBLE Stemcell™ adalah kombinasi terkini Swiss PhytoCellTec™ MalusDomestica (Sel Stem Epal) dengan  teknologi Swiss PhytoCell™ Solar Vitis (Sel Stem Anggur). diperkaya dengan Acaiberry dan blueberry untuk menyuburkan kulit anda dari dalam serta memberikan hasil yang ketara.

Produk DOUBLE Stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalani aktiviti harian. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan ea.




1. Sel Stem Epal

Uttwiler Spatlauber adalah nama pokok epal dari Switzerland yang ditanam sejak kurun ke 18 mempunyai keupayaan untuk menyembuhkan diri sendiri dan bertahan lebih lama daripada jenis-jenis lain, pokok epal ini hampir pupus kerana buahnya yang masam dan kurang diminati. Satu pasukan sains di Mibelle Biochemistry membuktikan bahawa dengan tahap kepekatan 0.1% daripada PhytoCellTec™ dapat memberi inspirasi kepada banyak sel-sel stem manusia yang menakjubkan sehingga 80% adalah formula rahsia yang kaya dan terkenal.

Epal ini tidak sama seperti yang terdapat di pasaraya atau kedai-kedai, ia mengandungi antioksidan yang tinggi, jika buah epal ini jatuh ke tanah, ia tidak akan kecut atau busuk untuk jangkamasa 4 hingga 6 bulan dan juga jika pokok atau buahnya tercedera, ia akan pulih dengan cepat. Antara mereka yang telah menggunakan teknologi Sel Stem Epal dalam penjagaan kesihatan mereka seperti Michelle Obama, Jennifer Lopez dan Helen Mirren.


2. Sel Stem Anggur

Stem Cell daripada anggur Gamay Teniturier Freaux. Gamay ialah  sejenis anggur dari daerah Burgundy, Perancis. Ia Mengandungi kandungan antioksidan yang sangat berkesan dan merupakan penyingkir radikal bebas untuk perlindungan UV. Ia merangsangkan pembaruan yang berterusan dan memperbaiki kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit menjadikannya lembut dan gebu. 

Aktiviti sel stem kulit adalah faktor utama dalam memastikan tenaga dan kapasiti penjanaan semula kulit. Solar Vitis kedua-dua melindungi dan mengekalkan aktiviti sel stem epidermis - walaupun dalam kes-kes tekanan yang disebabkan oleh UV.


3. Acaiberi

Dianggap sebagai beri kecantikan dari Amazon. Acai adalah padat dengan sebatian yang membuat badan terasa dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding dengan kebanyakan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan ginkgo dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan, beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega, asid amino, mineral semulajadi serta Vitamin A, B1 dan E.

Dari sudut pandangan kesihatan, kelebihan Acai adalah amat mengkagumkan, antaranya:
  • Berat badan - meningkatkan metabolism dan menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang banyak. 
  • Tenaga yang berpanjangan - berehat dengan lebih baik, bangun dengan lebih segar. 
  • Melancarkan peredaran darah, tumpuan dan ingatan - boleh meningkatkan peredaran darah ke otak supaya mampu beroperasi dengan lebih berkesan di samping meningkatkan daya ingatan dan kejelasan mental. 
  • Kulit yang lebih berseri - sebatian yang unik dan antioksidan menjadikan kulit dengan lebih muda dan segar. Merendahkan kolesterol, menguatkan jantung.



4. Buah Blueberi

Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk anti penuaan, kencing manis, keletihan mata, menengangkan serviks/ payu dara, perlindungan sistem jantung, peningkatan selera makan, peningkatan daya ingatan, menyokong saluran darah, mengelak daripada jangkitan saluran air kencing dan juga pengurangan kolestrol dalam badan.

Buah yang tumbuh dimusim panas di Amerika Utara ini tumbuh secara liar seperti semak samun tetapi banyak sekali khasiat yang terkandung didalamnya. Selain buahnya, daun dan akar juga amat berkhasiat untuk kesihatan manusia. Banyak dihasilkan dalam bentuk serbuk teh!







Eh, banyak khasiat rupanya double stemcell nih! Kenapa lambat tahuu? -__-

Tapi, berapa harganyaaaa?


Ikutkan harga pasaran : RM 250 1 pek.
Disebabkan riuh dengan harga promosi : RM 270 2 pek.


Itu pasal kecoh jugak pasal double stemcell nih.
Mana taknya, korang boleh untung dengan RM 115 sepeket sekiranya beli dengan harga promosi.



Sila terjah double stemcell sekarang!


K. byeee
:)







Friday, October 18, 2013

Wedges Denim


Update update update
Godek godek
Terjumpa ini

 

Belum pernah beli wedges secara online.
Tak berani sebenarnya.

Sebab wedges ni bila kita tak cuba, takut gak rasa tak selesa.
Tak kan nak main beli je.

Kalau tak selesa, rugilaaaaa.
Walaupun saiz tak sebesar mana.
Yang penting ia selesa untuk dipakai.


Design denim tuuuu.
Alamak, sweet plakkk..
Huhu..


Kalau korang dah minat tu, grab kat Crakiegg.



 

Corak wedges ni boleh tahan cantikk..
Tapi macam bisa je kat kulit.
Nampak keras..



Kesimpulannya, aku pilih yang denim tu..
Walaupun tak membelinya.. 
Hehe...


Byeee...


 

Gambar perkahwinan Fouziah Gous dan Zhafran

 


 


Bila tengok tengok balik, konsep outdoor dorang macam Awal dan Scha la..

Tapi Awal dan Scha menggunakan konsep ini dalam pre-wedding..



 Ha, same kan..
Pakaian seragam pilot dan berkebaya..


Tapi, biaq pi la konsep dorang yang sama..
Janji dorang sudah bahagia..

Hehe..



Salam Jumaat.



 

Monday, October 14, 2013

Baby


Oh my baby youuu.
Why u have a lot of problem.

Why u can't connected with the wireless all the time.
Why baby why.

Im stuck for a week.
Its all about you.

Deng.
Please be nice with me my baby asus.

I need youuu.
For a long journey. 
For a lonely journey. 


Pleaseeeee...
Jangan carikkk pasal seru tanda.




Saturday, October 12, 2013

Sabtu


Assalamualaikum.


Hari ini hari sabtu.
Masa untuk merapu.
Sesekali lap debu blog dengan penyapu.
Supaya bersih, terurus dan tidak jemu.


Hari ini bercuti sempena raya haji.
Cuti tidaklah lama tapi cukup merehatkan diri.
Bukan senang cuti lama begini.
Boss aprrove sahaja cuti mula suka hati.


Berdiskusi dengan seorang berpangkat kakak.
Kisahnya mengenai seseorang yang kuat membodek.
Bukanlah nak mengata atau mengutuk.
Tetapi cara orang kuat bodek seperti menjengkelkan dan yerkkkk.


Kisah cerita kisah kebelakang dia.
Tiada ku sangka dia begitu orangnya.
Nampak cool tetapi jiwa gila-gila.
Pernah mengusha pakwe dihadapannya.


Upss.
Segala cerita tiadalah jua yang benarnya.
Sikit sikit perisa ditambah agar sedap jalan ceritanya.
Mohon maaf kiranya ada yang terasa.
Semoga raya haji kali ini lebih bermakna buat semua pembaca. ^__^


Tiadalah idea mahu menulis kata.
Cukupla disini coretan mengada.
Esok esok kita kupas sebuah cerita.
Cerita kita bagaimana bersama.


Eh. Sudah sudahla berpantun bagai.
Esok kita macam nak grab baju selai.
Walaupun sudah berhelai helai dalam lemari.
Bilanya nak berhenti ni?


CikViolet
1623
121013






Sunday, October 6, 2013

Oktober 2013

Assalamualaikum..

Here we go. This is my first task updating blog via my baby note.

Excited pula.. Hehe..

Hey you, its October already. Where is the preparation. Still macam tak nampak kan?

Tak ape. Banyak masa lagi walaupun masa sudah terlalu banyak tinggal ke belakang. Haruskah kita mengutipnya semula?

Oh. Itu tidak perlu. Masa yang sebelum ini disia-siakan, just forget about it.

Ada yang mungkin terlalu diselubungi bayang-bayang lalu. Mengapa masih tersekat disitu? Keluarlah mencari sinar harapan baru.

Ini sudah Oktober 2013. Wow. Apa yang sudah kita capai sepanjang 10 bulan pada tahun ini?

For me, this year gives a lot of knowledge and challenge. Perlahan-lahan belajar untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak.

Perlahan-lahan juga mengasah bercakap dihadapan orang ramai walaupun ketaq lutut sebenarnya. Perlahan-lahan atasi benda atau situasi yang kita paling takut. Huhu.

This time is the process how to learnt before you are tomorrow.

I still can't believe what I'm doing.

Masih terasa tidak layak walaupun yakin dengan diri sendiri.

Pray hard for me because it is not easy to stand alone.

That's why I need you.



Semoga tabah.
CV
2333
061013

Si Tanggang Moden


Assalamualaikum..

Selama ni macam sudah kekeringan idea untuk berkongsi di blog. Muncul pula satu topik yang menarik hati. Alkisah mengenai Si Tanggang Moden.. Mahu berkongsi tetapi ianya tiada kene mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.. Hanya sekadar perkongsian dan mengambil sedikit pengajaran atas isi ilmu ini kerana kita masih mempunyai satu galas di bahu iaitu tanggungjawab sebagai anak.




8 anak hantar ke rumah kebajikan.. LAPAN ANAK!. Antara daripada 8 orang anak ini, tiada seorang pon yang mampu menjaga seorang ayah ini sehingga tergamak mereka menghantar ke rumah kebajikan? Dimana rasa tanggungjawab dan keprihatinan mereka terhadap seorang ayah yang pernah bekerja kuat demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya seramai 8 orang? Tiada sedikit belas kasihan ke terhadap seorang ayah yang membawa kita ke dunia ini?


Begitu benarlah perumpamaan "Ibu bapa boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak itu belum tentu akan dapat menjaga ibu bapa mereka seperti mana ibu bapa menjaga mereka ketika mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri"...


Secara rasionalnya, walaupun mereka iaitu anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan disebabkan oleh kekangan masa untuk menjaga disebabkan faktor bekerja, apa salahnya menjenguk ibu bapa tersebut. Walaupun tidak secara kerap, tetapi berilah ruang masa untuk menjenguk kerana orang tua ini bukan mengharapkan duit bulanan. Mereka memerlukan perhatian dan belaian dari seorang anak. Orang tua tersebut akan terus menunggu, menunggu dan terus menunggu ketibaan anak-anaknya apetah lagi anak yang disayangi.


Apa yang berlaku kepada si anak mungkin boleh dikategorikan sebagai Si Tanggang Moden. Kenapa ea Si Tanggang Moden? Berikut merupakan salah satu ciri-ciri tersebut :
  • Enggan menjaga ibu bapa yang menghadapi masalah fizikal dan mental.
  • Membalas dendam kerana sikap dan sejarah lampau ibu bapa.
  • Enggan menjaga ibu bapa kerana mempunyai tanggungjawab yang ramai.
  • Memaksa ibu bapa menukarkan nama harta kepada namanya.
  • Merajuk kerana tidak sependapat dengan ibu bapa sehingga mengabaikan mereka.
  • Bertindak kasar seperti menengking, menampar, mengugut dengan senjata atau membunuh.
  • Tidak memberikan wang, makanan dan perlindungan kepada mereka.
  • Meninggalkan ibu bapa sendirian dan tidak menjaga kebajikan mereka.
  • Tidak menjenguk ibu bapa.
  • Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua.
  • Tidak menjaga hati dan perasaan ibu bapa. 


Kalau diikutkan terlalu banyak kes mengenai Si Tanggang Moden secara tidak langsung. Kebanyakan mereka lebih gemar melepaskan tanggungjawab. Mereka berpendapat mereka punya ramai lagi tanggungjawab untuk diuruskan dan sanggup mengabaikan kebajikan ibu bapa sendiri. Si anak mungkin tidak memahami perasaan sebenar ibu bapa kerana kalau menjenguk pon secara sekejap-sekejap. 


Ibu bapa atau orang tua yang kerap ditinggalkan anak-anak atau ada yang langsung tidak datang menjenguk, sebenanrnya menghidap SINDROM EMPTY NEST. Apa sebenarnya SINDROM EMPTY NEST? Rujuk LINK INI. BACALAH sebagai ilmu pengetahuan.


Tujuan perkongsian entry ini hanya sekadar untuk peringatan diri sendiri dan pembaca blog. Jauh lagi perjalanan kita sebagai seorang anak. Kita belum tahu lagi kemana arah kita pada masa akan datang. Tanggungjawab kita, situasi kita ketika itu. Semoga dijauhkan dengan kesemua ciri Si Tanggang Moden tersebut. Peranan pasangan dalam perjalanan hidup juga sangat penting bagi kehidupan ibu bapa kita nanti. 


Renung-renungkanlah bagaimana pula kita nanti.. Wallahualam..






















 



Blouse Ohsemm








RM 79.00
TopGirl.

RM 79.90
TopGirl

 
RM 45.00
Denim Blouse
NFH Boutique


RM 49.00
Damia Blouse
NFH Boutique



Sila terjah ke TopGirl dan NFH Boutique untuk pembelian.


Nak berjalan lagi cari dress pulaaa.

Saturday, October 5, 2013

Sinopsis MAGIS oleh Ramlee Awang Murshid


Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza. 
Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!


 

Mencari masa untuk membeli dan mencari masa untuk membaca.
Masa terlalu cemburu.

Tiada masa untuk pembacaan ringan.
Ingin membaca MAGIS.

 

Kelebihan Maixara Miracle Essence




Revolusi minuman kesihatan yang 5x lebih baik daripada minuman kesihatan biasa. Tidak hanya mencantikkan luaran tubuh anda, ia turut membantu meningkatkan kesihatan dalaman anda dengan formulasi bahan semulajadi yang terbukti berkesan. Ia meningkatkan tenaga anda dengan menukarkan lemak kepada tenaga dan mengurangkan selera makan anda. Kolagen dan gluta daripada gred terbaik pulamembantu menggebukan, memulihkan masalah kulit serta membantu proses pencerahan semulajadi. 18 nutrien dan mineral semulajadi termasuk Vitamin A, Vitamin D3, Vitamin B12, Vitamin B6, Vitamin B2, Thiamin, Biotin, Zink dan Magnesium membekalkan nutrien tambahan yang sangat diperlukan tubuh untuk kesan yang optimum.


KEBAIKAN & KELEBIHAN MAIXARA MIRACLE ESSENCE :
✔ Satu produk 5 dalam 1 untuk kesihatan optimum.
✔ Penggunaan hanya 1 sachet sehari dalam sebulan.
✔ Sachet yanng mudah dibawa ke mana sahaja.
✔ Produk Bumiputera Islam berkualiti Premium
✔ Dijamin halal & selamat untuk lelaki & perempuan



KHASIAT MAIXARA MIRACLE ESSENCE (MME) :
✔ 5x lebih baik daripada minuman kesihatan biasa
✔ Formulasi bahan semulajadi yang terbukti berkesan
✔ Membantu mencantikkan luaran tubuh badan.
✔ Membantu mengurangkan selera makan
✔ Membantu menggebukan kulit
✔ Membantu memulihkan masalah kulit
✔ Membantu proses pencerahan semulajadi
✔ Membantu mengekalkan nurtrien tambahan yang diperlukan badan
✔ Membantu meningkatkan tenaga dengan menukar lemak kepada tenaga.


Untuk dapatkan Maixara Miracle Essence,
boleh hubungi saya di talian :

0196414171 (wassap atau text sahaja ea)

:)

 

Hilang



Penceritaan hilang.
Hilang bukan kehilangan seseorang.

Hilangnya bakat.
Bakat yang selama ini mengiringi perjalanan hari.

Hilang.
Hilang deria rasa untuk menulis.
Hilang juga keupayaan untuk menaip.
Menaip apa yang dirasai dan dilihat.

Hilang.
Ketandusan idea.
Faktor kehilangan.

Hilang.
Jangan hilangkan diri dariku.
Sudah tak mampu berdiri sekiranya kehilangan.


CV
041013
Cahaya matahari terik.

 



Friday, October 4, 2013

Set Kombo Miracle Essence dan Q-Berry

 

Salam Jumaat..

Dapatkan Set Kombo Miracle Essence dan Q-Berry dengan RM 220 sahaja!!

Tempohnya terhad..

And limited stockk..

Please wassap 0196414171 untuk dapatkan stockk..

:)

 


Wednesday, October 2, 2013

6 CPUV sedang running




Kejap kejap update
Kejap kejap tak update


Tetapi nuffnang masih tidak melupakan diri ini
Terima kasih a lot memberi 6 CPUV walaupun sekadar aktif sekejap cuma..

Hehe..



6 iklan tengah running..
Ohoii, kene rajin update nihhh..


:D




Testimoni VCO Softgel

 

Salam Oktober.
Oktober is ohsemmm...

Hehe..

Bukan nak cerita mengenai bulan Oktober..

Nak share testimoni berkenaan VCO Softgel..

*********************


Testimoni :

Saya kerap alami masalah kegatalan. Akibat tidak tahan gatal, saya garu bahagian kaki saya sehingga meninggalkan parut kemerah-merahan.

Ada kawan saya, suggest pasal VCO nih. Dengan rasa berkobarnya, terus cuba VCO dengan sapu tempat yang gatal. Dan tiap2 hari saya consume makan VCO 2 biji sehari.


Hasilnya, memang buat saya happy. Parut kemerah-merahan tu semakin kurang dan hampir tidak meninggalkan kesan.

Dan yang paling best, saya dah tiada gatal-gatal.



*****************

 
Seronok dengar testimoni customer..
Alhamdulillah, boleh solve masalah kegatalan..

Siapa yang berminat, boleh  wassap / text :
0196414171 / 0129234515







p/s : Malam ni nak COD area Taman Mewah Kajang.
Alhamdulillah.

:)




 




 
Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK