Wednesday, January 27, 2010

KEMPEN BANTU ADIK AMMAR

Marilah kita sama2 membantu mereka yang lebih memerlukan....

Boleh hayati kisah ini lebih lanjut di blog Puan Asmaniza: Ammar Oh Ammar.

Setiap blog yang meletakkan ribbon di atas akan menjana RM1 kepada adik Ammar.

Ikut langkah ini:



  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
  3. Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 1/2/2010
  4. Maklumkan kepada En Hydir melalui komentar di sini bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
  5. boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
  6. Follow Facebook Blogger We Care di sini untuk maklumat terkini kisah adik Ammar


p/s : semoga jasa baik kalian dibalas oleh-Nya di dunia mahupun akhirat...Amiiin...

Monday, January 25, 2010

ketenangan mula longgar, berkecamuk sedang menghampiri

perh...

jam sudah menunjukkan 0022...

tandanya da masuk minggu ke enam...

minggu ke enam??

perh...

giler kentang...

how about my thesis??

aku rase baru suku kot thesis aku gerak..huhu...

aku semakin berdebar setiap saat...

minggu depan minggu ketujuh...

mesti lecterur berebut2 memilih tarikh keramat untuk midsem....

owh tidak....

gerun...

hoho...

apa aku da wat sepanjang sem terakhir nih...

masih main2 kah aku??

aduh...............

fenin.....

perlukan kesabaran yang tinggi...

sabaQ...sabaQ...sabaQ....

dugaan....

baru dugaan kecil ni beb...

relax..relax...

tapi jangan terlampau relax...

huhuhuhu....

sabaQ lagi...

ape aku cuba coretkan nih....

adeh...

sebenanya ketandusan idea nak menaip bab 1...

aleh2 aku pi menaip untuk entry blog plak....

aish...

xley jadi nih....

kuatkan semangat....

plizzz....datangkan kekuatan kepadaku...

moga aku tenang menghadapi hari esok, esok, esok dan seterusnya.....


p/s : dikala aku dilanda perasaan yang kurang waras, rupa2nya ini entry aku yang ke 100...tahniah2 kepada aku kerana sudah menggapai entry y dtarget...

Sunday, January 24, 2010

::gila kentang aku suka dia::



sedang hangat menyiapkan tugasan untuk subjek fotografi, aku leka dan teruja melihat rain menari dalam video klip ni..

marvellous giler!!!

superb.....

aku suka....=DD

dan aku telah jatuh cinta pada rain untuk seketika saat...

hahaha...

dan...

membuat aku teringin bangat masuk kelas menari...

tetapi aku seorang yang amat pemalu....muahahahaha....

satu lagi keinginan ku, untuk belajar main piano...




sejak zaman skola lagi keinginan ini tidak dapat digapai...

wah...sedih.........



Saturday, January 23, 2010

perjalanan langkah demi selangkah

dulu...

aku bercitacita hendak menjadi seorang doktor..

disebabkan result sPm aku yang 'amat bagus' tu menyebabkan aku cuba untuk melupakan citacita menjadi seorang doktor..

kini...

aku berada di UK Malaysia...

mengambil jurusan Sains Kimia...

di tahun akhir...

tinggal beberapa bulan sahaja aku bakal 'berambus' dari hidup di bumi UK Malaysia ini...

sempat kah aku untuk menyiapkan projek terakhir aku di sini...

pertanyaan itu diharapkan dapat jawapan yang positif iaitu 'sempat'...

aku xnak tinggal di bumi UK ni lama2...

tapi...

di bumi UK ni banyak mengajar aku pelbagai erti hidup...

mengenali pelbagai jiwa ragam manusia...

mengawal diri daripada terjebak ke kancah negatif...

mengawal masa (sebenarnya bab kawal masa yang paling lemah)...

mengisi masa dengan perkara yang berfaedah (tapi sebaliknya suka menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat, paling ketara dengan melayari facebook bukan melayari jurnal untuk latihan ilmiah)...

mengenali rakan daripada pelbagai agama (konsep 1Malaysia)...

belajar bagaimana untuk berdikari tanpa bergantung harap dengan orang lain...

menguruskan perbelanjaan dengan sendiri...

mengetahui betapa pentingnya wang dan bagaimana susahnya untuk mendapatkan wang...

baru menyedari betapa besarnya pengorbanan ibu bapa setelah berada di bumi UK ini...

belajar untuk mendekati diriMu secara perlahan-lahan...

belajar untuk memotivasikan diri sendiri...

belajar berfikiran posiitif...

bijak memilih rakan...

berasa beruntung kerana ada rakan yang begitu ambil berat tentang diri ini...

thanx a lot kepada bumi UK yang banyak mengajar aku mengenal erti hidup...

terima kasih bumi UK kerana sudi untuk menerima aku sebagai salah seorang mahasiswa di situ walaupun tiada sumbangan yang aku berikan....

-disebabkan citacita hendak menjadi seorang doktor tidak kesampain, aku hanya boleh membaca kisah seorang doktor di link ini. samasama lah kita hayati perjalanan seorang doktor di blog DIARI HATIKU-









p/s : bumi UK Malaysia merujuk kepada Universiti Kebangsaan Malaysia..

Friday, January 22, 2010

kegemaran perokok tegar

apa kegemaran perokok tegar??

ofkosla rokok...

tapi apa ada dalam sebatang rokok?

macam2

salah satunya 'nikotin'

apa itu nikotin?

mengikut sumber pakcik wikipedia nikotin ini adalah sejenis sebatian organik yang dijumpai dalam pokok tembakau. daun tembakau mempunyai nikotin yang paling tinggi.

apa sebab perokok ni suka sangat menghisap rokok??

mungkin sebabnya nikotin ini boleh merangsang metobolisme badan. nikotin boleh meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah. salah satu sebab mengapa perokok berbadan kurus adalah disebabkan nikotin yang ada dalam rokok itu boleh menghilangkan selera makan.

seronok ke hilang selera makan. pada aku, hilang satu nikmat yang ada pada perokok. kerana bagi aku dapat mengisi perut dengan makanan yang berkhasiat adalah satu nikmat yang tidak terhingga yang boleh membuatkan kita senyum seharian kerana dengan makan makanan berkhasiat, maka tubuh badan kita dapat menjalankan fungsi masing2 dan memberikan kita tenaga untuk melakukan sesuatu pergerakan dengan aktif. daya kecergasan kita juga akan meningkat. jadi, kepada perokok, sila lah buang tabiat yang suka merokok tu. bukan nya elok pon. asap rokok yang korang hembuskan tu boleh membunuh orang sekeliling. aku sangat benci dengan asap rokok. sebab pe?? sakit sangat dada aku nih. boleh sesak nafas taw. kasihanilah orang sekeliling. janganla merokok lagi.

penat aku membebel. sekian.

muhasabah diri

di saat aku dilanda kebuntuan, kadang2 kita perlu untuk muhasabah kan diri kita agar kebuntuan itu dapat dilenyapkan..terima kasih kepada cik ashiya kerana mengajak aku untuk muhasabah kan diri pada malam ini..

antara kata2 yang aku dapat untuk kita sama2 bermuhasabah diri ialah

"harta yang paling menguntungkan ialah SABAR, teman yang paling akrab adalah AMAL, pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM, bahasa yang paling manis ialah SENYUM, dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK"


pesanan cik vc : renung2 kan lah dan selamat beramal ^-^


Tuesday, January 12, 2010

pahit like kopi 'o'


kesyahduan malam

membuat aku

terkenang

terkenang peristiwa semalam

pahit manis suka duka

begitu payah untuk ditangkis

malah tersusun rapi

dalam kotak memori

malam tanpa bintang

menenggelamkan lagi

keindahan malam

seperti diriku

yang

semakin tenggelam

dimamah perasaan

perasaan yang sering serabut

dan

kadangkala

perasaan itu

memakan diri


::yang suci lg dina ini::
-Vc-
-11012010-
-k9A-
-uO-

Friday, January 8, 2010

cerita 'kelentong' aku

salam...
hari ini bersamaan 08.01.2010...

baru hari ini rasanya berkesempatan untuk 'mengupdate' blog yang semakin suram nih....
(sebenarnye sudah ketandusan idea nak 'update'..hoho)

tahun 2010...
tahun baru...
masih sempat lagi untuk membuat azam baru walaupun da lewat 8 hari...
azam baru aku...

-mahu habiskan sem akhir ini dengan lancar-
-nak grad tahun ini jugak, mudah2an-
-kurangkan main game (tp mcmane nak kurgkan addicted game kt fb nih?? ade sape2 y ley tlg? hurm, papepon try da best la)-
-kurangkan untuk menyakitkan hati sesiapa yang dikenali-

tahun 2009, memang banyak kenangan.......
nak diceritakan dekat blog ni memang tak terlarat hanya mampu tersimpan di kotak memori sahaja...

tapi paling mencatatkan sejarah kerana tahun 2009 adalah tahun yang paling banyak aku pergi menonton wayang...

kebanyakannya bersama dengan seorang sahabat iaitu cik ashiya mizuki

senarai wayang yang telah ditontonn oleh cik violet bersama cik ashiya mizuki di penghujung tahun 2009

pisau cukur
(dengan harta kekayaan, kita tidak boleh membeli erti sebuah kebahagiaan)


papadom
(kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa terhadap anak gadisnya)


2012
(mengingatkan kita mengenai dunia sedang menghampiri zaman kemusnahan iaitu kiamat, wahai kawan2 semua persiapi la diri kita dengan menyeimbangkan amalan dunia akhirat, juga mengingatkan diri ini yang semakin lalai dan alpa)


zombieland
(kehidupan zombie yang sangat mengerikan kerana makanan utama golongan zombie adalah 'manusia'-yukzzzzzzz-)


the princess and the frog
(kisah dongeng kartun, seorang putera yang di sumpah menjadi seekor katak oleh sang bayang hitam yang mengamalkan ilmu sihir lalu terjumpa dengan seorang gadis yang bercita-cita untuk memiliki restoran tetapi akhirnya menjadi seekor katak kerana si putera tersebut sangka bahawa gadis itu adalah seorang puteri)


avatar
(mengenai kehidupan manusia dan kehidupan na'vi, berbeza sekali sikap manusia dengan sikap kaum na'vi kerana manusia amat mementingkan diri dan sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan populariti tetapi berlainan dengan sikap kaum na'vi di mana mereka begitu mencintai alam kehidupan semula jadi)


sherlock holmes
-pembuka tirai 2010 di mid valley pada 01.01.2010 pada 11 pagi-
(kisah penyiasatan seorang penyiasat bernama sherlock homes bersama rakan karibnya dr. John Watson, penyiasatan yang dilakukan oleh sherlock amat sempoi, diselitkan juga unsur persahabatan dimana sherlock homes ini begitu mengharapkan rakan karibnya berada di sampingnya semasa penyiasatan)


sedikit penilaian yang dapat aku buat sepanjang aku tonton movie2 tersebut...
penilaian yang ala2 skema dan ala2 suam2 kuku seperti cuaca pada hari ini yang agak mendung, tidak kelihatan pon cahaya matahari menembusi lapisan atmosfera...

p/s : tolong jangan percaya apa yang aku merepek nih!!! =D


Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK