Showing posts with label kehidupan pelajar. Show all posts
Showing posts with label kehidupan pelajar. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Baru aku percaya rambut sama hitam , hati lain-lain ..

Alhamdulillah..
Settle sudah semua kerja esemen yang berlambak tak hengat..
Sampai kepala jadi ting tong wat kerja..

Alhamdulillah..
Lega giler!!
Sekarang masa untuk enjoy !! yeay ;)

Tapi kan..
Masa saat-saat akhir ni la baru aku tahu perangai sebenar sorang-sorang..


*****************************


Aku ada cerita kat ENTRY NIH dan ENTRY NIH
Ada yang kepala batu..
Ada yang pentingkan diri sendiri..
Ada yang rasa aku nak tampar kat muka die pon ada..
Ada yang nampak dipercayai tapi sebenarnya...
Huhu..

Macam-macam perangai korang ea..
Da saat-saat akhir nih baru lah tertojol semuanya..
Tapi semua yang lepas, sudahlah..
Aku malas nak hengat..

Nanti da kerja lagi macam-macam perangai aku jumpa kan..
Time tu aku doakan semoga aku lagi kuat
lagi tabah laa...

Bukan senang nak jumpa orang yang jujur
orang yang tak hipokrit..

Kalau ada pon mungkin 1 : 1000000
Susah kan nak jumpa..
Huhu..

Aku nak kata orang bukan aku nak kata aku ni baik sangat..
Tapi kalau ikutkan BERTIMBANG RASA LA  SIKIT..
Apa yang termampu orang lain buat
Kene la terima kan
Janganlah didesak sangat

Korang,
Budak Env. Management batch 2010/2011
Aku tak tahulah ada yang baca ke tidak,

Aku nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki..
Mane lah tahu sepanjang setahun kita kenal
Ada kata-kata yang mengguris hati
Ada perbuatan yang menjengkelkan
Ada terbuat memek muka yang menyakitkan hati

MINTA MAAF sangat2 ea..
Apa yang korang da buat bikin aku panas ke hapa, 
AKU MAAFKAN !!

Bila tension , semua benda boleh jadi kan ?
Harapnya kalau kita bekerjasama lagi, perangai yang sekarang , tinggal-tinggalkan la kan..

***

p/s : Sekarang baru aku percaya rambut sama hitam , tapi hati lain-lain..
Tapi itulah namanya kehidupan kan..




Sumber : HERE


Sambungan ----- >>>




Saturday, May 1, 2010

hati sayu pabila mengenangkan kenangan pahit manis..

hati sayu pabila mengenangkan pahit manis suka duka hidup kat ukm nih..

aku nak buat entry sedih...

tapi xmampu teruskan coz aku akan mengalirkan berbutir-butir air mutiara ke atas tanah...

satu masa aku akan coretkan...

tunggu ya....

Friday, August 7, 2009

--detik setiap detik--

owh blogku..
kau kelihatan seperti nyawa2 ikan...
seperti tuanmu jua yang hampir separuh nyawa bernafas sebagai pelajar tahun akhir sehingga mengabaikan mu untuk sementara waktu..
kini..ku kembali untuk menghidupkanmu setelah lama aku menyepi menghilangkan diri bertapa di gua ukm yang agak kelam kabut seketika dalam hidup tuanmu ini..
tuanmu ini sebenarnya memerlukan satu percutian yang sangat menghiburkan untuk membuang segala kekusutan di kepala serabutnya tanpa diganggu oleh sesiapa..
bolehkah tuanmu ini membuat satu permintaan untuk bercuti di sebuah pulau yang dikelilingi oleh pantai sambil mendengar deruan ombak yang mungkin boleh menghanyutkan segala kekusutannya???
adakah tuanmu ini berpeluang untuk menikmati percutian itu?
agak2nya, adakah seseorang yang sanggup untuk menemaniku pergi merehatkan fikiranku sekiranya mempunyai masa lapang?
bila lagi tuanmu ini hendak berehat?
setelah selesai sem empat yang lalu, segera melaksanakan tanggungjawab sebagai 'praktikal student' dan meneruskan semula sem baru tanpa mendapat kenikmatan kerehatan yang mencukupi...
kemudian tuanmu ini berterusan menyumbatkan ilmu2 kimia di dalam kotak simpanannya sehingga kotak simpanannya hampir penuh dan memerlukan kotak simpanan baru..
datang pula satu tugas yang amat menakutkan dan menggerunkan kepada tuanmu ini iaitu tugas yang dinamakan 'tesis'..
begitu berat rasanya tuanmu ini untuk memikul beban tahun 3..di ulang, tuanmu ini sudah berada di tahun 3..
wow!! tuanmu ini memang tidak percaya dirinya itu sudah berada di tahun 3, memaksa dirinya untuk pulun demi menyelesaikan tugas yang dinamakan 'tesis' itu..
sehingga saat ini, tuanmu masih tidak bergerak dan masih kekeringan idea untuk mengolah tugas 'tesis; yang diterima..
tugas yang dinamakan 'tesis' itu dengan lebih spesifik bertajuk "Kajian Kinetik Tindak Balas Pengoksidaan Elektrokimia Bahan Pewarna Malachite Green"..
di saat ini juga tuanmu sedang berusaha untuk mengumpul semua koleksi jurnal yang berkaitan dengan tugas tersebut...
pada siang hari tuanmu ini baru sahaja selesai menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai 'praktikal student' di mana satu pembentangan mengenai aktiviti sepanjang 'praktikal' telah disampaikan di hadapan profesor dan beberapa rakan tuanmu yang lain..
blog, tuanmu ini memang mempunyai masalah komunikasi di hadapan orang ramai di mana perasaan gugup selalu menyerang dirinya apabila tiba saat pembentangan..
itu baru pembentangan kecil belum lagi merasai pembentangan untuk tugas yang dinamakan 'tesis' itu (viva)..
tuanmu ini perlu berusaha dengan lebih kuat dan yang penting jangan cepat mengalah(berusaha untuk mempositifkan diri sendiri)..
tuanmu ini hendak meneruskan kehidupan sebagai pelajar tahun akhir dengan segera dan mungkin tidak selalu menjengahmu wahai blog...

perasaan tuanmu yang tidak dapat dibendung -violet-

Friday, April 17, 2009

ragam-ragam menjelang dan semasa peperiksaan


sem ni masuk sem 4 aku berada di bumi ukm..maksudnya sem ni masuk 4x aku akan mengalami peperiksaan akhir yang membuatkan aku penin3 lalat setiap masa..adakah aku sudah bersedia untuk menjawab peperiksaan dengan tenang dan yakin?? owh no...masih belum bersedia...kawan2 sume da bersediakah korang?? hopefully da bersedia la, jangan jadi macam rakan mu ini..last minit baru nak pegang buku..huhu...

keadaan pelajar semasa "study week" ::-

begitu fokus membaca


ada pula yang terlelap bersama buku2..mungkin nak bermimpi mengenai soalan yang bakal keluar kot..=p



ha..kejadian seperti ini perlu dielakkan..
sangat2 x digalakkan ya wahai kawan2
(padahal aku tau ramai y wat cmni secara senyap2 kan..hihi)


untuk teman2 sekalian yang masih berada di alam universiti. peganglah kata2 ini

"never ever ever give up"

akhir sekali dari aku, good luck semua..
cuba untuk tenangkan diri semasa mendapat soalan peperiksaan dan jawab sedaya yang mampu..
moge2 apa yang kita belajar selama ini, diberkati..
insyaallah..





**budak kimia yang sedang pening bagaikan terasa mau demam**
(moge dijauhkan)

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK