Wednesday, December 18, 2013

Sekeping hati dibawa berlari

Assalamualaikum.

Kasihan butir-butir nasi.
Perut begitu lapar.
Tapi sayang.
Nasi menjadi mangsa keadaan.

Tiada niat untuk membazir.
Tetapi bisikan syaitan kuat di telinga.
'Setan, kau berjaya mempengaruhi diri aku untuk membazir. Tahniah!".

18 Disember 2013.
13 hari lagi menghampiri 2014.
Kita buka tahun baru.
Masih membuka kitab azam baru?
Atau kita kekal dengan kitab azam lama?

Tepuk dada.
Tanya hati.


******************************

Perbualan sekeping hati bersama tuannya :

Hati berkata.
'Tahun semalam apa yang kau buat?'
Tuan empunya hati berkata.
'Tahun semalam selesai satu peringkat'
Hati bertanya.
'Apa kau happy ketika proses tahun semalam?'
Tuan empunya hati menjawab.
'Ye. Happy. Tiada gambaran'

Hati bertanya lagi.
'Tahun ini sedang apa lagi yang kau buat? Apa pula kondisinya?'
Tuan empunya hati tegar lagi melayan.
'Tahun yang penuh dengan cabaran, dugaan. Mungkin ditakdirkan untuk menjadi seseorang. Tahun yang kondisinya berada di skala pH7'.

Hati sibuk nak tahu lagi dan bertanya.
'Apa yang dimaksudkan dengan skala pH7?'
Tuan empunya hati ala-ala kadar menjawab.
'Encik Hati, sila gunakan kemudahan pakcik google'.

Hati tersenyum.
'Aku tahu apa yang cuba kau maksudkan.'

Senyuman sinis.


Gambaran esok dan hari ini. Dasarnya tidak sama. Sigmoid.

p/s : Hide your feel.

No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK