Thursday, December 26, 2013

Jodoh itu Konflik


Assalamualaikum.


Bercerita mengenai jodoh, sampai esok tidak akan habis. Jodoh. Isu yang selalu dibangkitkan ketika berborak secara santai. Tak secara santai pon secara bergurau. 


Berkenaan dengan jodoh. Umpama isu sensitif pada mereka yang masih single dan tiada ketahuan siapa jodoh mereka. Jodoh. Memang tidak pernah akan habis. Jodoh itu rahsia Allah sahaja yang tahu. Tapi kita berhak untuk berusaha mencari jodoh. 


Kepada mereka yang dianugerahkan seorang suami pada usia yang muda, haruslah bersyukur. Kerana sudah lengkap bahagia dalam hidup. Jangan pernah disoal, kenapa rakan kita itu masih bersendiri. Mohon jangan ditanya pada tuan punya badan. Sebab itu urusan Allah. Tuan punya badan sendiri tidak tahu jawapan. Mohon jangan menambahkan isu sensitif ini pada mereka walaupun bernada bergurau. Tapi serius pada mereka. Mohon memahami. 


Kepada yang sedang berdua bukan single. Kadang kita rasa dia adalah jodoh kita. In the end. Kecundang. Jumpa lagi orang lain. Fefeeling, dialah yang terbaik untuk kita. Tapi, dia berkahwin dengan orang lain. Kecewa. Entah berapa kali. 


Mungkin. Ditelek balik diri kita. 
Mungkin. Ada yang tidak kene pada tabiat kita.
Mungkin. Hidup kita terlalu bergantungan.
Mungkin. Kita sedang leka.


Sampai masa dan tikanya. 
Bila kita terlalu berharap.
Bila kita terlalu merancang.
Apa yang dirancang musnah.
Tempoh sakit itu sukar juga nak digambarkan. 


Tetapi.
Sampai satu saat.
Apa yang kita impikan tiba.
Kadang memang tanpa diundang.
Kadang tanpa diharapkan.
Saat kita berserah sepenuhnya.
Memang itulah jawapannya.


Walaupun.
Sukar.
Mempercayai.
Ia.
Datang.
Terlalu.
Sekejap.



Percayalah.
Jalan ini telah diatur.



Kita tak tahu esok-esok kita bagaimana.
Ikut gerak hati secara rasional. 


Positif itu kunci.
Negatif itu musuh.





p/s : Please rational in whatever decision. Allah ada untuk tolong kita. Yakin. Reduce your questions. Thank you. 



No comments:

Copyright © 2012 Reserved to Coretan Hati
Designed by Kay SBK